Renew Passport di UTC Sentul

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Semasa cuti Aidilfitri lalu, dapat mesej dari boss kena travel ke Singapore untuk business trip. Kali terakhir pergi Singapore adalah pada tahun 2013. Baru perasan yang passport dah tak valid so kalut nak kena renew.

Sekarang harga passport baru murah iaitu RM200 untuk 5 tahun, terima kasih kerajaan Malaysia 🙂

Sekarang senang nak buat passport atau renew passport sebab dah banyak Pejabat Imigresen di buka di UTC. Antaranya UTC Pudu sentral, UTC Sentul sentral, UTC Kuala Lumpur dan lain-lain. UTC ni beroperasi setiap hari dari 8.30am hingga 10pm. Jadi lebih banyak option Boleh cek di sini untuk lihat senarai UTC yang berdekataan dengan kawasan anda.

Saya memilih UTC Sentul untuk renew passport. Weekend memang ramai orang. Sampai sahaja di UTC Sentul lebih kurang jam 8am, dah ramai orang beratur di luar office imigresen untuk ambil angka giliran. Tepat jam 8.30am, office dibuka dan pelanggan akan diberi angka giliran.

renew_passport01

renew_passport02

Ada beberapa dokumen perlu bawa semasa nak renew passport. Kalau tak ada passport lama atau hilang, anda kena ada salinan IC dan IC. Kalau ada passport, hanya bawa passport sahaja. Tak perlu dah nak bawa gambar. Kaunter dah canggih sekarang, snap kat situ je.

renew_passport03

Proses flownya simple tapi memandangkan ramai orang, terpaksalah sabar menunggu.

  1. Ambil no giliran kata nak renew. Then perlu tunjukkan passport sekarang dan IC.
  2. Tunggu giliran dipanggil untuk snap gambar baru.
  3. Tunggu untuk buat bayaran.
  4. Tunggu untuk penyerahan passport. Pegawai tu cakap dalam sejam.

Kali ini tak sampai 1 jam passport dah siap! Masa first time buat passport di UTC Sentul dulu 4.00pm baru dapat. Alhamdulillah kali ini dalam masa 3 jam urusan renew passport selesai. Kalau tak mahu ambil terus passport anda disimpan selama 3 bulan sahaja.

renew_passport04

p/s: Kalau pergi weekend memang ramai orang dan kalau tengahari baru kita sampai mungkin nombor akan habis.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

12 Comments

    • Shafawi Sarbini
  1. Khay
    • shafawi
  2. Nafisah
    • shafawi
  3. Eric Lim
    • shafawi
  4. Aleem
    • shafawi
  5. Janet Chen
    • shafawi

Leave a Reply