Apa Dah Jadi?
Setelah mendapat dua negative feedback dalam tempoh 24 jam minggu lepas. Rating DSR aku menurun. Percentage feedback aku tidak lagi 100%. Dan customer satisfaction aku bertukar kepada “Poor”. Dan dalam masa seminggu ini, sales yang masuk amatlah sedikit dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya. Cuma ada dua sales, kelmarin dan hari ini. Erm..tak dapat kumpul duit raya la nampaknya. Bonus pulak tak tahu dapat ke tak? What a weird organization. Ahh..lupakan.

Mengikut pembacaan aku, selain algorithm Best Match, DSR (Detailed Seller Rate) kini memainkan peranan penting untuk memastikan jualan kita mendapat exposure yang baik di eBay. Adakah sales aku slow minggu ini disebabkan DSR aku yang menurun dan negative feedback yang diterima? Kemungkinan adalah “YA”.

Lihat DSR di atas, kebanyakan customer memang tak puas hati dengan shipping time. Memandangkan aku menggunakan perkhidmatan dropshipper, maka aku tiada kawalan terhadap shipping time. Aku telah memujuk pemberi feedback-feedback negative untuk revise feedback tersebut. Namun sehingga hari ini masih belum berjaya walaupun sebelum itu mereka telah setuju untuk revise jika aku memberi refund.
Kini aku mencari alternatif untuk tidak bergantung pada dropshipper sahaja. Tengah buat research apa la boleh dijual kat eBay ni. HIGH DEMAND, LOW SUPPLY, HIGH SELL-THROUGH! Ada ker? Sapa boleh bagi idea macam mana nak research benda-benda tu.
Customer is KING! Cheers!!!



Recent Comments