Iftar 3rd Ramadhan – Ikan Siakap Masak Stim Limau

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Salam Ramadhan 1437.

Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. InshaAllah kita rebut segala ganjaran yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan yang penuh berkat ini.

Artikel kali ini adalah tentang pengalaman aku masak ikan siakap masak stim limau untuk iftar. Kebetulan waktu tengahari ada ternampak resepi di Facebook, jadi rasa teringin untuk jadi rajin memasak. Masak stim menjadi pilihan untuk menu yang lebih sihat. Selalu masak ada minyak, kali ni kita kasi stim pulak.

Kebetulan hari Rabu ada pasar malam di kawasan rumah, jadi sempatlah nak membeli beberapa barang yang tak ada antaranya ikan siakap, serai, dan tomato.

Bahan-bahannya

  1. Ikan siakap
  2. 3 ulas bawang putih (dipotong nipis)
  3. 1 biji bawang besar(dipotong bulat)
  4. 1 batang serai (dihiris)
  5. 2 inci halia (dihiris)
  6. 1 biji tomato (dipotong baji)
  7. 4 biji limau kasturi (2 biji untuk peram ikan, 2 biji untuk dijadikan jus)
  8. 3 sudu sos tiram
  9. Secawan air
  10. Sedikit garam dan gula

Cara memasak

  1. Peram ikan dengan air limau kasturi dalam 5 minit. Tujuannya untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Masukkan ikan dalam HappyCall Pan. Pengukus memang ada tapi malas nak guna. Jadi guna magic pan ini lebih praktikal kalau nak cepat.
  3. Letakkan bawang putih, bawang besar, serai, halia, perahan jus limau kasturi, sos tiram (sebenarnya nak guna sos ikan, tapi dah kelam kabut cari sos ikan dalam fridge tak jumpa), air dan sedikit garam dan gula sebagai penambah perisa.
  4. Masak selama 10 minit. Pada minit ke-8 bolehlah masukkan tomato.

Selesai. Mudah bukan. Dalam beberapa minit sahaja kita dapat sediakan satu menu yang sihat. Yang penting boleh makan…halalan toyyiban.. hohoho. Saya tak masukkan cili sebab memang kami satu keluarga kurang makan pedas.

Hasilnya…

Siakap Masak Stim Limau Siakap Masak Stim Limau

 

 

Leave a Reply