Jalan hidup ini

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Sekian lama di rantau orang diri ini bagai lali. Lama tidak pulang ke kampung bertemu emak tersayang; hampir setengah tahun. Selain emak, ingatan terhadap seseorang yang yang ‘istimewa’ buatku jua sentiasa hadir. Tapi aku tidak tahu apakah dia jua begitu. Adakah dia sudi menanti diri ni??? Aku cuma ada kesetiaan untuk dipertaruhkan.

Hidupku di perantauan ditemani rakan-rakan. Rakan-rakan adakalanya amat berharga jika dapat dijadikan sahabat. Namun syukur jua masih ada rakan-rakan di sisi, walaupun tak semua ‘alim’ dan baik, tapi mereka semua tetap berharga buat diri ini untuk mengajar erti kehidupan.
Hari demi hari jejak langkah ku mengejar sesuatu yang belum pasti. Aku sentiasa merenung diri, setiap kesilapan perlu diperbetulkan, setiap kelemahan diperbaiki, moga diri yang daif ini dapat bersaing dan menempuh segala cabaran yang mendatang.

Biar pahitnya dirasakan sekarang, jangan nanti bertemu Ilahi, diri ini dalam kesengsaraan yang amat dahsyat. Biar yang pahit mengajar hati ini erti ksesengsaraan, kepayahan dan moga dengan kepahitannya dapat membersihkan diri daripada dosa-dosa.

Aku tetap yakin, kebahagian pasti menjelma setelah sengsara. Aku melihat diri ini penuh kelemahan, tiada yang istimewa apatah lagi ingin seperti putera kayangan, jauh sekali. Tiada apa yang ingin dibuktikan, aku hanya memandang kehadapan, moga potensi diri ini dapat digunakan untuk terus berjuang hingga ke akhir hayat.

Leave a Reply