Archive

Posts Tagged ‘Syahmi’

Syahmi Kini Satu Tahun

August 1st, 2010 12 comments

Alhamdulillah, Syahmi kini satu tahun pada 30 July lepas. Kalau mengikut perkiraan bulan Hijrah,pada 8 Syaaban lepas Syahmi telah satu tahu. Sempat juga aku buat gathering bersama jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat pada malam Sabtu. Gathering kecil-kecilan sahaja. Maaflah tak sempat jemput semua rakan-rakan. Inilah pertama kali aku dan isteri membuat gathering seperti ini di rumah sewa kami.

Aku memang sengaja mengambil cuti untuk menyiapkan beberapa keperluan. Isteri pula hanya berkerja half day. Syahmi aku tinggalkan di rumah pengasuh, jam 5.30pm baru aku ambil. Kalau tak memang tak jadi kerja. Menu simple sahaja; bihun goreng, spagetti dan ayam rempah. Semua isteri yang masak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Syahmi mula berjalan ketika dia mencecah 11 bulan dan kini dia dah semakin menguasai skill berjalan :) . Sepanjang hari dia main dan main hingga lewat malam. Jadi kini memang susah nak tidurkan dia. Kadang-kadang aku dah isteri dah terlelap Syahmi masih lagi bermain-main sampai dia berasa puas dan tidur sendiri.

Genap satu tahun, semalam aku membawa dia untuk suntikan imunisasi. Masa cucuk memang menangis, tak sampai seminit happy kembali.

Pada rakan-rakan yang datang. Terima kasih. Pada rakan-rakan bujang tu, kahwin la cepat-cepat. :p

Cheers!

Categories: Diari Kehidupan Tags:

Hujung Minggu dan Daddy Care Day

March 28th, 2010 3 comments

Minggu berlalu dengan kesibukan kerja. Meeting, paperwork, presentation slides dan KPI itulah yang dikerjakan. Manakala niche-niche blog aku menyepi. Dalam beberapa forum yang tersohor ada menyatakan PR update akan berlaku tidak lama lagi. Apakah nasib blog-blog aku? Tunggu sahaja sambil membuat aktiviti linkbuilding yang perlukan kesabaran. Dalam tiga bulan ini, blog-blog aku terutamanya PR1 sudah ada hasilnya. Pastinya aku berharap ia akan lebih baik untuk bulan-bulan seterusnya.

Tetapi paling mengecewakan adalah masalah hosting yang berlanjutan. Aku telah menyewa satu hosting baru, dan di sana telah ada satu domain untuk project seterusnya. Pada mulanya hosting ini ada masalah juga apabila hosting information yang diberi kurang tepat. Setakat ini masih OK.

Semalam adalah Family Day di tempat kerja. Ini merupakan kali pertama ia diadakan di tempat kerja. Sebelum ini diadakan di luar kawasan. Alasannya budget kurang. Pada aku OK juga buat di kawasan kerja cuma ada beberapa komen buat pihak penganjur.

  • Stall beverages perlu at least dua. Ramai orang beratur panas-panas semata-mata nak borong air. So ramai yang tak pedulikan games.
  • Stall ice cream Mingo Mingo ada sekejap saja
  • Tambah blower 1-2 biji lagi; panas sangat-sangat sebab area sekeliling pokok-pokok belum membesar
  • Khemah and stage rasanya jauh sangat
Syahmi teruja dengan Upin

Syahmi teruja dengan Upin

Semalam ada 100 orang yang lucky tapi tidaklah termasuk aku. Selain goodies dari family day, aku cuma dapat goodies dari Maybank. Itupun kerana aku buat conversion credit card dari conventional kepada Islamic card. Aku cadangkan semua orang buat macam tu kerana kita dah ada option yang lebih baik. Paypal pun sekarang dah boleh transfer masuk direct ke bank-bank tempatan.

Hari ini hari Ahad, aku menjaga Syahmi selama beberapa jam. Wife aku pergi menghadiri peperiksaan penjawat awam. Ramai betul orang sampai traffic jam. Kelam kabut juga aku menjaga Syahmi especially ketika dia nak tidur. Tidur juga akhirnya.

Susahnya aku nak tidurkan dia

Susahnya aku nak tidurkan Syahmi

Sepi

February 21st, 2010 4 comments

Bukanlah aku yang kesepian, tetapi malang buat blog ini lama tak di update. Tiada lagi alasan, tapi aku masih belum cukup kuat dan smart untuk sentiasa update blog-blog aku. Memang mencabar kalau ada banyak blog dan bagi aku semuanya perlu berstruktur. Dari menulis article hinggalah ke kekerapan mengupdate blog.

Last week sebelum Chinese New Year aku dapat satu job dari BuyBlogReviews.com dan memang sempat aku siapkan. Tak la mahal job tu dan tak susah mana pun tapi sesuai untuk permulaan bagi aku untuk trade blog-blog yang berpotensi. Advertiser dah reply untuk aku buat correction dan aku pun dah reply kembali, hopefully hasil kerja aku diterima dan dapat payment. Hopefully…

Hujung minggu ini adalah masa untuk berehat setelah Chinese New Year holiday minggu lepas. Last week penat travelling minggu ini pula berehat sambil kemas rumah. Minggu sebelum Chinese New Year tu pengasuh anak aku bercuti pada hari Khamis dan Jumaat maka aku dan wife pun bercuti juga. Kami ke ke Penang untuk berehat dan pertama kali membawa Syahmi jalan-jalan.

Syahmi yang takutkan ombak :)

Syahmi yang takutkan ombak :)

Hotel-hotel di Batu Feringghi mahal-mahal belaka, maka kami rent hotel sekitar Tanjung Bungah yang mana rate hotel tersebut lebih murah, view cantik dan makanan pun senang dicari. Hari Jumaat petang kami bertolak ke Kedah, rumah mak mertua aku. Kami pun tak berjalan ke mana kalau dah sampai rumah. Jalan-jalan sekitar pekan Sungai Petani sahaja, makan-makan Radix Fried Chicken.

Al-kisah bercuti last week dan memang aku jarang mengupdate blog-blog aku dalam tempoh tersebut. Sampai satu tahap aku memang tertekan dengan kisah-kisah blog aku ini. Hasilnya belum nampak. Aku bermula niche blog network dalam bulan October 2009 dan kini dah penghujung February. Orang lain mampu buat, kenapa aku masih merangkak mencari haluan. Memang setiap hari aku struggle. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Kini aku sudah kurang bermain bola memandangkan lutut aku yang makin meragam. Alasannya tak sempat. Memang aku tak sempat workout di celah kesibukan kerja. Hampir tiga tahun aku berkerja di sini, nikmatnya kurang. Aku sentiasa tidak puas hati dengan kerja-kerja aku. Kadangkala aku terasa hilang integriti diri di celah kekalutan yang melanda. Semangat aku seperti diragut semenjak aku datang ke sini. Namun Allah masih memberi peluang di sebalik kekalutan, kesepian, kegembiraan dan kekecewaan.

Allah lapangkanlah dadaku, bukakanlah pintu hatiku dan bukakanlah jalan yang terbaik untukku.

Minggu Yang Busy dan Web Hosting

January 11th, 2010 2 comments

Jadual Baru

Bermula 4 January lalu, aku menyiapkan satu jadual baru untuk aktiviti harian dan bulanan. Walaupun hari Isnin aku bercuti kerana ingin membuat perancangan tahun 2010, tapi bila masuk office balik hari Selasa rasanya jadual 2010 telah penuh. Dalam tempoh tidak lebih dari tiga bulan, financial year 2009/2010 akan sampai kepada penamatnya tetapi beberapa Key Performance Indicator (KPI) tahunan masih belum tercapai.

Masalah Web Hosting

Server web hosting aku untuk beberapa blog lain menghadapi masalah. Jadi dalam tempoh dua minggu ini segalanya kurang lancar. Namun satu blog dapat menarik advertiser, itupun hasil dari bantuan bro Nuaeman. Mujur pada ketika itu, blog tersebut live sekejap.

Sekarang bila ada masalah hosting aku terus SMS hosting provider, malas nak log report. So far, memang mereka reply cepat. Hari Sabtu lepas, nampaknya problem mereka dah settle, hopefully semuanya dah betul-betul recover.

Hujung Minggu

Jumaat lepas aku sempat bermain futsal dengan rakan-rakan sekerja untuk melepaskan penat lelah setelah berkerja. Selalunya kami bermain futsal hari Rabu malam sahaja, tetapi memandangkan ada sambutan maka rakan aku sudi menjadi organizer untuk hari Jumaat malam lepas.

Hari Sabtu kami sekeluarga tidak pergi kemana-mana, hanya relax di rumah sambil mengemas. Minggu ni rajin pulak wife aku masak. Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah masak nasi lemak, petang masak bihun tomyam pula. Hari Ahad sehingga jam 1 petang aku buat pertama kalinya menjaga Syahmi sendiri kerana wife aku ada meeting hujung minggu.

Menjaga anak memang mencabar dan buat pertama kalinya memang aku berdebar-debar. Kena tahu sign bila dia nak tidur, bila dia nak susu dan bila dia nak main. Budak kecil ini unik dan dia tak sama setiap orang. Lain budak lain perangainya. Alhamdulillah aku pass first test. :)

Balik meeting wife aku masak nasi ayam dan untuk makan malam dia masak pasta. Minggu yang penuh dengan makan-makan.

Syahmi kini 5 bulan

Syahmi kini 5 bulan

Cheers!

Outing ke Ipoh

December 12th, 2009 1 comment
Sempat bergambar sebelum keluar

Sempat bergambar sebelum keluar

Hari ini aku bangun awal, update blog-blog yang ada dan sidai baju sebelum bawa wife aku dan Syahmi outing ke Ipoh. Lebih kurang jam 9 kami selesai makan roti kahwin = roti kosong + roti telur, di Restoran Taman Maju atau lebih dikenali sebagai Restoran Sayyid Mohammad.

Perjalanan ke Ipoh dari Seri Iskandar mengambil masa hampir setengah jam bergantung pada keadaan traffic. Nampaknya strategi pergi pekan pagi-pagi menjadi bila tak banyak kenderaan di jalan raya. Sebelum ke Jusco Kinta City aku singgah sebentar beli minyak pelincir di Medan Kidd. Sebelum-sebelum ni aku pakai minyak Perodua, Petronas dan Shell. So kali ini aku nak try sama ada Castrol Magnatec 10w/40 atau Eneos Eco Touring 5w/30. Tanya-tanya kat kedai sekitar Medan Kidd, Castrol boleh dapat dalam RM85 dan Eneos dia jual dalam RM105. Harga aku jumpa kat Mudah lebih murah, tapi nak kena tunggu pula untuk post. Tak apa, memandangkan budget juga tidak mengizinkan aku beli la Castrol Magnated dan dapat percuma pillow sempena FIFA World Cup 2010.

Dapat percuma pillow berbalut jersi Castro edisi WC2010

Dapat percuma pillow berbalut jersi Castro edisi WC2010

Selepas tu kami terus ke Jusco, wife aku yang drive katanya ada jalan baru yang dia explore. Rupa-rupanya ia adalah jalan biasa bagi aku. :) Traffic pun tak heavy bila lalu kawasan stadium dan taman-taman sekitar so dalam jam 10.30am kami sampai di Jusco. Parking pun banyak lagi. So no problem. Kami tak buat apa pun kat Jusco just jalan-jalan and wife aku beli tiga helai baju Syahmi. Baju-baju yang ada semua dah semakin sempit. Dah macam pakaian Jedi, ala-ala Obi Wan Kenobi.

Lepas tu sempat juga kami beli barang-barang keperluan sikit. Kemudian kami singgah di Pizza Hut. Sadis service teruk. Nak dapat seat susah, nak order pun susah and bila dah order tak sampai-sampai. Dah hampir 15 minutes order tak sampai, kemudian baru waitress nak buat repeat order, kena tunggu 17 minutes katanya. So, aku kecewa dan tak mau tunggu dah lalu keluar dari Kinta City pergi cari tempat makan lain.

Destinasi seterusnya ke area Greentown, sampai juga aku ke Restoran DJR tapi hanya ada nasi campur. Aku nak ke Restoran Laksamana Cheng Ho atau Koh Samui tapi sudahnya ke Restoran Simpang Tiga. Ingatkan banyak choices tapi tidak. Menu-menu biasa sahaja, adalah dalam menu nasi ayam penyet tapi depa tak buat hari ini. Aku dan wife order nasi putih, sup ekor, kerabu pucuk paku, ayam kampung panggang dan air orange juice dan kopi cincau. Makanan sampai cepat, tapi kurang memuaskan. Sup ekor suam-suam dan kurang masak. Kerabu pucuk paku jadi kerabu masak lemak dan ayam kampung panggang yang sejuk. Pengubat hati ialah air kopi cincau yang lemak manis; first time aku jumpa.

Lepas makan, nak balik tiket parking hilang la pulang. Kena bayar RM20 tapi setelah negotiate bayar RM6 aje. Syukur, kalau tak lebur RM20. Lepas tu kami singgah di UO sekejap. Hampir jam 4pm kami bertolak pulang ke Seri Iskandar. Jam 4.30 kami sampai di rumah dan baru terasa kepenatannya. Syahmi pula start meragam kerana kepenatan. :)

Memang cuaca agak panas hari ini, tapi sekali sekala keluar dengan family memang menyeronokkan. Maka untuk conclude hari ini, aku pun nak tidur awal. Mata pun dah susah nak celik.

Cargas!