Archive

Posts Tagged ‘Blogging’

Sepi

February 21st, 2010 4 comments

Bukanlah aku yang kesepian, tetapi malang buat blog ini lama tak di update. Tiada lagi alasan, tapi aku masih belum cukup kuat dan smart untuk sentiasa update blog-blog aku. Memang mencabar kalau ada banyak blog dan bagi aku semuanya perlu berstruktur. Dari menulis article hinggalah ke kekerapan mengupdate blog.

Last week sebelum Chinese New Year aku dapat satu job dari BuyBlogReviews.com dan memang sempat aku siapkan. Tak la mahal job tu dan tak susah mana pun tapi sesuai untuk permulaan bagi aku untuk trade blog-blog yang berpotensi. Advertiser dah reply untuk aku buat correction dan aku pun dah reply kembali, hopefully hasil kerja aku diterima dan dapat payment. Hopefully…

Hujung minggu ini adalah masa untuk berehat setelah Chinese New Year holiday minggu lepas. Last week penat travelling minggu ini pula berehat sambil kemas rumah. Minggu sebelum Chinese New Year tu pengasuh anak aku bercuti pada hari Khamis dan Jumaat maka aku dan wife pun bercuti juga. Kami ke ke Penang untuk berehat dan pertama kali membawa Syahmi jalan-jalan.

Syahmi yang takutkan ombak :)

Syahmi yang takutkan ombak :)

Hotel-hotel di Batu Feringghi mahal-mahal belaka, maka kami rent hotel sekitar Tanjung Bungah yang mana rate hotel tersebut lebih murah, view cantik dan makanan pun senang dicari. Hari Jumaat petang kami bertolak ke Kedah, rumah mak mertua aku. Kami pun tak berjalan ke mana kalau dah sampai rumah. Jalan-jalan sekitar pekan Sungai Petani sahaja, makan-makan Radix Fried Chicken.

Al-kisah bercuti last week dan memang aku jarang mengupdate blog-blog aku dalam tempoh tersebut. Sampai satu tahap aku memang tertekan dengan kisah-kisah blog aku ini. Hasilnya belum nampak. Aku bermula niche blog network dalam bulan October 2009 dan kini dah penghujung February. Orang lain mampu buat, kenapa aku masih merangkak mencari haluan. Memang setiap hari aku struggle. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Kini aku sudah kurang bermain bola memandangkan lutut aku yang makin meragam. Alasannya tak sempat. Memang aku tak sempat workout di celah kesibukan kerja. Hampir tiga tahun aku berkerja di sini, nikmatnya kurang. Aku sentiasa tidak puas hati dengan kerja-kerja aku. Kadangkala aku terasa hilang integriti diri di celah kekalutan yang melanda. Semangat aku seperti diragut semenjak aku datang ke sini. Namun Allah masih memberi peluang di sebalik kekalutan, kesepian, kegembiraan dan kekecewaan.

Allah lapangkanlah dadaku, bukakanlah pintu hatiku dan bukakanlah jalan yang terbaik untukku.

Minggu Yang Busy dan Web Hosting

January 11th, 2010 2 comments

Jadual Baru

Bermula 4 January lalu, aku menyiapkan satu jadual baru untuk aktiviti harian dan bulanan. Walaupun hari Isnin aku bercuti kerana ingin membuat perancangan tahun 2010, tapi bila masuk office balik hari Selasa rasanya jadual 2010 telah penuh. Dalam tempoh tidak lebih dari tiga bulan, financial year 2009/2010 akan sampai kepada penamatnya tetapi beberapa Key Performance Indicator (KPI) tahunan masih belum tercapai.

Masalah Web Hosting

Server web hosting aku untuk beberapa blog lain menghadapi masalah. Jadi dalam tempoh dua minggu ini segalanya kurang lancar. Namun satu blog dapat menarik advertiser, itupun hasil dari bantuan bro Nuaeman. Mujur pada ketika itu, blog tersebut live sekejap.

Sekarang bila ada masalah hosting aku terus SMS hosting provider, malas nak log report. So far, memang mereka reply cepat. Hari Sabtu lepas, nampaknya problem mereka dah settle, hopefully semuanya dah betul-betul recover.

Hujung Minggu

Jumaat lepas aku sempat bermain futsal dengan rakan-rakan sekerja untuk melepaskan penat lelah setelah berkerja. Selalunya kami bermain futsal hari Rabu malam sahaja, tetapi memandangkan ada sambutan maka rakan aku sudi menjadi organizer untuk hari Jumaat malam lepas.

Hari Sabtu kami sekeluarga tidak pergi kemana-mana, hanya relax di rumah sambil mengemas. Minggu ni rajin pulak wife aku masak. Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah masak nasi lemak, petang masak bihun tomyam pula. Hari Ahad sehingga jam 1 petang aku buat pertama kalinya menjaga Syahmi sendiri kerana wife aku ada meeting hujung minggu.

Menjaga anak memang mencabar dan buat pertama kalinya memang aku berdebar-debar. Kena tahu sign bila dia nak tidur, bila dia nak susu dan bila dia nak main. Budak kecil ini unik dan dia tak sama setiap orang. Lain budak lain perangainya. Alhamdulillah aku pass first test. :)

Balik meeting wife aku masak nasi ayam dan untuk makan malam dia masak pasta. Minggu yang penuh dengan makan-makan.

Syahmi kini 5 bulan

Syahmi kini 5 bulan

Cheers!

Hari Minggu Yang Ditunggu

November 8th, 2009 4 comments

Hari-hari biasa selalunya kita bekerja di siang hari. Di malam hari bekerja juga untuk mencari pendapatan tambahan. :) Ikutkan memang letih. Kalau dikira-kira memang seumur hidup kita ini asyik kerja dan kerja dan kerja. Jadi jangan lupa ingat pada mati. Ingatlah pada Tuhan, sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya jangan pula tinggal. Ingat, rezeki datang daripada Yang Maha Pemberi Rezeki.

Kisah hari minggu, memang aku sentiasa tunggu. Selain dapat berehat dan santai bersama keluarga, aku amat hargai hujung minggu untuk belajar. Bukan MSc atau MBA, tapi aku belajar Internet business. Aku memang lambat sikit berbanding rakan-rakan seperjuangan lain sama ada di area blogging atau eBay. Namun aku kayuh pelan-pelan dengan kemampuan dan masa yang aku ada. InsyaAllah aku yakin akan ada hasilnya nanti.

Semalam aku pergi jalan-jalan ke bandaraya Ipoh. Singgah juga di rumah kawan isteri di Tambun. Petang baru sampai rumah. Kepenatan lalu aku tidor awal. Jaga jam 3am, layan Spanish League dan blog-blog aku sampai jam sekarang (10.30am) aku belum tidur. Sebenarnya seronok update blog kalau kena caranya. Aku tengah mencari tune sendiri. Dengan blogging juga secara tak sedar kita membaca, maka ada ilmu yang akan kita perolehi.

Ok. Mungkin sampai di sini untuk hujung minggu ini. Anak aku pun dah tidur. Rumah pun dah dikemas. Maka giliran aku nak tidur. Kepada peminat-peminat Chelsea dan Manchester United jangan pula ada yang bakar kedai mamak malam nanti. Kepada Negeri Sembilan tahniah diucapkan kerana berjaya memenangi Piala Malaysia.

zZzzZz…

Aku, Blog dan Domain

October 26th, 2009 No comments

Jam baru pukul 10pm tapi aku dah mengantuk tahap melampau ni. Tenaga badan amat teruji sejak kebelakangan ini terutamanya setelah kemunculan anak pertama aku :) . Stamina kurang sedikit lalu fokus pun mula hilang sedikit demi sedikit. Jadi dalam mengharungi kehidupan ini memang kita perlukan satu motivasi untuk terus dan terus berjuang hingga ke hujung nyawa.

Dalam dua minggu kebelakangan ini aku banyak mengkaji tentang activity blogging dan juga blog advertising. Aku study dari sumber-sumber percuma terutamanya forum dan juga belajar dari blog power blogger yang lain. Untuk menjadi blogger kental, motivasi dan mindset memainkan peranan penting. Pagi tadi aku dapat satu newsletter dari Catzer menyentuh tentang perkara ini. Berapa lamakah seseorang blogger mampu bertahan atau hanya sekadar sangkut di tengah jalan dan tidak mahu bangun semula. Ia adalah sesuatu yang mencabar. Untuk menerapkan minat blogging dan menulis memang sesuatu yang bukan semua mahu lakukan. Betulkah anda ingin menjadi seorang blogger tegar? Silakan.

Sejak minggu lepas pula, aku struggle mencari nama domain untuk beberapa niche blog. Minggu lepas aku berjaya membeli dua domain. Satu hosting murah juga telah aku beli and hopefully tak ada masalah untuk aku jalankan project seterusnya. Memandangkan duit Paypal aku masih ada lagi dalam account hasil dari jualan eBay yang lepas, lalu aku pun mencari la domain-domain yang boleh dibeli. Namun, problem betul time nak cari. Memang mencabar. Sapa-sapa otak creative tu senang la nak bagi nama. Macam aku ni typical sikit. Nak senang sebelum cari boleh la check pakai instant domain search. Tapi tak la accurate sangat. Jadi suggestion aku search aje kat GoDaddy atau namecheap. Seboleh-bolehnya carila coupon discount kalau ada. Boleh try di Retail Me Not atau cari la kat mana-mana forum. Esok rasanya nak beli lagi untuk menambahkan hartanah maya aku :)

Categories: Blogging Tags: ,

Smart Blogging di UTM Skudai

October 20th, 2009 3 comments
Seminar Smat Blogging di UTM

Seminar Smart Blogging di UTM. Gambar oleh Rohaizad.com

18 October lepas telah berlangsungnya Seminar Smart Blogging di UTM Skudai anjuran Izad Blog Network dan WanMus Technologies. Laporan penuh di sini…

Seminar bermula tepat jam 9am dan berakhir lebih kurang jam 6pm. Sesi bermula dengan ice breaking dan Rohaizad menjelaskan motif peserta datang ke seminar dan mindset yang perlu ada untuk penerokaan dunia blogging.

Coverage seminar ini memang jelas dengan pengenalan tentang PR (PageRank), SEO (Search Engine Optimization), SERP (Search Engine Result Page), backlinks, traffics dan asas-asas blogging sebelum ke part yang lebih heavy lagi.

Selepas tea break, peserta didedahkan dengan niche blog network dan blog advertising. Manakala selepas lunch kaedah kaedah smart blogging pula didedahkan.

Perjalanan seminar nampaknya amat baik dan kalau diikutkan rasanya peserta-peserta taknak balik kerana nak menuntut dengan bro Rohaizad dan rakan-rakan blogger yang lain seperti Nuaeman, Shaffik, Boy dan Wan Mus. Rakan-rakan lain juga tak kurang hebatnya; ada yang pakar designer, photographer, cikgu English, Physics, Maths dan macam-macam lagi kepakaran mereka. Nice to meet you guys.

Memang banyak ilmu-ilmu baru yang aku perolehi dalam seminar ini. Ditambah dengan pendedahan pengalaman dari anak-anak didik Rohaidad; Nuaeman, Shaffik, Boy dan Wan Mus memang membuatkan aku terbuka minda dan bermotivasi untuk terus aktif dalam dunia blogging yang semakin hari semakin mencabar.

p/s: Blogger2 kat Perak boleh la kita gathering mana-mana nanti