Last week transaction eBay aku terkena dua negative feedback dalam tempoh 24 jam. Memang angin satu badan sampai nak buat listing dan kerja-kerja lain pun tak bersemangat. Fuh! Memang rasa down beb! Bila kena negative feedback ni memang kena fikir balik apa yang tak kena.
Mostly barang lambat sampai. Part tu memang tak leh nak buat apa la aku rasa sebab penghantaran aku bergantung pada supplier. Walaupun dalam salespage aku dah janjikan masa penghantaran yang reasonable, and harap customer consider, tapi memang ramai yang tak boleh consider. Kalau aku sebagai customer pun risau kalau dah 2 minggu lebih barang tak sampai-sampai.
Part yang kedua, supplier silap hantar barang. Masalah juga. Yang ni kena tanya customer sama ada nak reshipment or nak refund. Nak kurangkan rugi reshipment la. Tapi kalau nak senang dan pantas, tapi rugi sikit aku buat full refund aje. Asyik nak bising-bising aku aku pun kadan-kadang tak larat nak layan.
Part yang ketiga, ada flaw pada item. Part ini pun buat aku tense juga. Barang-barang aku semuanya adalah custom made. Jika ada order, aku hantar design, supplier buat dan hantar barang pada customer. Ada beberapa kali juga jadi kes macam ni. Design cantik-cantik yang aku hantar, tapi yang sampai pada customer banyak yang tak kena. Sadis!!!
Aku tau ramai di luar sana yang berjaya hanya dengan supplier ini sahaja. Walaupun baru beberapa bulan buat, mereka dah jadi PowerSeller dan mendapat rentak meniaga dengan baik. Untuk aku, mungkin belum lagi.
Dan genap 7 bulan aku meniaga di eBay ni. Aiyak baru tujuh bulan! Lumrah meniaga ada naik ada turun. Aku pun dok fikir-fikir. Perlukah aku teruskan dengan supplier ni? Memang syok tak payah pun simpan barang. Tak syok bila barang kualiti rendah, lambat sampai, design ada flaw, barang silap hantar dan lain-lain. Ada juga rasa bersalah dengan customer. Pening fikir.
Siapa-siapa yang terbaca post ni. Harap tinggalkan komen anda. Cheers!!!

Alhamdulillah, pada 8 August lepas buat pertama kalinya aku telah menyertai satu workshop berkenaan online auction atau lelongan online. Memang hajat aku lama dah untuk menyertai workshop seperti ini. Dari dulu memang nak pergi workshop atau seminar online auction especially eBay tapi masa dan budget agak kurang mengizinkan.
Ini adalah kali pertama aku dengar ada workshop Lelong.com.my ni, so aku terus register dengan hajat untuk mendapat pengalaman menghadiri workshop online auction. Fasilitator untuk workshop ini pula bukan calang-calang, mereka ialah Gerry Eruwan dan Yuzafi. Gerry adalah penulis best seller lelongan online, certified eBay Education Specialist dan dia masih lagi part timer dalam bidang ini. Manakala Yuzafi adalah underground full time seller yang telah berkecimpung lama dalam bidang Lelong.com.my. Dalam workshop ini juga aku ada berjumpa beberapa orang eBay seller. Jadi dapatlah berkongsi tips dan pengalaman.
Thumbs up! Worth for money. Workshop ini bagi aku memang informative sebab aku tak tau pun pasal Lelong.com.my ni. Memang aku tak pernah ada akaun Lelong.com.my. Sebelum ini aku asyik dengan eBay saja. Dan adalah tidak mustahil untuk menjadi penjual yang berjaya di Lelong.com.my.
Persoalannya sekarang macam mana aku nak terus menggerakkan diri aku untuk berkembang sebagai seller di eBay dan memulakan langkah untuk Lelong.com.my. Bak kata Gerry dan Yuzafi, jangan berhenti belajar.
Cheers!!!
Syukur Alhamdulillah, hasil dari berniaga eBay sepanjang bulan June ini dapatlah aku settlekan duit insurance dan roadtax kereta sebanyak RM553. Lega rasanya. Ini dapat direalisasikan setelah kad debit Public Bank Visa Electron aku siap dan telah aku link dengan akaun Paypal untuk withdraw duit tu. Access limit pada akau aku pula dah restore. So bolehlah aku withdraw untuk bayar fees eBay yang menggunung tu.
Hasil yang aku dapat tu lebih dari satu per tiga perlu digunakan untuk membayar fees eBay. Final Value Fee agak tinggi dia charge untuk Fixed Price item. So perlu strategi markup dengan cara lain. Mana nak cari sifu ni, dok kumpul duit eBay mesti hujung bulan kena bayar itu dan ini. Hohoho!! Itulah rezeki Allah, bukan kita yang punya. Moga terus diberi ketabahan untuk terus tegar.

Jumaat lepas, akaun Paypal aku tiba-tiba kena access limit. Sentap juga bila dapat email dari Paypal tu. Puncanya aku rasa la sebab Mozilla aku crash time login Paypal then tanpa aku clear cache aku terus login pakai IE. Buka aje email dah dapat email Paypal dengan subject “Notification of Limited Account Access“. Ini adalah pengalaman pertama Paypal kena access limit.
Dalam email tu dia minta kita pergi ke Resolution Center untuk resolve the case. Empat hari tunggu baru case boleh view kat Resolution Center. Kat Resolution Center tu dia bagi kita option untuk kita restore limited account.
Apa yang aku buat, aku scan statement debit card and send kepada Paypal. Then aku faks juga statement ke Singapore sebagai proof aku adalah pemilik akaun. Alhamdulillah, tak sampai dua jam, akaun aku telah kembali active.
Your PayPal Account Access Has Been Restored
Hello M Shafawi Sarbini,
Our review is complete and we have restored your account.
We appreciate your patience and thank you for your help in making PayPal
the safest and most trusted online payment solution.
Thanks,
PayPal
Lepas ini kena berhati-hati. Tak boleh login di sebarang tempat.
Paypal..Paypal..huhuhu!!!
Penghujung bulan June ini genaplah 4 bulan aku menceburkan diri denga salah satu cabang Internet marketing iaitu eBay. Andai sesiapa masih lagi tak tahu apa itu eBay bukakan minda anda untuk membuat carian di Google atau enjin-enjin carian lain.
Aku bermula pada bulan February. Berhenti pada bulan March untuk memuhasabah diri. Sebabnya kecewa sangat bila sales amatlah kurang dan maka cubaan pertama memang rugi dan tak ada untuk. Hasil yang diperolehi hanya digunakan untuk membayar sewa kedai atau eBay Store dan juga bayaran bulanan kepada supplier rahsia aku.
Maka bulan April, aku berazam untuk teruskan dan melalui cabaran-cabaran seterusnya hingga bulan June kini aku masih survive dan happy buat bisnes eBay secara part time di malam hari. Memang meletihkan di kala siang aku berkerja, petang training bola dan malam buat eBay. Natijahnya, blog kesayangan aku ini hanya sempat aku jengah kejap-kejap saja.
Letih tapi puas untuk newbie macam aku. Ilmu masih belum cukup di dada, maka aku berazam untuk mencari guru/sifu untuk belajar lebih lagi tentang ilmu eBay ini. Akan aku cari Noorizam, Shahraduan, SifuLan, Gerry, Matzis, Nuwa, Adwani dan lain-lain untuk aku belajar.
Pendapatan eBay bulan ini setelah tolak fees dan sebagainya ada la dalam USD300. Debit card Public Bank Visa Electron dah siap bulan lepas, dan la withdraw sekali lepas tu account Paypal kena limit la pulak. Contact dengan Paypal sampai sekarang belum berbalas. Uhuhu..letih!!! Maka last week aku apply Debit Card Tune Money. Harap-harap akaun Paypal yang link dengan Debit card Public Bank Visa Electron dapat release. Debit Card Tune Money aku guna untuk backup akaun yang lain. Kalau tak susah la nak withdraw. Letih!!!
Kini polisi eBay dan Paypal pula semakin ketat. Fees jugak mungkin akan semakin tinggi bermula August ini. Letih!!! Macam mana nak jadi usahawan tegar ni. Ermm..bak kata sifu-sifu..”Hati mau kering!!!”
Recent Comments