Misi Mencari Toyota Wish – Siri 1

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Terdetik aku nak mencari kereta sejak beberapa bulan lepas memandangkan kereta wife yang telah digunakan selama 10 tahun perlu maintenance setiap bulan. Bayangkan hari raya yang baru lepas aku habis lebih kurang RM1500 untuk repair kereta tersebut. Bulan 8 alternator belting putus. Bulan 9 water hose leaking. Dan sejak beberapa bulan kebelakangan ini memang engine oil leaking.

Terdetik dan terdetik dalam hati aku, nak beli kereta apa? Nak isi 6 orang dan kadang-kadang lebih lagi. Jangan tak percaya kereta Myvi tu pun kadang-kadang lepas 8 orang. 4 dewasa dan 4 kanak-kanak. Mesin basuh, peti asi semua pernah masuk. Hohoho!

Kami sekeluarga mungkin perlu MPV, mungkin hanya kereta sedan, atau mungkin continue pakai Myvi sampai tak boleh pakai. Lalu aku buat sedikit kajian dan survey-survey rakan-rakan terdekat. Tak sangka di kalangan rakan-rakan ramai juga yang pakai MPV. Antaranya Toyota Wish, Honda Stream, Nissan Grand Livina, Perodua Alza dan juga Proton Exora. Abang ipar dan jiran aku pakai Toyota Innova, 3 orang rakan pejabat pakai Toyota Avanza, sepupu wife pakai Honda Odyssey. Ada juga jiran dan kawan wife aku pakai Nissan Serena. So ramai jugak sumber untuk tanya soalan.

Selain itu aku juga buat Google Search antaranya guna keywords “best selling MPV”, “best MPV”, “best 7 seater” dan macam-macam lagi. So aku filter lagi, satu aku tak berkenan Nissan Grand Livina, Nisaan Serena, Perodua Alza, Proton Exora, Toyota Innova dan Toyota Avanza. Aku filter lagi, Honda Odyssey dan Toyota Estima adalah di luar budget aku sekarang.

So tinggal Toyota Wish dan Honda Stream. Aku teringat seorang kawan yang beli Toyota Wish pada tahun 2012. Dan ada juga rakan pejabat yang pakai Toyota Wish. “Kenapa hangpa suka pakai Wish ni?”. Jawapan spontan “Jimat minyak”. Mungkin mitos. Lalu aku search forum-forum berkaitan dan join group-group Facebook untuk dapatkan pandangan orang lain. Nyata feedback mereka sama, tambahan pula jika kereta keluaran 2009 ke atas, ia lebih power berbanding model sebelumnya. Ia dikuasakan enjin valvematic dengan transmission 7 speed.

Excited memang excited tapi banyak cabarannya yang perlu ditempuhi. Apa yang aku lalui hanyalah permulaan untuk mendapatkan kereta yang elok dengan harga yang berpatutan. Sapa trusted dealer? Kedai mana nak pergi? Apa yang nak kena check kalau tengok kereta? Memang aku agak jahil bab kereta.

Bila recce group-group Facebook antaranya Wish Club Malaysia dapat la info sikit tentang perihal siapa trusted dealer. Aku juga ada terbaca beberapa post tentang pengalaman membeli kereta recond di blog Jan Shah dan Kereta Wish Recond. Selain itu boleh juga recce kereta melalui beberapa website antaranya Mudah.my, Carlist.my dan Carsifu.my.

.

toyota wish 1.8s NFL

.

Misi pertama.

Aku booked satu kereta Toyota Wish 1.8s NFL tahun 2012 dengan Naza Motor Trading (Seremban) melalui seorang recommended dealer dari Wish Club Malaysia. Bayarannya RM1000. Kalau tak puas hati condition kereta kita dapat balik full refund. Kalau submit loan dapat refund 90% yakni RM900.

Seminggu selepas booking aku pergi tengok kereta di Seremban. Sempat la aku test drive dan naik bersama isteri dan anak-anak. So 7 orang masuk masa test drive tu. Performance kereta memang sempoi. Handling steady. Aircond sejuk. Enjin senyap.

Setelah discuss dengan wife kami buat submission loan atas nama saya. 3 hari selepas tu bank contact tapi hanya dapat RM118k sahaja. Re-submission maximum hanya dapat RM120k sahaja. So agak banyak juga nak kena top-up. Dalam RM8k++.

So akhirnya kami ambil keputusan untuk tangguh dulu. Sadis. Adakah usaha aku akan sia-sia. Sekarang aku kena buat surat kepada Naza Seremban untuk minta refund for booking cancellation. 🙁

Akan disambung dalam Siri 2 – Misi Mencari Toyota Wish.

 

2 Comments

    • Shafawi Sarbini

Leave a Reply