Liku-Liku Kehidupan
Di kala aku menulis blog ini, keadaan sedikit hangat dan badan berpeluh. Petang tadi hujan turun mencurah-curah, tapi keadaan sekeliling tetap hangat. Air dah banyak kali minum akibat cepat dahaga dan cuaca panas, takut-takut kembung pulak nanti.Manakala isteri dan anak aku pula sudah tidur dengan nyenyak. Jadi aku keseorangan bertemankan computer yang punya sambungan Internet.
Sejak beberapa tahun yang lalu, aku mencari haluan dalam perniagaan Internet. Jatuh bangun sampai sekarang belum dapat pendapatan yang stabil dengan perniagaan Internet. Belum dapat jadi full timer. Itu adalah impian aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Apa yang aku laburkan mencecah ribuan ringgit untuk menuntut ilmu. Itu belum lagi bab kena tipu orang. Sesal, takut, trauma semua pun ada tapi aku gagahkan diri untuk melangkah.
Tahun 2007 aku bermula dengan Adsense, tapi sampai hari ini akau Adsense aku tak sampai pun USD10. Berbagai cara dan teknik dilakukan mengikut panduan tapi masih belum berhasil, mungkin ada yang aku terlepas pandang.
Dan pada akhir tahun 2007 juga aku pertama kali aku membeli domain dan hosting.Di situ bermula shafawi.com yang hanya blog curahan rasa. Sebelum itu aku berblog dengan platform Blogger. shafawi.com memang tak pernah ada hasil, jadi ia hanya tempat aku berborak dengan diri aku sendiri.
Tahun 2008, aku sedikit sepi dengan kegiatan online tapi sempat juga aku berkenalan dengan eBay. Aku belajar dengan Teknik Sifulan dan Noorizam. Maka February 2009 dah ada hasilnya. Akaun Paypal aku meletup dengan hasil jualan daripada eBay. Sebulan hampir RM1000 lebih aku perolehi daripada eBay. Namun dalam Oktober 2009, aku dilanda kekecewaan bila akaun eBay dan Paypal aku disuspend.
Memang tertekan kerana usaha yang dilakukan macam musnah begitu sahaja, sekelip mata. Hentaman dari customer usahlah dikata, penuh mailbox complain customer.
Oktober 2009, pertama kali juga aku ke Johor dengan tujuan berguru dengan Rohaizad. Menuntut ilmu dengan guru memang tak rugi. Moga Rohaizad terus diberkati. Sedikit hasil bulan March 2010, maka aku percaya potensi blogging sebagai income.

Blogging Income for March 2010
Namun aku disentap juga setelah satu blog aku turun ke PR0. Satu blog naik ke PR1 dan yang lain sama sahaja. Aku amat berharap satu blog yang aku bela dengan gigih naik PR tapi harapan aku masih belum tercapai. Cemburu tengok rakan-rakan lain naik PR3-PR4.
Aku seperti merajuk seketika. Niche blog aku tidak berupdate. Aku ingin menyepi dan memuhasabah diri dan mencari strategi yang lebih ampuh untuk berblogging. Ada seorang sahabat telah menjadi full time blogger baru-baru ini. Bila pula giliran aku.











Recent Comments