Looking Back at 2009
Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan bermulalah tahun 2010. Banyak kenangan manis dan pahit pada 2009. Banyak kegembiraan dan tidak kurang juga kekecewaan. Namun perjalanan kehidupan akan diteruskan untuk mengharungi tahun 2010. Jadi aku ingin melihat kembali tahun 2009 yang telah aku tinggalkan.
Online auction and eBay
Hujung 2007 aku telah terjumpa satu modul eBay dan seterusnya aku bergerak kehadapan untuk mencuba bidang lelongan online. Bulan January 2009, aku telah membuka satu account eBay dan membuat belian yang pertama di portal lelongan online terhangat di dunia itu.
Pada bulan February 2009, aku membuka auction yang pertama sebanyak 10 items. Items tersebut ialah mousepad yang di design sendiri melalui supplier dari Hong Kong iaitu Artsnow. Pada bulan yang pertama hanya 3 items terjual. Panduan aku tidak lain dari Sifu Lan dan juga Noorizam. Kerana teruja aku invest untuk membeli satu panduan hangat ketika itu dengan harga yang agak mahal, tapi akhirnya orang tersebut menghilang begitu sahaja dengan janji-janji kosong.
Aku gamble dengan teknik-teknik membuka store, membuat basic research dan memenuhkan store eBay aku dengan pelbagai barang. Hasilnya agak lumayan, dan duit eBay tersebut banyak aku gunakan untuk membeli keperluan keluarga. Seterusnya pada bulan July aku invest duit eBay untuk satu sesi personal coaching untuk beberapa jam. Pendedahan beliau memang menarik. Namun aku masih tidak dapat menghasilkan jualan yang baik terutamanya cubaan menggunakan produk fizikal.
Pada bulan August pula aku menghadiri workshop Gerry Eruwan khusus untuk lelongan di Lelong.com.my. Ia merupakan workshop Internet Marketing aku yang pertama. Impak kepada jualan aku di portal lelongan tidaklah besar, cuma minda dan pemikiran aku berkembang untuk terus explore Internet business.
Hasil daripada eBay walaupun tidaklah besar mana jika dibandingkan dengan orang lain masih baik sehingga bulan September di mana account aku di block oleh eBay. Kekecewaan aku memang sukar terubat. Aku terus memventure eBay namun banyak kerugian ditanggung. Bulan October, kedua-dua account Paypal aku telah kosong.
Kelahiran Muhammad Syahmi
Pada 30 July, anakku yang pertama telah selamat lahir. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kini Syahmi yang telah berusia 5 bulan sihat membesar dengan pelbagai kerenah.
Affiliate Marketing dan CPA Marketing
Ini aku sifatkan sebagai satu pitfall pada tahun 2009 kerana aku tidak focus dan kecewa dengan kerugian-kerugian di eBay. Aku telah membeli dua panduan affiliate marketing dari IM dalam negara. Juga dua panduan CPA marketing satu dari IM dalam negara dan satu dari IM terkenal antarabangsa. Hampir RM400 aku habis, sebab tu la account Paypal aku jadi zero.
Aku tak menyalahkan sesiapa atas kegagalan aku, kerana puncanya adalah tidak FOCUS sepanjang tahun 2009. Namun ingin aku nyatakan bahawa di Malaysia masih lagi banyak rubbish products dan masih ramai yang mengejar wang semata, sukar mencari yang benar-benar ikhlas.
Just a piece of mind.
Blogging and niche blog network
Pada 18 October pula aku menghadiri seminar blogging yang pertama. Ia merupakan seminar internet marketing yang kedua bagi aku. Aku gagahkan diri ke Johor, dan itu pertama kali aku menjejakkan diri ke negeri itu. Aku memang berpuas hati dengan seminar itu. Pulang dari seminar aku terus setup blog dan mencari haluan sehingga hari ini. “Blogging itu cool” itu ayat yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku. Walaupun sehingga hari ini blog-blog aku belum ada hasilnya, tapi aku terus bersabar, berusaha dan mencari peluang.
InsyaAllah suatu hari nanti di tahun 2010, akan ada hasilnya.
Alhamdulillah malam tadi aku sempat menghadiri sesi personal coaching menggunakan Skype bersama bro 


Recent Comments