Letih dengan eBay
Penghujung bulan June ini genaplah 4 bulan aku menceburkan diri denga salah satu cabang Internet marketing iaitu eBay. Andai sesiapa masih lagi tak tahu apa itu eBay bukakan minda anda untuk membuat carian di Google atau enjin-enjin carian lain.
Aku bermula pada bulan February. Berhenti pada bulan March untuk memuhasabah diri. Sebabnya kecewa sangat bila sales amatlah kurang dan maka cubaan pertama memang rugi dan tak ada untuk. Hasil yang diperolehi hanya digunakan untuk membayar sewa kedai atau eBay Store dan juga bayaran bulanan kepada supplier rahsia aku.
Maka bulan April, aku berazam untuk teruskan dan melalui cabaran-cabaran seterusnya hingga bulan June kini aku masih survive dan happy buat bisnes eBay secara part time di malam hari. Memang meletihkan di kala siang aku berkerja, petang training bola dan malam buat eBay. Natijahnya, blog kesayangan aku ini hanya sempat aku jengah kejap-kejap saja.
Letih tapi puas untuk newbie macam aku. Ilmu masih belum cukup di dada, maka aku berazam untuk mencari guru/sifu untuk belajar lebih lagi tentang ilmu eBay ini. Akan aku cari Noorizam, Shahraduan, SifuLan, Gerry, Matzis, Nuwa, Adwani dan lain-lain untuk aku belajar.
Pendapatan eBay bulan ini setelah tolak fees dan sebagainya ada la dalam USD300. Debit card Public Bank Visa Electron dah siap bulan lepas, dan la withdraw sekali lepas tu account Paypal kena limit la pulak. Contact dengan Paypal sampai sekarang belum berbalas. Uhuhu..letih!!! Maka last week aku apply Debit Card Tune Money. Harap-harap akaun Paypal yang link dengan Debit card Public Bank Visa Electron dapat release. Debit Card Tune Money aku guna untuk backup akaun yang lain. Kalau tak susah la nak withdraw. Letih!!!
Kini polisi eBay dan Paypal pula semakin ketat. Fees jugak mungkin akan semakin tinggi bermula August ini. Letih!!! Macam mana nak jadi usahawan tegar ni. Ermm..bak kata sifu-sifu..”Hati mau kering!!!”








Recent Comments