Singapura: Hari Kedua

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hari ini dari pagi sampai ke petang, aku berada di bilik seminar menghadiri AACSB Business Accreditation Seminar. Nyata aku masih belum segar sepenuhnya dari kepenatan semalam, esok pula menanti seminar sambungan hari ini.

Seminar dijalankan di hotel yang sama tempat aku menginap. Aku hanya turun menaiki lif. Jam 7.30 pagi aku berada di hadapan bilik seminar namum masih belum ramai peserta yang datang walaupun masa pendaftaran menunjukkan jam 7.45 pagi. Peserta pertama yang aku jumpa adalah Dr. Salbiah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.

Ramai juga peserta dari Malaysia antaranya, UniKL, KDU dan UiTM. Selebihnya adalah peserta-peserta luar negara dari insitusi-institusi pengajian tinggi sekitar Asia antaranya Indonesia, Taiwan, Pakistan, India, Korea, Jepun dan China. Syukur pada Allah menemukan aku dengan pelbagai jenis bangsa dan budaya. Ada yang boleh diperhatikan dan dipelajari.

Seminar berjalan dengan lancar kecuali sistem siaraya yang kurang menyenangkan. Situasi itu berlanjutan sampai ke petang. Jam 12 tengahari, kami dibawa ke tempat untuk makan tengahari. Peserta yang memesan menu halal diasingkan ke tempat lain. Menunya satu mangkuk kecil nasi beriyani, berlaukkan ayam rendang, sedikit daging kambing, tempe dan ikan masam manis. Seperti kurang sesuai makan nasi beriyani dengan rendang. Namun, Alhamdulillah, dapat juga menikmati nasi.

Selepas habis seminar, aku menghabiskan masa di dalam bilik. Malas nak meredah kesesakan kota Singapura ini. Cukuplah menu ini untuk santapan makan malam.

4 Comments

Leave a Reply