Iftar 4th Ramadhan – Padprik Sotong Cendawan Shitake

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hari ni saja nak kongsikan resepi padprik sotong bersama cendawan shitake. Ini resepi olahan yang saya cedok dari blog-blog resepi. Saya tak gunakan cili, lalu saya gantikan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Manakala sayur saya gunakan babycorn dan cendawan shitake. Selalu orang guna bunga kobis dan juga kacang panjang. Saya juga gunakan serai. Selalu orang masak padprik tak pakai pun serai. Ada juga blog-blog resepi yang tambah serai.

Bahan-bahannya:

  1. Beberapa ekor sotong. Dipotong bulat.
  2. 2 ulas bawang putih (dihiris)
  3. 1 biji bawang besar (dipotong mayang)
  4. 1 inci halia (dihiris halus)
  5. 2 sudu sos tomato
  6. 2 sudu sos cili
  7. 2 sudu sos tiram
  8. 1 batang serai dihiris
  9. 2 helai daun limau purut
  10. Sebatang babycorn
  11. Beberapa biji cendawan shitake (dihiris)
  12. Sedikit air

Cara memasak

  1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga keluar bau.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan sotong dan gaul.
  4. Masukkan serai, daun limau purut, babycorn, cendawan shitake dan air.
  5. Kacau dan masukkan sedikit garam.
  6. Masak hingga sayur lembut.

Mudah bukan. Hiris, potong, tumis dan campakkan bahan-bahan ke dalam kuali. Masa yang diambil tidaklah lama dan hasilnya juga pasti tidak mengecewakan. InshaAllah.

Padprik Sotong Cendawan Shitake

 

Leave a Reply