Review Bengkel Saham Intensif

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Salam sejahtera.

Pada 17 dan 18 Disember 2016 yang lalu, saya berpeluang menghadiri Bengkel Saham Intensif 2016 yang dianjurkan team eBook Saham. Fasilitator bengkel itu tidak lain dan tidak bukan ialah penulis eBook Saham sendiri iaitu Puan Asma Nasarudin.

Sebelum menghadiri Bengkel Saham Intensif ini, saya pernah menghadiri beberapa seminar asas saham dan membaca buku-buku berkenaan pelaburan saham. Namun saya masih rasakan belum cukup untuk saya terjun dalam dunia pelaburan saham. Jadi kali ini saya telah bersedia untuk menyedut ilmu-ilmu saham yang dikongsi oleh Puan Asma. Sebelum ini juga saya pernah membaca dua eBook yang Puan Asma hasilkan. Saya juga telah membuka akaun CDS Maybank Invesment dan ada pengalaman membeli dan menjual beberapa saham di pasaran Bursa Malaysia.

bengkel saham intensif

Sumber: facebook.com/ebooksaham

Hari Pertama Bengkel Saham Intensif

Hari pertama peserta bengkel didedahkan dengan asas-asas saham, kelebihan membeli saham berbanding instrumen pelaburan lain, jual-beli saham mengikut psikologi pasaran dan teknik analisa fundamental; Fundamental Analysis (FA). Teknik analisa fundamental membolehkan kita menilai kekuatan syarikat dari segi pendapatan, keuntungan dan kualiti syarikat. Dalam portfolio pelaburan saham saya sebelum ini, memang saya menekankan tentang itu yang saya lakukan; menganalisis prestasi kewangan syarikat dan kemudian membeli saham syarikat untuk pelaburan jangka panjang, yakni 3-5 tahun. Namun tahun 2017, saya berazam untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan saya; sasaran keuntungan mingguan dan bulanan.

Kami juga didedahkan dengan beberapa platform jual-beli saham dari Maybank Investment, Malacca Securities dan juga RHB. Maybank Investment dan Malacca Securities menggunakan platform yang sama. Namun saya tertarik dengan RHB yang menggunakan RHB Trade Smart. RHB Trade Smart mempunyai feature tambahan seperti Support and Resistance dan juga analisa kaunter dari penganalisa saham RHB.

bengkel saham intensif

Sumber: facebook.com/ebooksaham

Pada petang hari pertama, peserta bengkel didedahkan dengan analisa teknikal; Technical Analysis (TA). Ini adalah pengalaman pertama saya belajar tentang analisa teknikal saham. Memang banya terma-terma baru yang saya perlu sedut dan hadam sebagai pelabur saham. Dengan ilmu analisa teknikal, kita dapat tahu pergerakan harga dan berkawan dengan market dengan melihat melihat indikator-indikator tertentu.

bengkel saham intensif

Sumber: facebook.com/ebooksaham

Secara kesimpulannya hari pertama kami telah diajar tentang analisa fundamental, analisa teknikal dan analisa psikologi pasaran (market sentiment).

bengkel saham intensif

Sumber: facebook.com/ebooksaham

Hari Kedua Bengkel Saham Intensif

Hari kedua lebih mencabar apabila kami diajar lebih lanjut tentang analisa teknikal; mengenali market/counter uptrend, downtrend, sideways dan cara-cara berkawan dengan market; mengenali candlesticks, support and resistance, dan indikator-indicator seperti moving averages, MACD dan juga RSI.

Bengkel lebih menarik dan berkesan apabila Puan Asma sentiasa berkongsi tentang kajian kes kaunter-kaunter tertentu. Jadi peserta bengkel lebih faham tentang teknik-teknik yang diperkenalkan.

Selain melihat berita-berita bisnes, Puan Asma menggunakan trading platform dan Chart Nexus dalam setiap kajian dan analisis saham yang ingin dibeli dan dijual. Ini adalah pertama kali saya menggunakan Chart Nexus dan ia amat mudah dan percuma. Data-data yang dimuat naik dalam Chart Nexus adalah historical data dan data terkini adalah data previous trading day.

bengkel saham intensif

Sumber: facebook.com/ebooksaham

Secara keseluruhannya bengkel saham ini memang berbaloi dengan harga yang dilaburkan untuk ilmu diperolehi. Bengkel-bengkel saham yang mengajar secara teknikal dan praktikal diluar sana berharga ribuan ringgit.

Bengkel ini cuma RM500 dan selepas habis bengkel anda pasti akan lebih yakin untuk berjual-beli dalam pasaran saham sama ada menjadi swing trader atau menjadi long term investor.

> 3 Teknik Analisa Fundamental (FA), Analisa Teknikal (TA) & Psikologi Pasaran (Market Sentiment)
> 3 Teknik Pelaburan Saham : Intraday, Short Term (Swing & Position) & Long Term Investment
> Bagaimana menguasai 3 Trend Saham : Uptrend, Downtrend & Sideway

Bonus! Bonus! Bonus!

> 3 Bulan Bantuan Susulan + Akses Support Group
> Dibimbing & bantuan susulan selama 3 bulan diberi selepas bengkel.
> Percuma 12 Siri Tutorial Saham khas buat peserta Bengkel Saham Intensif.
> Akses kepada private whatsapp support group bagi membantu pelabur jika ada sebarang pertanyaan dan ruang berkongsi berita & info terkini pelaburan saham.

Jadi saya sarankan anda diluar sana yang ingin belajar tentang saham supaya menghadiri bengkel ini. Jangan datang zero, sebaiknya baca buku tentang saham dulu kemudian buka akaun CDS dengan mana-mana investment bank, dan cuba buy atau sell ikut kemampuan anda.

Thumbs up!

Leave a Reply