Archive

Posts Tagged ‘online auction’

Workshop Rahsia Raja Lelong

August 10th, 2009 3 comments

Workshop Rahsia Raja Lelong

Alhamdulillah, pada 8 August lepas buat pertama kalinya aku telah menyertai satu workshop berkenaan online auction atau lelongan online. Memang hajat aku lama dah untuk menyertai workshop seperti ini. Dari dulu memang nak pergi workshop atau seminar online auction especially eBay tapi masa dan budget agak kurang mengizinkan.

Ini adalah kali pertama aku dengar ada workshop Lelong.com.my ni, so aku terus register dengan hajat untuk mendapat pengalaman menghadiri workshop online auction. Fasilitator untuk workshop ini pula bukan calang-calang, mereka ialah Gerry Eruwan dan Yuzafi. Gerry adalah penulis best seller lelongan online, certified eBay Education Specialist dan dia masih lagi part timer dalam bidang ini.  Manakala Yuzafi adalah underground full time seller yang telah berkecimpung lama dalam bidang Lelong.com.my. Dalam workshop ini juga aku ada berjumpa beberapa orang eBay seller. Jadi dapatlah berkongsi tips dan pengalaman.

Thumbs up! Worth for money. Workshop ini bagi aku memang informative sebab aku tak tau pun pasal Lelong.com.my ni.  Memang aku tak pernah ada akaun Lelong.com.my. Sebelum ini aku asyik dengan eBay saja. Dan adalah tidak mustahil untuk menjadi penjual yang berjaya di Lelong.com.my.

Persoalannya sekarang macam mana aku nak terus menggerakkan diri aku untuk berkembang sebagai seller di eBay dan memulakan langkah untuk Lelong.com.my. Bak kata Gerry dan Yuzafi, jangan berhenti belajar.

Cheers!!!

Letih dengan eBay

June 22nd, 2009 No comments

Penghujung bulan June ini genaplah 4 bulan aku menceburkan diri denga salah satu cabang Internet marketing iaitu eBay. Andai sesiapa masih lagi tak tahu apa itu eBay bukakan minda anda untuk membuat carian di Google atau enjin-enjin carian lain.

Aku bermula pada bulan February. Berhenti pada bulan March untuk memuhasabah diri. Sebabnya kecewa sangat bila sales amatlah kurang dan maka cubaan pertama memang rugi dan tak ada untuk. Hasil yang diperolehi hanya digunakan untuk membayar sewa kedai atau eBay Store dan juga bayaran bulanan kepada supplier rahsia aku.

Maka bulan April, aku berazam untuk teruskan dan melalui cabaran-cabaran seterusnya hingga bulan June kini aku masih survive dan happy buat bisnes eBay secara part time di malam hari. Memang meletihkan di kala siang aku berkerja, petang training bola dan malam buat eBay. Natijahnya, blog kesayangan aku ini hanya sempat aku jengah kejap-kejap saja.

Letih tapi puas untuk newbie macam aku. Ilmu masih belum cukup di dada, maka aku berazam untuk mencari guru/sifu untuk belajar lebih lagi tentang ilmu eBay ini. Akan aku cari Noorizam, Shahraduan, SifuLan, Gerry, Matzis, Nuwa, Adwani dan lain-lain untuk aku belajar.

Pendapatan eBay bulan ini setelah tolak fees dan sebagainya ada la dalam USD300. Debit card Public Bank Visa Electron dah siap bulan lepas, dan la withdraw sekali lepas tu account Paypal kena limit la pulak. Contact dengan Paypal sampai sekarang belum berbalas. Uhuhu..letih!!! Maka last week aku apply Debit Card Tune Money. Harap-harap akaun Paypal yang link dengan  Debit card Public Bank Visa Electron dapat release. Debit Card Tune Money aku guna untuk backup akaun yang lain. Kalau tak susah la nak withdraw. Letih!!!

Kini polisi eBay dan Paypal pula semakin ketat. Fees jugak mungkin akan semakin tinggi bermula August ini. Letih!!! Macam mana nak jadi usahawan tegar ni. Ermm..bak kata sifu-sifu..”Hati mau kering!!!”

Research Popular Items in eBay

March 5th, 2009 No comments

Mencari item untuk dijual di eBay memang mencabar. Kalau selamber aje buat listing tanpa tahu apa yang dikehendaki pelanggan sudah pasti item-item kita takkan terjual. Kelak eBay fees yang banyak perlu ditanggung.

Saya masih kurang arif bab-bab research ni item yang popular ni. Bolehlah tengok report free Terapeak, tapi selalunya tewas dalam persaingan competitive bila buat listing. Kalau nak pakai servis Terapeak berbayar, belum lagi mampu nak bayar listing bulanan. Sadis!!

Dalam dua minggu ini hanya 3 item terjual daripada 25 listing. Listing duration saya letak 3 hari atau 2 hari. Kurang berjaya dalam cubaan last week.

Beberapa tools yang baru saya jumpa untuk buat market research selain Terapeak.

Popular Terms in eBay
eBay Keywords
eBay Popular Search
Google Hot Trends
Yahoo Buzz

Rasanya banyak lagi tools free yang available. Cumanya tak berapa reti nak optimize, tak berapa reti nak pakai.

Tengok video kat bawah ni, cara nak tengok jumlah watcher pakai eBay Pulse dan WatchCount.com


EBay Pulse: Most Watched/Popular Items – How Many Watchers ?Free videos are just a click away

Categories: eBay Tags: ,

Buying from eBay

January 5th, 2009 1 comment

Ebay - Pos Ekspres

Day to day, eBay has growth to be the biggest online auction site. eBay can be accessed and offered the product from all over the world. A part from ebay.com there are many ebay site targetted for regional customer such as ebay UK, Australia, Canada, Singapore and also Malaysia.

In the previous post I write about my first transaction in eBay Malaysia. In eBay Malaysia many seller only accept payment using local bank. They preferred buyer to use online transaction or cash deposit. The use of Paypal as a payment method by the seller is still in a small scale. My first transaction using Paypal in eBay also end up that the product is a scam. Like I said before, it was an experience using eBay.

Few weeks ago I receive my first item bought from the local buyer. Local mailing service like Pos Ekspres is very much their choice as it still affordable and also reliable. After this will shop again in eBay. I also want to try Malaysian online auction site like lelong.com. Hopefully it brings a good experience and support Malaysian online market.

Categories: eBay Tags: ,