Misi Mencari Toyota Wish – Siri 2

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Ini sambungan kisah Misi Mencari Toyota Wish – Siri 1.

Fikiran agak bercelaru selepas misi pertama menemui jalan buntu, tapi pencarian Toyota Wish diteruskan dengan membuat research di dalam beberapa facebook group Toyota Wish tempatan dan juga laman jual-beli kereta. Terjumpa satu post di group Wish Club Malaysia yang menawarkan harga rendah dari biasa untuk spesifikasi tahun 2012 NFL. Lalu aku terus call dealer tersebut dan buat appointment untuk tengok condition kereta.

Sampai sahaja di kedai terdapat beberapa buah kereta Toyota Wish, tapi kebanyakannya telah disambar orang. Hanya tinggal dua buah kereta sahaja yang ada.

Ini ialah Toyota Wish 1.8s New Face Lift tahun 2012 yang dijual dengan harga RM125k on the road. Ya, harganya memang agak murah berbanding kedai-kedai lain. Kalau dealer lain, body sahaja dah dalam RM123k – RM125k. Apa istimewanya kereta ini? Kereta ini didatangkan dengan Admiration bodykit, monotone seat, keyless entry, push start dan juga rim 18″. Memang rare. Salesman tu kata, tayar sebiji lebih kurang RM800. Bodykit Admiration tu pun siap ada nombor siri.

Ini pula adalah Toyota Wish 1.8s New Face Lift tahun 2012 yang dijual dengan harga RM123k on the road. Ini spec standard untuk Type S dilengkapi keyless entry, dan push start. Istimewanya kereta ini kerana ia dilengkapi dengan multifuntion steering.

Seronok dapat tengok kereta Toyota Wish ni apatah lagi kalau jumpa yang rare. Kalau ada rezeki dapatlah extra accesories macam bodykits, sport rims, multifunction steering dan lain-lain lagi. Keputusan untuk beli Toyota Wish belum lagi dilakukan. Budget memainkan peranan penting, terutamanya dari segi komitmen bulanan. Ye la, bukannya nak beli cash tapi buat pinjaman bank. Faktor lain seperti condition kereta juga perlu diberi perhatian. Maklumlah kalau sesiapa yang tak arif pasal kereta terutamanya kereta recond, pembelian adalah amat berisiko.

Untuk makluman, surat pembatalan tempahan kereta yang aku ceritakan dalam Siri 1 telah dihantar untuk dapatkan balik refund 90%. Namun sehingga ke hari ini masih belum ada berita. Salesman terus pujuk aku untuk dapatkan pinjaman dari bank lain yang katanya boleh berikan pinjaman sebanyak RM125k contohnya Ambank dan BSN. Namun masih belum terbuka hati untuk buat resubmission sebanyak RM125k. Ukur dan ukur, nilai dan nilai, biar banyak kali sebelum buat keputusan. Pencarian masih belum berakhir. InshaAllah, moga diberi petunjuk olehNya. Ini adalah satu pengalaman berharga.

8 Comments

    • Shafawi Sarbini
  1. 4m1r
    • shafawi
  2. Najib Saahari
    • shafawi
      • Nazri
        • shafawi

Leave a Reply