Time Capsule 2007 Pt. 6

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

30 Jun 2007
7.45 pagi

Aku Mohd Shafawi Sarbini dan aku sekarang berumur 26 tahun dan hari ini merupakan hari lahirku. Setelah mendapat flying colours dalam SPM pada tahun 1998, aku telah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Di sana aku mengambil jurusan kejuruteraan telekomunikasi. Di samping itu aku juga mengambil jurusan sukan. Aku belajar di sana selama tiga tahun dan sekarang aku mempunyai konsortium persendirian di Teluk Intan dan aku akan mewakili pasukan sepak takraw negara dalam Sukan Sea yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarangl. Sekarang aku sudah mahir dengan teknik libasan gulung setelah berlatih dengan beberapa jurulatih yang mahir sewaktu di UPM. Wlaupun sekarang pemain-pemain handalan seperti Iskandar Arshad, Paisal Maihunla, Zabidi Sharif, Kriengkrai Mutalai dan lain-lain lagi sudah tidak bermain di peringkat antarabangsa, tetapi masih ramai lagi pemain yang hebat-hebat.

Sekarang aku sudah berumahtangga dan aku hidup bahagia di sampaing si dia. Sebenarnya aku baru saja berkahwin dan masih belum mempunyai anak. Sekarang aku tinggal bersamanya di kampung. Aku bercadang untuk membina rumah idaman di tapak rumah lama. Pembinaan rumah itu sesungguhnya akan mengembalikan nostalgia lama dari zaman kanak-kanak di mana aku telah dibesarkan ibu bapaku di situ. Pembinaan rumah tersebut telah lama kuidamkan sejak aku berpindah ke rumah baru pada tahun 1996. Sekrang aku mempunyai sebuah kereta BMW 530E berharga 1.5 juta ringgit Malaysia. Aku juga bercadang untuk membeli sebuah jet pejuangatau helikopter mudah alih. Dalam pada itu aku juga akan pergi berbulan madu bersama si dia di Belanda atau Switzerland.

Malaysia sekarang agak berubah dari dulu. Namun Malaaysia tetap aman dan sentosa. Kemajuan memang tidak dapat disekat dan bandar Cyberjaya bakal menjadi kenyataan. Tampuk pemerintahan sudah bertukar dari Dr. M kepada Dr. X. Dr. X sekarang menumpukan pemerintahan lebih kepada Islam. Ini amat menggembirakan diriku. Namun satu sahaja yang sukar dibendungsejak dari dulu ialah masalah pencemaran. Islam semakin berkembang di Malaysia. Dakwah Islamiah sudah tidak dapat dibendung dan berkembang tanpa batasan. Malaysia sekarang adalah sebuah negara Islam yang digeruni di kalangan negara-negara di dunia.

Dunia semakin bergolak sekarang, permusuhan antara Islam -Yahudi memang tidak akan tamat. Namun Islam semakin unggul di mata dunia. Kuasa-kuasa besar Yahudi seperti Amerika Syarikat dan Rusia sudah tidak lagi berpengaruh seperti dahulu. Negara-negara Islam yang membangun semakin dicemburui mereka. Sekarang pelbagai ciptaan telah dicipta oleh manusia. Namun masalah alam sekitar semakin meruncing. Semoga Allah melindungi umat Islam seluruhnya dan orang-orang yang bertaqwa. Moga-moga kita sentisa mentauhidkan diri kepada Allah.

One Response

  1. Anonymous

Leave a Reply