Update Sepaku Hosting dan Niche Blog Network
Notification pertama yang diterima.
Server sepakuhosting bagi nameserver ns1.sepakuhosting.com dan ns2.sepakuhosting.com serta ns5.sepakuhosting.net dan ns6.sepakuhosting.net telah mengalami masalah semasa auto backup daily dilakukan kerana menyebabkan server load yang tinggi. Disebabkan server load yang tinggi, pihak technicians kami telah melakukan reboot server, setelah server reboot pihak technicians telah memberitahu kami server gagal berfungsi seperti biasa dan terpaksa reformat semula.
Proses reformat dan restore semula akaun mungkin mengambil masa yang panjang dan kami akan memberitahu semula setelah selesai proses tersebut.
Kami juga ingin memaklumkan mungkin tidak semua akaun dapat di restore ke latest files kerana seperti yang kami maklumkan diatas tadi server down semasa server melakukan daily backup (Kamihanya membuat auto backup 4 kali seminggu kerana mengelakkan server load yang tinggi setiap malam)
Disebabkan kami menjual hosting yang murah adalah mustahil kami untuk membuat backup menggunakan server yang berasingan kerana kosnya adalah sangat tinggi.
Kami memohon maaf kerana semua masalah yang berlaku walaupun kami cuba atasi tetapi tetap juga berlaku. Untuk pengetahuan bagi server ns1.sepakuhosting.com dan ns2.sepakuhosting.com hanya lebih kurang 350 akaun pelanggan sahaja yang kami letakkan.
Notification kedua.
Bagi customer yang menggunakan nameserver ns1.sepakuhosting.com/ns2.sepakuhosting.com dan ns5.sepakuhosting.net/ns6.sepakuhosting.net.
Kami telah selesai restore akaun setelah server terpaksa di reformat sebelum ini. Walaubagaimanapun kami hanya dapat restore menggunakan backup akaun bertarikh 21 feb 2010. Kami telah cuba mendapatkan data paling latest tetapi gagal.
Kami memohon maaf kepada customer yang ingin mendapatkan latest files/data kerana kami tidak ada simpanan files/data tersebut kecuali files-files ataupun data sebelum 21 feb 2010. Sekiranya merasakan files/data tersebut sangat penting, adalah menjadi tanggungjawab customer untuk membuat sendiri backup files/data setiap hari.
Kami juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjual hosting kepada pelanggan baru disebabkan pelbagai masalah yang timbul. Kami hanya akan meneruskan menjaga customer sedia ada dan juga untuk kegunaan kami sendiri sahaja.
Memang terlopong aku bila mereka menyatakan bahawa, hanya database sebelum 21 February dapat restore. Memang banya post, plugin dan setting hilang. So, already late to move, and I will move on to other hosting.




Recent Comments