Lagi Negative Feedback
Last week transaction eBay aku terkena dua negative feedback dalam tempoh 24 jam. Memang angin satu badan sampai nak buat listing dan kerja-kerja lain pun tak bersemangat. Fuh! Memang rasa down beb! Bila kena negative feedback ni memang kena fikir balik apa yang tak kena.
Mostly barang lambat sampai. Part tu memang tak leh nak buat apa la aku rasa sebab penghantaran aku bergantung pada supplier. Walaupun dalam salespage aku dah janjikan masa penghantaran yang reasonable, and harap customer consider, tapi memang ramai yang tak boleh consider. Kalau aku sebagai customer pun risau kalau dah 2 minggu lebih barang tak sampai-sampai.
Part yang kedua, supplier silap hantar barang. Masalah juga. Yang ni kena tanya customer sama ada nak reshipment or nak refund. Nak kurangkan rugi reshipment la. Tapi kalau nak senang dan pantas, tapi rugi sikit aku buat full refund aje. Asyik nak bising-bising aku aku pun kadan-kadang tak larat nak layan.
Part yang ketiga, ada flaw pada item. Part ini pun buat aku tense juga. Barang-barang aku semuanya adalah custom made. Jika ada order, aku hantar design, supplier buat dan hantar barang pada customer. Ada beberapa kali juga jadi kes macam ni. Design cantik-cantik yang aku hantar, tapi yang sampai pada customer banyak yang tak kena. Sadis!!!
Aku tau ramai di luar sana yang berjaya hanya dengan supplier ini sahaja. Walaupun baru beberapa bulan buat, mereka dah jadi PowerSeller dan mendapat rentak meniaga dengan baik. Untuk aku, mungkin belum lagi.
Dan genap 7 bulan aku meniaga di eBay ni. Aiyak baru tujuh bulan! Lumrah meniaga ada naik ada turun. Aku pun dok fikir-fikir. Perlukah aku teruskan dengan supplier ni? Memang syok tak payah pun simpan barang. Tak syok bila barang kualiti rendah, lambat sampai, design ada flaw, barang silap hantar dan lain-lain. Ada juga rasa bersalah dengan customer. Pening fikir.
Siapa-siapa yang terbaca post ni. Harap tinggalkan komen anda. Cheers!!!







Recent Comments