Feedback dan Detailed Seller Ratings
Post hari ini masih dengan feedback dan Detailed Seller Ratings (DSRs) Memang tak dapat dinafikan bahawa feedback adalah element penting dalam perniagaan eBay. Feedback positive yang consistent akan memberikan gambaran bahawa seseorang peniaga atau pembeli di eBay menguruskan transaksi dengan baik. Feedback menjadi petunjuk kepada reputasi seseorang peniaga atau pembeli.
DSRs pula adalah rating yang diberi oleh pembeli di mana ia menilai empat aspect iaitu ketepatan sesuatu barangan yang dijual, komunikasi, masa penghantaran dan juga kos pengendalian dan penghantaran.

Gambar di atas adalah rating terkini aku untuk jangkasama 30 hari. Lihat pada postage time 4.11. Malam tadi masa nak buat listing dapat message di bawah ini pula. Klik pada image untuk lihat yang besar.
Seller Performance Standard adalah 4.3 dan sebab itulah aku dapat warning kerana ada satu aspect rating aku di bawah standard. Jika baca message itu, ada boleh lihat kalau rating bawah 4.3 maka exposure listing akan berada di kedudukan bawah keputusan carian. Andai rating kurang dari 4.1 pula, maka anda akan dihalang dari membuat listing.
Fuh! Post-post seterusnya saya akan terus membincangkan tentang feedback dan DSR ini. InsyaAllah.
Cargas!




Recent Comments