Archive

Posts Tagged ‘tazkirah’

Apa Lagu yang Best?

January 27th, 2010 4 comments

Actually lama dah aku tak dengar lagu. Kalau tanya aku lagu atau artis mana yang popular sekarang memang aku tak tahu. Kalau time drive tu kadang-kadang aku buka Sinar FM, kadang-kadang ERA, kadang-kadang buka IKIM. CD dalam kereta pun semua wife aku punya, dan jarang-jarang buka. Aktiviti mendengat lagu itu amat jarang dilakukan  juga memandangkan wife aku yang selalu drive kereta tu. Aku macam dah lupa nak dengar muzik.

Jada apakah hiburan atau santapan untuk telinga aku ini. Di sini aku kongsikan satu sumber koleksi MP3 dan video. [Klik sini] Di situ boleh cari koleksi “Awesome Recitation” atau bacaan dari imam-imam besar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau dengar yang koleksi masa Ramadhan lagi menarik. Boleh saja dengar dan tengok direct atau terus download untuk kamu dengar di waktu-waktu yang disukai. Aku rasa aktiviti ini pun bagus juga selain mendengar jenis-jenis hiburan yang lain.

10 Sebab Doa Tidak Dikabulkan

October 23rd, 2009 No comments

Dari Syakik Al-Balkhi menyatakan, pada suatu hari Ibrahim Bin Adham ( Seorang Ahli sufi ) berjalan-jalan di pasar Basrah,  datang orang ramai mengerumuni beliau, mereka bertanya tentang Firman Allah yang berbunyi :

Dan Tuhan kamu berfirman “Berdoalah ikepada -Ku, pasti Aku akan mengabulkan permintaanmu. ( Al-Ghafir 60 )

Mereka berkata kami selalu berdoa tetapi Allah tidak mengabulkan doa kami. Ibrahim Bin Adham berkata : ”Wahai Penduduk Basrah !!! sesungguhnya hati kamu telah mati dengan 10 perkara, disebabkan itu bagaimana Allah ingin mengabulkan doa kamu sekalian. 10 perkara yang menyebabkan hati mati dan doa tidak terkabulkan adalah :

  1. Kamu Mengenal Allah Tetapi Kamu Tidak Melaksanakan Hak – Hak Allah.
  2. Kamu Suka Membaca Al – Quran, Tetapi Kamu Tidak Pernah Mengamalkan Isi Kandungannya.
  3. Kamu Mengetahui Bahawa Iblis Itu Musuh Kamu, Tetapi Kamu Mengikuti Perintahnya.
  4. Kamu Menyatakan Cinta Kepada Rasulullah SAW, Tetapi Kamu Meninggalkan Sunnahnya.
  5. Kamu Menyatakan Cinta ( Ingin Masuk Syurga ), Tetapi Kamu Tidak Mengamalkan Perbuatan Ahli Syurga.
  6. Kamu Mengakui Takut Akan Siksa Neraka, Tetapi Kamu Tak Berhenti Berbuat Dosa.
  7. Kamu Menyedari Bahawa Kematian Itu Adalah Pasti / Benar, Tetapi Kamu Tidak Membuat Persiapan / Bekalan Untuk Mati.
  8. Kamu Selalu Memperhatikan Kesalahan Orang Lain, Tetapi Kamu Tidak Memperhatikan Kesalahan Diri Sendiri.
  9. Kamu Suka Makan Rezki Yang Allah Bagi, Tetapi  Kamu Tidak pernah Bersyukur Kepada – Nya.
  10. Kamu Menguburkan Orang – Orang Yang Mati Tetapi Kamu Tidak Mengambil Pengajaran Dari Padanya.

Sumber dari Kitab Nashaihul Ibaad. ( Nasihat bagi hamba-hamba Allah  MS 316 – 317 )

Courtesy of: Pusat Islam UTP

Categories: Uncategorized Tags:

Gempa di Padang dan Ayat Al-Quran

October 9th, 2009 No comments

Semalam saya mendapat satu email dari rakan. Ia berkenaan waktu gempa bumi yang terjadi di Padang. Berikut adalah waktu gempa pertama, 17.16; gempa susulan, 17.58 dan esoknya gempa di Jambi 8.52. Cuba padankan dengan surah dan ayat yang terdapat dalam Al-Quran. Demikian terjemahan ayat-ayat tersebut.

17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): ?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.?
17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.?

17.16 (Al Israa Ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (Al Israa Ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (Al Anfaal Ayat 52): “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Orang kata mungkin kebetulan. Mungkin juga peringatan daripada Allah SWT tentang azab Allah yang berupa kehancuran dan kematian, kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan terus mendekatkan diri kita kepadanya.

Amiin.

Categories: Faith Tags: ,

Four things

May 11th, 2009 No comments

Four things that make your body sick:-

  • Excessive talking
  • Excessive sleeping
  • Excessive eating and
  • Excessive meeting/outing with people

Four things that destroys the body:-

  • Worrying
  • Sorrow (Sadness/Grief)
  • Hunger
  • Sleeping late at  night

Four things that make the face looking dull and  haggard:-

  • Lying
  • Being disrespectful/impudent (knowingly)
  • Baseless  arguements
  • Excessive immorality (committing sins without fear)

Four things that make the face  glow and  shine:-

  • Piety
  • Loyalty
  • Generosity and kindness
  • Helpful to others without being asked

Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-

  • Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
  • Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
  • Laziness/Idleness
  • Treachery/Dishonesty

Four things that bring/increase the Rizqi:-

  • Staying up in the night in prayers
  • Excessive Repentance
  • Regular Charity
  • Zikr (Remembrance of Allah)
Categories: Faith Tags:

Pisang dan Hati

March 30th, 2009 2 comments

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.