Archive

Posts Tagged ‘Entrepreneurship’

Valuable Weekend

December 28th, 2009 No comments

Selalunya aku menulis ketika hujung minggu, tapi tidak untuk dua minggu lepas. Jadual padat ketika hujung minggu, dan tiada Internet connection merupakan punca aku tidak update blog-blog aku. Sama seperti minggu ini, aku bercuti panjang selama empat hari. Minggu depan pun aku nak bercuti sehari lagi untuk menyusun jadual tahun baru 2010.

Hujung minggu memang amat berharga bagi aku. Weekdays memang tak ada waktu untuk aktiviti blogging aku especially bila ada banyak projek blog, tapi yang terupdate hanya beberapa. Jadi rugi rasanya bila dah penat-penat beli domain, beli hosting dan setup blog tapi blog kita tak di update. Dari hari ke hari, kalau tak dapat update blog-blog yang ada, memang ada rasa kecewa, memang ada rasa sedih. Walaupun blog-blog aku belum ada yang profitable, tapi setelah banyak effort yang dilakukan maka, aku akan cuba sedaya upaya untuk membelai mereka.

Memang susah menyemai rasa sayang pada blog-blog yang ada. Bagi aku lama-kelamaan rasa sayang tu akan datang bila jari-jari aku ini rasa ringan untuk terus menulis dan meluahkan pendapat di blog-blog tersebut. Jadi rancangan aku bermula 2010 adalah menyediakan satu jadual yang baik untuk aku menguruskan blog-blog aku. Aku merasakan perlu ada satu jadual khusus untuk aktiviti blogging aku.

Sama halnya ketika aku bergiat aktif dengan eBay sepanjang 2009 bila jadual aku begitu padat, sampai satu tahap aku tertekan dan tak dapat fokus pada kerja dan aktiviti harian. Jelasnya aku perlu terus berdisiplin untuk memaksimakan fokus dan usaha-usaha menjadi Internet entrepreneur.

Cheers!

Smart Blogging di UTM Skudai

October 20th, 2009 3 comments
Seminar Smat Blogging di UTM

Seminar Smart Blogging di UTM. Gambar oleh Rohaizad.com

18 October lepas telah berlangsungnya Seminar Smart Blogging di UTM Skudai anjuran Izad Blog Network dan WanMus Technologies. Laporan penuh di sini…

Seminar bermula tepat jam 9am dan berakhir lebih kurang jam 6pm. Sesi bermula dengan ice breaking dan Rohaizad menjelaskan motif peserta datang ke seminar dan mindset yang perlu ada untuk penerokaan dunia blogging.

Coverage seminar ini memang jelas dengan pengenalan tentang PR (PageRank), SEO (Search Engine Optimization), SERP (Search Engine Result Page), backlinks, traffics dan asas-asas blogging sebelum ke part yang lebih heavy lagi.

Selepas tea break, peserta didedahkan dengan niche blog network dan blog advertising. Manakala selepas lunch kaedah kaedah smart blogging pula didedahkan.

Perjalanan seminar nampaknya amat baik dan kalau diikutkan rasanya peserta-peserta taknak balik kerana nak menuntut dengan bro Rohaizad dan rakan-rakan blogger yang lain seperti Nuaeman, Shaffik, Boy dan Wan Mus. Rakan-rakan lain juga tak kurang hebatnya; ada yang pakar designer, photographer, cikgu English, Physics, Maths dan macam-macam lagi kepakaran mereka. Nice to meet you guys.

Memang banyak ilmu-ilmu baru yang aku perolehi dalam seminar ini. Ditambah dengan pendedahan pengalaman dari anak-anak didik Rohaidad; Nuaeman, Shaffik, Boy dan Wan Mus memang membuatkan aku terbuka minda dan bermotivasi untuk terus aktif dalam dunia blogging yang semakin hari semakin mencabar.

p/s: Blogger2 kat Perak boleh la kita gathering mana-mana nanti

Lagi Negative Feedback

August 30th, 2009 9 comments

Last week transaction eBay aku terkena dua negative feedback dalam tempoh 24 jam. Memang angin satu badan sampai nak buat listing dan kerja-kerja lain pun tak bersemangat. Fuh! Memang rasa down beb! Bila kena negative feedback ni memang kena fikir balik apa yang tak kena.

Mostly barang lambat sampai. Part tu memang tak leh nak buat apa la aku rasa sebab penghantaran aku bergantung pada supplier. Walaupun dalam salespage aku dah janjikan masa penghantaran yang reasonable, and harap customer consider, tapi memang ramai yang tak boleh consider. Kalau aku sebagai customer pun risau kalau dah 2 minggu lebih barang tak sampai-sampai.

Part yang kedua, supplier silap hantar barang. Masalah juga. Yang ni kena tanya customer sama ada nak reshipment or nak refund. Nak kurangkan rugi reshipment la. Tapi kalau nak senang dan pantas, tapi rugi sikit aku buat full refund aje. Asyik nak bising-bising aku aku pun kadan-kadang tak larat nak layan.

Part yang ketiga, ada flaw pada item. Part ini pun buat aku tense juga. Barang-barang aku semuanya adalah custom made. Jika ada order, aku hantar design, supplier buat dan hantar barang pada customer. Ada beberapa kali juga jadi kes macam ni. Design cantik-cantik yang aku hantar, tapi yang sampai pada customer banyak yang tak kena. Sadis!!!

Aku tau ramai di luar sana yang berjaya hanya dengan supplier ini sahaja. Walaupun baru beberapa bulan buat, mereka dah jadi PowerSeller dan mendapat rentak meniaga dengan baik. Untuk aku, mungkin belum lagi.

Dan genap 7 bulan aku meniaga di eBay ni. Aiyak baru tujuh bulan! Lumrah meniaga ada naik ada turun.  Aku pun dok fikir-fikir. Perlukah aku teruskan dengan supplier ni? Memang syok tak payah pun simpan barang. Tak syok bila barang kualiti rendah, lambat sampai, design ada flaw, barang silap hantar dan lain-lain. Ada juga rasa bersalah dengan customer. Pening fikir.

Siapa-siapa yang terbaca post ni. Harap tinggalkan komen anda. Cheers!!!

Categories: eBay Tags: , ,

Workshop Rahsia Raja Lelong

August 10th, 2009 3 comments

Workshop Rahsia Raja Lelong

Alhamdulillah, pada 8 August lepas buat pertama kalinya aku telah menyertai satu workshop berkenaan online auction atau lelongan online. Memang hajat aku lama dah untuk menyertai workshop seperti ini. Dari dulu memang nak pergi workshop atau seminar online auction especially eBay tapi masa dan budget agak kurang mengizinkan.

Ini adalah kali pertama aku dengar ada workshop Lelong.com.my ni, so aku terus register dengan hajat untuk mendapat pengalaman menghadiri workshop online auction. Fasilitator untuk workshop ini pula bukan calang-calang, mereka ialah Gerry Eruwan dan Yuzafi. Gerry adalah penulis best seller lelongan online, certified eBay Education Specialist dan dia masih lagi part timer dalam bidang ini.  Manakala Yuzafi adalah underground full time seller yang telah berkecimpung lama dalam bidang Lelong.com.my. Dalam workshop ini juga aku ada berjumpa beberapa orang eBay seller. Jadi dapatlah berkongsi tips dan pengalaman.

Thumbs up! Worth for money. Workshop ini bagi aku memang informative sebab aku tak tau pun pasal Lelong.com.my ni.  Memang aku tak pernah ada akaun Lelong.com.my. Sebelum ini aku asyik dengan eBay saja. Dan adalah tidak mustahil untuk menjadi penjual yang berjaya di Lelong.com.my.

Persoalannya sekarang macam mana aku nak terus menggerakkan diri aku untuk berkembang sebagai seller di eBay dan memulakan langkah untuk Lelong.com.my. Bak kata Gerry dan Yuzafi, jangan berhenti belajar.

Cheers!!!

Personal Coaching dengan Adwani

July 28th, 2009 No comments

Alhamdulillah malam tadi aku sempat menghadiri sesi personal coaching menggunakan Skype bersama bro Adwani. Maka tercapailah hajat aku untuk bertemu seseorang yang otai dalam bidang eBay ini walaupun tak bersua muka.

Aku bertekad untuk menghadiri salah satu personal coaching setelah ramai otai-otai di luar sana dari hari ke hari menutup sesi personal coaching mereka. Lantas aku grab this opportunity. Sesi personal coaching ni aku bayar gunakan duit yang aku withdraw dari Paypal hasil dari jualan-jualan eBay aku.

Sesi berlangsung dengan santai sambil bro Adwani berkongsi pengalaman-pengalaman dan tips-tips beliau dalam menjalankan perniagaan eBay ini. Katanya tak banyak beza pun dengan perniagaan offline. Fikir dan kembangkan strategi pemasaran dan buat dengan happy.

Bro Adwani juga berkongsi beberapa teknik-teknik yang membawa dia hingga ke tahap hari ni. Memang teknik-teknik itu simple dan tak sangka dia just buat macam tu untuk survive in eBay.

Anyway thank you very much bro. I hope to see you next time to learn more and more about eBay and entrepreneurship as a whole.