Archive

Posts Tagged ‘Me and Myself’

Hidup Mesti Terus

May 9th, 2010 2 comments

Setelah dua minggu berturut-turut aku tidak berada di rumah minggu ini kami sekeluarga hanya berehat di rumah. Cuma kelmarin keluar membeli barang-barang keperluan di Tesco. Minggu ini tak dapat aku nak gunakan laptop kerana isteri aku sibuk tolong adiknya buat final year project. At last banyak pulak yang tak kena memandangkan software-software tertentu tak compatible dengan operating system computer aku yang kini menggunakan platform Windows 7.

Bulan April memang mengecewakan kerana banyak aktiviti online aku terbantut. Selain agak kecewa kerana tiada perubahan PR setelah Google PR update pada awal April, aku juga amat sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Zero adalah pendapatan online aku pada bulan April. Namun bermula May bermula dengan baik, walaupun masih kurang memberangsangkan.

Hari Jumaat dan semalan aku berjaya memindahkan blog-blog dot com aku ke hosting yang baru dengan “zero downtime”. Semua post, comments, setting, plugins berfungsi tanpa sebarang error. Alhamdulillah. Hasil carian di Google dan sedikit kesabaran memberikan aku cara yang aku rasakan paling efektif untuk memindahkan Wordpress blog ke hosting lain dengan “zero downtime”.

Kini aku tidak lagi risau tentang hosting lama yang seringkali down. Namun begitu ada beberapa blog yang aku masih maintain di hosting lama. Jadi aku dapat meneruskan projek di hosting lama dan baru tanpa risau.

Antara cabaran yang paling hebat yang aku rasakan untuk menjadi blogger kental adalah untuk menghasilkan post yang berkualiti dan kekerapan mengemaskini blog. Untuk fokus dan mendisiplinkan diri adalah sesuatu yang amat sukar. Dengan kata lain tahap konsisten atau istiqamah adalah perlu untuk menjadi seorang blogger tegar.

Buat masa ini itulah dua kelemahan yang ingin aku perbaiki walaupun banyak lagi kelemahan-kelemahan yang aku telah kenalpasti untuk menjadi seorang blogger tegar.

Aku belum menjadi smart blogger.

Bola Oh Bola…

April 11th, 2010 4 comments
Ngolokerz Football

Ngolokerz Football

Memang agak mengecewakan bila aku berlatih sepanjang minggu dan tiba pada hari perlawanan aku tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama. Lebih mengecewakan apabila aku hanya dimasukkan hanya beberapa saat sebelum perlawanan terakhir.

Mungkin sebelum ini aku telah diberikan beberapa peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama, tetapi tidak mencapai tahap memuaskan hati pihak pengurusan dan penyokong. Walaupun kecederaan lutut masih menghantui aku, tetapi aku tidaklah seteruk seperti yang disangkakan. Namun pihak pengurusan dan jurulatih ada alasan tersendiri terutamanya percaturan taktikal untuk menghadapi perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Hasilnya kami menang 2-0 dan layak ke suku akhir.

Selepas ini, kami bakal bertemu lawan lebih kurang dan telah kehilangan beberapa tonggak utama akibat digantung perlawanan. Pada pendapat aku pengadil kurang menjalankan tugasnya dengan baik. Kurang cermat dan terlepas aksi-aksi kurang menyenangkan pihak lawan. Apapun tahniah kepada para pemain kerana dapat menjalankan tugas dengan baik.

Berlatih dengan gigih sepanjang minggu dan menjadi pemain kesebelasan utama adalah matlamat pemain bola sepak. Atau itu mungkin falsafah aku sahaja. Kini tercatat satu lagi sejarah hitam apabila aku hanya bermain untuk beberapa saat sahaja. Banyak sejarah hitam bola sepak aku sejak tiga tahun kebelakangan ini umpamanya kecederaan lutut dan kalah 7-0 kepada Uniten.

Malang pasukan ini masih tidak punya jurulatih dapat membimbing pasukan secara konsisten. Memang terdapat beberapa pemain hebat dalam pasukan ini, namun bolasepak adalah permainan berpasukan. Persefahaman dan kegigihan bersama sentiasa perlu untuk mewujudkan pasukan yang mantap. Jika tidak, jadilah ‘ulam’. Malu dapat, sakit pun dapat.

El Clasico

Pagi tadi sempat aku menonton El Clasico yakni pertembungan klasik antara pasukan penuh sejarah di Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona. Pertembungan ini telah dimenangi oleh Barca dengan jaringan gol 2-0. Messi dan Pedro Rodriguez yang menjaringkan gol-gol hebat tersebut. Nyata Messi sukar dibendung dengan jaringan ke-40 musim ini. Ronaldo? Hanya sekali-sekala sahaja mengancam. :p

p/s: Suka Real Madrid ketika zaman Zidane, Ronaldo dan Figo. Mavles Cengkos!!!

Sepi

February 21st, 2010 4 comments

Bukanlah aku yang kesepian, tetapi malang buat blog ini lama tak di update. Tiada lagi alasan, tapi aku masih belum cukup kuat dan smart untuk sentiasa update blog-blog aku. Memang mencabar kalau ada banyak blog dan bagi aku semuanya perlu berstruktur. Dari menulis article hinggalah ke kekerapan mengupdate blog.

Last week sebelum Chinese New Year aku dapat satu job dari BuyBlogReviews.com dan memang sempat aku siapkan. Tak la mahal job tu dan tak susah mana pun tapi sesuai untuk permulaan bagi aku untuk trade blog-blog yang berpotensi. Advertiser dah reply untuk aku buat correction dan aku pun dah reply kembali, hopefully hasil kerja aku diterima dan dapat payment. Hopefully…

Hujung minggu ini adalah masa untuk berehat setelah Chinese New Year holiday minggu lepas. Last week penat travelling minggu ini pula berehat sambil kemas rumah. Minggu sebelum Chinese New Year tu pengasuh anak aku bercuti pada hari Khamis dan Jumaat maka aku dan wife pun bercuti juga. Kami ke ke Penang untuk berehat dan pertama kali membawa Syahmi jalan-jalan.

Syahmi yang takutkan ombak :)

Syahmi yang takutkan ombak :)

Hotel-hotel di Batu Feringghi mahal-mahal belaka, maka kami rent hotel sekitar Tanjung Bungah yang mana rate hotel tersebut lebih murah, view cantik dan makanan pun senang dicari. Hari Jumaat petang kami bertolak ke Kedah, rumah mak mertua aku. Kami pun tak berjalan ke mana kalau dah sampai rumah. Jalan-jalan sekitar pekan Sungai Petani sahaja, makan-makan Radix Fried Chicken.

Al-kisah bercuti last week dan memang aku jarang mengupdate blog-blog aku dalam tempoh tersebut. Sampai satu tahap aku memang tertekan dengan kisah-kisah blog aku ini. Hasilnya belum nampak. Aku bermula niche blog network dalam bulan October 2009 dan kini dah penghujung February. Orang lain mampu buat, kenapa aku masih merangkak mencari haluan. Memang setiap hari aku struggle. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Kini aku sudah kurang bermain bola memandangkan lutut aku yang makin meragam. Alasannya tak sempat. Memang aku tak sempat workout di celah kesibukan kerja. Hampir tiga tahun aku berkerja di sini, nikmatnya kurang. Aku sentiasa tidak puas hati dengan kerja-kerja aku. Kadangkala aku terasa hilang integriti diri di celah kekalutan yang melanda. Semangat aku seperti diragut semenjak aku datang ke sini. Namun Allah masih memberi peluang di sebalik kekalutan, kesepian, kegembiraan dan kekecewaan.

Allah lapangkanlah dadaku, bukakanlah pintu hatiku dan bukakanlah jalan yang terbaik untukku.

Minggu Yang Busy dan Web Hosting

January 11th, 2010 2 comments

Jadual Baru

Bermula 4 January lalu, aku menyiapkan satu jadual baru untuk aktiviti harian dan bulanan. Walaupun hari Isnin aku bercuti kerana ingin membuat perancangan tahun 2010, tapi bila masuk office balik hari Selasa rasanya jadual 2010 telah penuh. Dalam tempoh tidak lebih dari tiga bulan, financial year 2009/2010 akan sampai kepada penamatnya tetapi beberapa Key Performance Indicator (KPI) tahunan masih belum tercapai.

Masalah Web Hosting

Server web hosting aku untuk beberapa blog lain menghadapi masalah. Jadi dalam tempoh dua minggu ini segalanya kurang lancar. Namun satu blog dapat menarik advertiser, itupun hasil dari bantuan bro Nuaeman. Mujur pada ketika itu, blog tersebut live sekejap.

Sekarang bila ada masalah hosting aku terus SMS hosting provider, malas nak log report. So far, memang mereka reply cepat. Hari Sabtu lepas, nampaknya problem mereka dah settle, hopefully semuanya dah betul-betul recover.

Hujung Minggu

Jumaat lepas aku sempat bermain futsal dengan rakan-rakan sekerja untuk melepaskan penat lelah setelah berkerja. Selalunya kami bermain futsal hari Rabu malam sahaja, tetapi memandangkan ada sambutan maka rakan aku sudi menjadi organizer untuk hari Jumaat malam lepas.

Hari Sabtu kami sekeluarga tidak pergi kemana-mana, hanya relax di rumah sambil mengemas. Minggu ni rajin pulak wife aku masak. Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah masak nasi lemak, petang masak bihun tomyam pula. Hari Ahad sehingga jam 1 petang aku buat pertama kalinya menjaga Syahmi sendiri kerana wife aku ada meeting hujung minggu.

Menjaga anak memang mencabar dan buat pertama kalinya memang aku berdebar-debar. Kena tahu sign bila dia nak tidur, bila dia nak susu dan bila dia nak main. Budak kecil ini unik dan dia tak sama setiap orang. Lain budak lain perangainya. Alhamdulillah aku pass first test. :)

Balik meeting wife aku masak nasi ayam dan untuk makan malam dia masak pasta. Minggu yang penuh dengan makan-makan.

Syahmi kini 5 bulan

Syahmi kini 5 bulan

Cheers!

Aidiladha dan Syahmi

November 30th, 2009 No comments
Jenuh tarik lembu

Jenuh tarik lembu sambil tangkap gambar

Tahun ini aku menyambut Aidiladha di kampung mertua. Di kampung Parit Selikur tiada yang pulang beraya memandangkan emak aku pergi menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah termakbul juga hajatnya. Abang-abang dan kakak-kakak aku beraya di rumah masing-masing.

Aku bertolak ke Kedah pada hari Khamis, 26 November pada jam 3 petang setelah mendapat pelepasan awal dari CEO. Perjalanan di PLUS highway lancar sehingga melepasi Nibong Tebal kenderaan mula perlahan disebabkan ada kemalangan kecil. Ramai pemandu-pemandu Malaysia yang dah merasakan diri mereka maju tapi tak berilmu, berotak lembu, bodoh dan sombong mengikut lorong kiri yang sepatutnya tak boleh lalu. Lalu traffic bertambah sesak akibat daripada sikap mereka. Dah sampai tempat jam, baru terhegeh-hegeh nak masuk lane highway semula. Huh! Kecewa…

Selepas tol Juru, keadaan masih lagi sesak dan Syahmi pula membuang air besar lalu aku singgah sebentar di Masjid Seberang Jaya. Di depan masjid juga ada kemalangan melibatkan motosikal dan kereta.  Selepas solat Asar wife aku pula drive ke Sungai Petani, beli barang-barang sikit dan lebih kurang jam 8 malam kami sampai di rumah.

Syahmi tengok korban. Kat belakang tu Pakcik Bad

Syahmi tengok korban. Kat belakang tu Pakcik Bad

Kebetulan tahun ini family mertua membuat korban, maka selepas solat sunat Aidiladha maka kami sekeluarga, sepupu-sepapat dan jiran-jiran bersama-sama menumbangkan lembu dan memproses daging korban. Lama dah aku tak buat kerja-kerja macam ni. Hari tu masa akikah Syahmi, kambing dua ekor sahaja. Ini lembu, jenuh juga la.

Hari Sabtu, aku pergi ke rumah kakak di Penang. Kebetulan kakak aku yang sorang lagi ada di sana. So lepak-lepak kejap, makan-makan, jumpa member lama sorang dalam jam 3 aku balik ke Kedah semula. Dalam perjalan balik tu kebetulan wife aku sempat capture video ini.

Hari Ahad, jam 1 petang aku bertolak ke kenduri member wife aku di Kubang Semang. Jumpa pula dengan Cikgu Wahid, cikgu aku yang mengajar Fizik kat SokSek dulu. Dia pun just ingat-ingat lupa. Rumah dia rupa-rupanya dekat situ je. Lepas aku dan wife makan, Syahmi pula membuang so tak sempat la tengok pengantin bersanding. Sempat jumpa masa penganti sampai saja. Selepas tukar lampin Syahmi dan solat di Masjid Kubang Semang, kami bertolak pulang ke Seri Iskandar.

Tak sangka traffic amatlah sesak semalam. Selepas Bukit Merah semuanya slow ditambah pula dengan hujan lebat. Memang tak sempat masuk gear tiga. Aku mengambil keputusan untuk keluar di Changkat Jering, exit tol juga sesak nasib baik pakai Touch and Go. So aku ikut Trong, Beruas dan Parit. Jalan memang rally type, bengkang-bengkok, hujan pulak tu. Lebih kurang jam 6 aku sampai di Seri Iskandar. Alhamdulillah, semuanya selamat. Amiin.

Categories: Diari Kehidupan Tags: ,