Outing ke Ipoh
Sempat bergambar sebelum keluar
Hari ini aku bangun awal, update blog-blog yang ada dan sidai baju sebelum bawa wife aku dan Syahmi outing ke Ipoh. Lebih kurang jam 9 kami selesai makan roti kahwin = roti kosong + roti telur, di Restoran Taman Maju atau lebih dikenali sebagai Restoran Sayyid Mohammad.
Perjalanan ke Ipoh dari Seri Iskandar mengambil masa hampir setengah jam bergantung pada keadaan traffic. Nampaknya strategi pergi pekan pagi-pagi menjadi bila tak banyak kenderaan di jalan raya. Sebelum ke Jusco Kinta City aku singgah sebentar beli minyak pelincir di Medan Kidd. Sebelum-sebelum ni aku pakai minyak Perodua, Petronas dan Shell. So kali ini aku nak try sama ada Castrol Magnatec 10w/40 atau Eneos Eco Touring 5w/30. Tanya-tanya kat kedai sekitar Medan Kidd, Castrol boleh dapat dalam RM85 dan Eneos dia jual dalam RM105. Harga aku jumpa kat Mudah lebih murah, tapi nak kena tunggu pula untuk post. Tak apa, memandangkan budget juga tidak mengizinkan aku beli la Castrol Magnated dan dapat percuma pillow sempena FIFA World Cup 2010.
Dapat percuma pillow berbalut jersi Castro edisi WC2010
Selepas tu kami terus ke Jusco, wife aku yang drive katanya ada jalan baru yang dia explore. Rupa-rupanya ia adalah jalan biasa bagi aku.
Traffic pun tak heavy bila lalu kawasan stadium dan taman-taman sekitar so dalam jam 10.30am kami sampai di Jusco. Parking pun banyak lagi. So no problem. Kami tak buat apa pun kat Jusco just jalan-jalan and wife aku beli tiga helai baju Syahmi. Baju-baju yang ada semua dah semakin sempit. Dah macam pakaian Jedi, ala-ala Obi Wan Kenobi.
Lepas tu sempat juga kami beli barang-barang keperluan sikit. Kemudian kami singgah di Pizza Hut. Sadis service teruk. Nak dapat seat susah, nak order pun susah and bila dah order tak sampai-sampai. Dah hampir 15 minutes order tak sampai, kemudian baru waitress nak buat repeat order, kena tunggu 17 minutes katanya. So, aku kecewa dan tak mau tunggu dah lalu keluar dari Kinta City pergi cari tempat makan lain.
Destinasi seterusnya ke area Greentown, sampai juga aku ke Restoran DJR tapi hanya ada nasi campur. Aku nak ke Restoran Laksamana Cheng Ho atau Koh Samui tapi sudahnya ke Restoran Simpang Tiga. Ingatkan banyak choices tapi tidak. Menu-menu biasa sahaja, adalah dalam menu nasi ayam penyet tapi depa tak buat hari ini. Aku dan wife order nasi putih, sup ekor, kerabu pucuk paku, ayam kampung panggang dan air orange juice dan kopi cincau. Makanan sampai cepat, tapi kurang memuaskan. Sup ekor suam-suam dan kurang masak. Kerabu pucuk paku jadi kerabu masak lemak dan ayam kampung panggang yang sejuk. Pengubat hati ialah air kopi cincau yang lemak manis; first time aku jumpa.
Lepas makan, nak balik tiket parking hilang la pulang. Kena bayar RM20 tapi setelah negotiate bayar RM6 aje. Syukur, kalau tak lebur RM20. Lepas tu kami singgah di UO sekejap. Hampir jam 4pm kami bertolak pulang ke Seri Iskandar. Jam 4.30 kami sampai di rumah dan baru terasa kepenatannya. Syahmi pula start meragam kerana kepenatan.
Memang cuaca agak panas hari ini, tapi sekali sekala keluar dengan family memang menyeronokkan. Maka untuk conclude hari ini, aku pun nak tidur awal. Mata pun dah susah nak celik.
Cargas!



Recent Comments