Update: Web Hosting Status
Kelmarin aku menerima notification penukaran tarikh penutupan sementara server web hosting. Bukan web hosting blog tapi blog-blog lain.
Pelanggan yang dihormati,
Penutupan sementara server sepakuhosting akan dipercepatkan dari tarikh dan waktu asal.
Tarikh baru: Jumaat 15 januari 2010 11.30 malam
Tarikh dijangka selesai: Sabtu 16 januari 2010 4 petang
Tujuan tarikh dipercepatkan adalah untuk menyelesaikan masalah server ini dengan seberapa segera yang boleh.
Terima kasih
Seharian aku tidak duduk di rumah, pergi jalan-jalan bersama isteri dan anak dengan hasrat ingin melupakan sebentar masalah blog-blog aku disuspend. Jam 8 malam aku cuba untuk access blog-blog aku tetapi hampa apabila semua blog masih lagi suspended. Kecewa masih bersarang di dalam hati. Memang aku hilang mood blogging.
Pada ketika ini aku hanya berserah dan berdoa kepada Allah agar mereka dapat menyesaikan masalah tersebut. Komplen banyak-banyak pun tak ada gunanya. Andai masalah berlanjutan aku akan beralih kepada hosting lain. Kini traffic memang menjunam dan advertiser mula mempersoalkan perkara tersebut. Adeh!



Recent Comments