Iftar 16th Ramadhan: Ikan Siakap Masak Stim Terbaik!

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Salam Ramadhan.

Hari ni nak kongsi sikit al-kisah tentang masak Ikan Siakap Masak Stim lagi. Balik kerja buka fridge tengok-tengok ada seekor ikan siakap. Bahan-bahan pun semua ada untuk buat masak stim. Jadi tak perlu keluar membeli.

Sebelum ni ada juga masak Ikan Siakap Masak Stim Limau masa Ramadhan ke-3. Hari tu aku gunakan sos tiram. Kali ini aku gunakan sos ikan dan juga tambah asam boi dan kiub ikan. Hurmmm… memang jadi Ikan Siakap Masak Stim Terbaik!

Jom tengok bahan-bahannya dan cara memasak. Seperti biasa aku gunakan HappyCall pan. Tidak guna pengukus.

Bahan-bahannya:

  1. Seekor ikan siakap sederhana besar (diperam beberapa minit dengan jus limau kasturi.
  2. Sebiji limau nipis
  3. 3 ulas bawang putih (dihiris)
  4. 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  5. 1 batang serai (dihiris)
  6. 3 biji asam boi
  7. 1 kiub ayam
  8. 3 sudu besar sos ikan
  9. 1 cawan air
  10. 1 biji tomato (dipotong baji)
  11. Cendawan (sebagai sayur)

Cara memasak:

  1. Masukkan ikan dalam HappyCall pan.
  2. Perahkan limau nipis ke atas ikan.
  3. Masukkan bawang putih, bawang besar, serai, asam boi, kiub ayam, sos ikan dan air.
  4. Kukus selama 10 minit.
  5. Pada minit ke-8, masukkan tomato dan cendawan.

Alhamdulillah. Hasilnya memang menyelerakan. Sesiapa yang suka pedas mungkin boleh tambahkan cili padi dalam masakan. Macam saya memang tak makan pedas. Anak-anak kecil pun boleh makan. Tambahan pula ia resepi yang menyihatkan. InshaAllah.

Ikan Siakap Masak Stim

Bahan-bahan yang digunakan

Ikan Siakap Masak Stim

Masukkan ikan dan bahan-bahan sekali

Ikan Siakap Masak Stim

Siap masak dalam 10 minit

p/s: Mula sediakan bahan-bahan dalam jam 6.50pm dan siap masak dalam jam 7.10pm. Mudah dan menjimatkan masa.

One Response

  1. Cik Norn

Leave a Reply