Kasut Sepak Takraw Nanyang

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Kasut sepak takraw Nanyang made in Thailand ini memang kasut takraw yang terbaik pernah aku pakai. Kasut ini bagi aku sesuai untuk semua posisi sama ada tekong, killer atau feeder. Seingat aku masa budak-budak dulu kasut takraw yang selalu aku pakai ialah Bata Badminton Master, Panda dan Carefree. Ada lagi ke kasut Panda dan Carefree ni 🙂 Masa sekolah menengah pula aku selalu pakai kasut Fung Keong dan Pallas Jazz. Masa kat U pula all the time aku pakai kasut Warrior tapak merah buatan China.

Kasut Warrior dulu memang payah nak cari, tapi sekarang dah bercambah dan harga pun mahal. Dulu aku beli dalam range RM18-19 je, tapi sekarang harga nak cecah RM30.

Semalam kawan-kawan aku dapat kasut Nanyang yang depa order dengan seorang kawan yang balik Thailand. Harga RM40. Setakat hari ini aku dengar juga rungutan-rungutan kata kasut tu tak best. Tapi bagi aku ia still suit dengan aku berbanding kasut Warrior. Kasut Nanyang pun tapaknya susah nak haus berbanding Warrior. Kasut yang aku pakai usianya dah 2 tahun tapi masih bertahan. Hohoho!

Kotak kasut Nanyang

The package...

Banyak betul order dari Siam

Faiz dengan kasutnya

Masing-masing sibuk try kasut

Kasut aku ketika masih baru 2 tahun lepas

Kasut aku sekarang masih terbaik

11 Comments

  1. Shukri
    • Anonymous
  2. syah
    • Anonymous
    • Iz
      • atmo
  3. alex
  4. MOHD ZAKHIR
  5. rosli bongkiang
    • shafawi

Leave a Reply