Lawatan Akademik ke Singapore Management University (SMU)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Assalamuálaikum dan salam sejahtera.

30 Julai lalu, saya diberi berkesempatan untuk ke Singapore untuk satu lawatan akademik ke Singapore Management University (SMU). Sebab itulah sebelum tu kelam kabut buat passport sebab ianya dah tak valid untuk international travel.

Bertolak jam 5.00am dari rumah, saya mengambil perkhidmatan teksi melalui apps MyTeksi. Teksi tersebut memang sampai tepat depan rumah pada masa yang dijanjikan. Lepas tu ada call center follow up sama ada teksi dah sampai ke belum.

Perjalanan dari rumah ke Subang Airport mengambil masa lebih kurang setengah jam melalui jalan alternatif (bukan highway). Caj yang dikenakan adalah RM47. Sampai airport saya terus check-in dan solat Subuh di surau. Tak sangka pagi-pagi begitu penuh surau. Ramai travelers di pagi hari.

Saya menggunakan perkhidmatan FireFly dan ini adalah kali yang kedua. Pengalaman pertama waktu travel ke Singapore pada tahun 2013 memang kurang enak. Namun ini adalah option yang paling praktikal untuk aku. Saya bersama dua orang lagi rakan pejabat bertolak dari Subang Airport.

Flight bertolak jam 6.55am. Cuaca baik sepanjang perjalanan dan kapal sampai tepat pada masanya di Changi Airport. Semua lancar kecuali ketika urusan imigresen apabila saya lupa isi borang disembarkation.

Setelah mengambil breakfast ringkas, kami bertolak ke SMU yang terletak di Jalan Victoria Street. Sampai di sana kami disambut seorang officer dan dibawa ke bilik mesyuarat di tingkat 12. Tanpa banyak bicara, perbincangan kami dimulakan dengan presentation dari salah seorang wakil delegasi kami. Selepas itu, menyusul pula agenda-agenda lain.

travel to singapore

Objektif utama kami untuk lawatan ini adalah untuk melihat dan belajar best practices daripada sebuah universiti yang telah mendapat AACSB accreditation. Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) adalah sebuah badan yang memberi akreditasi kepada universiti-universiti dalam bidang business dan accounting. Ia adalah sebuah badan akreditasi yang tersohor.

Secara peribadi, saya memang kagum dengan cara kerja mereka. Walaupun baru berusia 15 tahun, mereka telah mencapai pelbagai kejayaan dari segi melahirkan graduan yang berdaya saing, penyediaan program yang berkualiti yang mampu menarik minat pelajar tempatan dan antarabangsa dan juga penghasilan penyelidikan yang hebat.

Saya kurang pasti tentang model-model pendidikan yang ada tetapi, mereka kerapkali menyatakan bahawa mereka mengikut model universiti Amerika Syarikat. Persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang saya saksikan amatlah memberangsangkan.

Namun sebagai seorang Islam, pergi ke Singapore memang mencabar apabila susah cari tempat solat. Di mana-mana lokasi sama ada library, pejabat dan makmal rata-rata orang tidak menutup aurat. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan pakaian tidak sesuai dengan tempat dan event. Contohnya di library, pakai seluar pendek tu memang pemandangan biasa.

Lawatan akademik ini berakhir dalam jam 3 petang dan kami terus bertolak ke Orchard menaiki MRT untuk minum petang. Itu adalah kali pertama saya menaiki MRT. Perkhidmatan efficient tetapi tetap sesak macam naik LRT di Kuala Lumpur. Dalam jam 5.30pm kami bergegas bertolak ke airport takut-takut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ketika airport, sementara menunggu flight kami sambung perbincangan terutamanya dari segi operasi dan cara kerja sesebuah universiti yang yang baik. Secara kesimpulannya, lawatan ini membuka mata kami bahawa sesebuah negara maju ke hadapan kerana mereka memastikan sektor pendidikan mereka di tahap kualiti yang terbaik. Tanpa ilmu pasti ketamadunan sesebuah negara akan terperosok di tingkat yang paling bawah.

Sekian.

Leave a Reply