Apa Lagu yang Best?
Actually lama dah aku tak dengar lagu. Kalau tanya aku lagu atau artis mana yang popular sekarang memang aku tak tahu. Kalau time drive tu kadang-kadang aku buka Sinar FM, kadang-kadang ERA, kadang-kadang buka IKIM. CD dalam kereta pun semua wife aku punya, dan jarang-jarang buka. Aktiviti mendengat lagu itu amat jarang dilakukan juga memandangkan wife aku yang selalu drive kereta tu. Aku macam dah lupa nak dengar muzik.
Jada apakah hiburan atau santapan untuk telinga aku ini. Di sini aku kongsikan satu sumber koleksi MP3 dan video. [Klik sini] Di situ boleh cari koleksi “Awesome Recitation” atau bacaan dari imam-imam besar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau dengar yang koleksi masa Ramadhan lagi menarik. Boleh saja dengar dan tengok direct atau terus download untuk kamu dengar di waktu-waktu yang disukai. Aku rasa aktiviti ini pun bagus juga selain mendengar jenis-jenis hiburan yang lain.







Recent Comments