Kerja Oh Kerja

June 15th, 2010 4 comments

Minggu ini boleh dikatakan minggu paling sibuk dalam kalendar kerja aku tahun ini. Memang nak update blog pun payah. Minggu lepas sahaja, aku bertandang ke MMU untuk Government Link University Games. Memang puas setelah pasukan aku seri 2-2 dengan UNITEN dan menang 3-1 dengan MMU. Aku pula dapat bermain sepenuh masa dalam kedua-dua perlawanan.

Pulang dari GLU aku sibuk pula dengan persiapan conference dan meeting pada minggu ini. Sejak semalam aku berada di ibu kota cinta Kuala Lumpur dan hari ini bermulalah segala kesibukan.

Hari ini aku berada di KLCC untuk meeting sepanjang hari. Ini pertama kali aku naik ke KLCC tower 1 dan tower 2, dan pertama kali juga aku melalui KLCC SkyBridge sebanyak 2 kali. Memang syok tapi sayang tak dapat bawa anak dan isteri sekali. Dapat peluang sebegini pun kerana ada delegasi luar negara yang meeting di sini.

Esok hingga Khamis pula aku akan berstesen di KL Convention Centre kerana menguruskan hal-hal berkaitan conference yang akan berlangsung selama tiga hari. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Kalau tiada aral melintang InsyaAllah aku akan pulang ke Perak pada hari Khamis.

Namun hari Jumaat dan Sabtu masih ada lagi meeting sepanjang hari. Bila nak tengok FIFA World Cup ni? Bila sibuk macam ni memang penat. Susah nak exercise, susah nak jaga makan dan jaga badan. Walaupun kita penat ketika waktu kerja, namun apabila kita mengambil masa sedikit untuk exercise kita sebenarnya membangkitkan satu chemical dalam badan untuk kita lebih cergas dan bertenaga. Bila penat, ubatnya bagi aku hanyalah tidur yang cukup dan berkualiti. Curilah masa sekejap untuk exercise, 5 minit pun cukup untuk kita gerakkan badan dan otot yang letih.

Selepas minggu ini aku akan menstrukturkan semula jadual harian aku yang semakin caca merba. Cheers!

Categories: Uncategorized Tags:

Bayaran Pertama SponsoredReviews.com

May 27th, 2010 10 comments

Beberapa hari lepas aku mendapat job pertama dari SponsoredReviews.com. Aku telah berjaya siapkan job tersebut namun apabila aku submit ia tidak diterima sistem SponsoredReviews. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya barulah job aku diterima. Setelah menyemak kembali job tersebut rupa-rupanya ada sedikit kesilapan. Apakah kesilapan tersbut? Spacing pada advertiser link. Hanya satu spacing membuatkan job aku tidak diterima. Lama juga aku mengkaji. :)

Setelah berjaya submit aku hanya menunggu payment daripada SponsoredReviews.com. Akhirnya hari ini apabila aku membuka email, terdapat message menunjukkan bayaran telah diterima. Alhamdulillah USD10 telah masuk ke akaun Paypal aku. :)

SponsoredReviews

Jadi terbukti satu lagi program buat duit dengan blog.  Lama juga aku tunggu untuk dapat job dari SponsoredReviews. Mungkin blog aku tak cukup power. Kalau PR tinggi rasanya lebih menarik offer yang akan diterima.

Hopefully akan ada lagi job dari SponsoredReviews.com lepas ni. Program ini sama seperti BuyBlogReviews.com tapi offer job SponsoredReviews.com lebih tinggi harganya. Sehingga kini aku hanya berjaya mendapat satu job BuyBlogReviews.com dan mendapat USD7. Telah berkali-kali membuat bid tapi tak ada satu yang sangkut.

OK. Aku nak bercuti tiga hari. Move forward. Cheers! :)

Categories: Blogging Tags:

Job Pertama dari SponsoredReviews.com

May 24th, 2010 1 comment

Alhamdulillah last week buat pertama kalinya aku mendapat job pertama dari SponsoredReviews.com yang berharga USD20. Namun pembahagiannya adalah 50/50 maka setelah job completed aku hanya akan mendapat USD10 sahaja.

Job yang diterima adalah untuk menulis artikel dan mestilah mengandungi 2 hingga 3 links advertiser. Jadi ia bukan review. Tidak banyak masalah untuk menyiapkan artikel tersebut. Aku mengambil masa tidak sampai sejam. Ia mungkin tempoh yang agak lama untuk penghasilan satu-satu artikel. Dan mungkin ia suatu teknik yang tidak “smart”. Namun aku perlu mengasah style penulisan dan meningkatkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris. Tidak salah bukan.

Setelah siap job tersebut maka aku cuba submit ke SponsoredReviews malangnya ia tidak diterima. Terdapat error message yang mengatakan bahawa aku tidak meletakkan link-link advertiser di blog aku. Bila aku check kembali semuanya seperti dah OK. Any advise? Any comment? Please let me know in the comment section below.

Setakat ini job-job yang diterima tidaklah banyak mana. Untuk bulan Mei ini hanya dapat tiga blogpost. Persaingan amat tinggi untuk mendapatkan job sebegini kerana adversiter memberikan harga yang amat murah lebih-lebih lagi PR blog yang tidak tinggi dan backlinks yang kurang mantap.

p/s: Nantikan update seterusnya sama ada submission blogpost aku ke SponsoredReviews.com berjaya atau tidak.

Categories: Blogging Tags:

Hidup Mesti Terus

May 9th, 2010 2 comments

Setelah dua minggu berturut-turut aku tidak berada di rumah minggu ini kami sekeluarga hanya berehat di rumah. Cuma kelmarin keluar membeli barang-barang keperluan di Tesco. Minggu ini tak dapat aku nak gunakan laptop kerana isteri aku sibuk tolong adiknya buat final year project. At last banyak pulak yang tak kena memandangkan software-software tertentu tak compatible dengan operating system computer aku yang kini menggunakan platform Windows 7.

Bulan April memang mengecewakan kerana banyak aktiviti online aku terbantut. Selain agak kecewa kerana tiada perubahan PR setelah Google PR update pada awal April, aku juga amat sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Zero adalah pendapatan online aku pada bulan April. Namun bermula May bermula dengan baik, walaupun masih kurang memberangsangkan.

Hari Jumaat dan semalan aku berjaya memindahkan blog-blog dot com aku ke hosting yang baru dengan “zero downtime”. Semua post, comments, setting, plugins berfungsi tanpa sebarang error. Alhamdulillah. Hasil carian di Google dan sedikit kesabaran memberikan aku cara yang aku rasakan paling efektif untuk memindahkan Wordpress blog ke hosting lain dengan “zero downtime”.

Kini aku tidak lagi risau tentang hosting lama yang seringkali down. Namun begitu ada beberapa blog yang aku masih maintain di hosting lama. Jadi aku dapat meneruskan projek di hosting lama dan baru tanpa risau.

Antara cabaran yang paling hebat yang aku rasakan untuk menjadi blogger kental adalah untuk menghasilkan post yang berkualiti dan kekerapan mengemaskini blog. Untuk fokus dan mendisiplinkan diri adalah sesuatu yang amat sukar. Dengan kata lain tahap konsisten atau istiqamah adalah perlu untuk menjadi seorang blogger tegar.

Buat masa ini itulah dua kelemahan yang ingin aku perbaiki walaupun banyak lagi kelemahan-kelemahan yang aku telah kenalpasti untuk menjadi seorang blogger tegar.

Aku belum menjadi smart blogger.

Bola Oh Bola Part 3…Final UTP League

April 29th, 2010 1 comment
bolaohbolapart3

Photo by Ahmad Rasky

Berikut adalah corat-coret dari wartawan Facebook FC/Ngolokerz FC.

Lemah terasa jari jemari ini tatkala mahu menghantar bulletin ini. Rasa kekesalan dan kekecewaan masih terpancar diwajah penulis.belum ada rezeki lagi. 3 kali tewas di final. Kesemuanya kalah kepada team international. Otot-otot pun masih terasa lesu lagi. Remy dan Achap antara yang mengalami kekejangan otot semalam. Bagi pihak pemain, kami ingin memohon maaf kepada para die hard fan kerana gagal menghadiahkan kejuaraan pada tahun ini. Kami  telah mencuba sedaya upaya kudrat kami musim ini sehingga Berjaya ke final. Tahniah diucapkan juga kepada players yang nampaknya musim ini bermain dengan komited dan bersungguh dan tak kenal erti putus asa. Itulah resepi kejayaan kita menjadi naib juara. Kita ini ibarat ubi, makin tua makin berisi.

Cerita pasal game……para players menanam azam dan tekad untuk bermain mati-matian. Sebaik sepak mula staff menguasai permainan. Kita serang mereka bertubi-tubi. Striker lawan iaitu meseret langsung tak boleh nak serang sebab 45 kali dia offside.(purata 1 minit sekali). Kita ada beberapa peluang masa tu tapi kita telah gagal jaringkan gol dan keeper mereka juga tangkas. Salmi memuji tahap kerajinan players yang Berjaya mengekang asakan lawan.

Separuh masa kedua pun sama. Kita banyak peluang gol tapi memang takde nasib atau depa pakai bomoh siam. Bola langsung tak mau masuk. Sekali mereka attack mengejut sebelah kiri dan bawa masuk ke kotak penalty lalu merembat kencang menewaskan abg lan. Terpaksa le tukar taktik. Salmi main naik. Masa tu defend dah Nampak goyah. Perangkap offside tak menjadi lagi. 5 kali mereka one by one dgn abg lan tapi mereka gagal score. Kalau tak kena belasah kita kot.
Sekali lagi mereka attack dari sayap kiri dan crossing cantik pada meseret untuk gol kedua. Terus punah harapan nak kejar lagi. Satu free kick salmi terkena palang plak. Second half kita ada 5 peluang keemasan untuk score. Memang takdir nak kalah le tu. Abg lan yang merindui meseret telah memeluknya dan akibatnya kena le kad merah. Perlawanan pun tamat dan kesudahannya azzuri menewaskan facebook fc 2-0.

Stadium dipenuhi 1000 penyokong semalam. Jumlah teramai untuk tahun ni. Rata-rata yang tengok puji aksi kita Cuma mereka kata kita takde nasib sebab tak dapat nak score. Terima kasih juga kepada penaja minuman rasmi semalam iaitu LIVITA. Kontrak Achap bersama staff pun dah tamat. Tahun depan dia akan main untuk onitsuka tiger. Kontrak prof akan kekal sehingga GLU.

Latihan akan bersambung isnin depan sebagai persiapan untuk GLU pulak.

Ini pula adalah komen dari pemain paling senior dalam pasukan.

Salam 1 Malaysia

Terima kasih kepada barisan pertahanan kerana telah membantu dan memudahkan mengawal gawang. Jika barisan pertahan ini dikekalkan mungkin pasukan Malaysia tidak akan tewas Cuma seri je tanpa jaringan gol.

Pemain dan penyokong semua harus mendalami dan menerima hakikat Facebook tidak tewas pada perlawanan semalam kerana jika dikira dari factor umur kita adalah memenang. Purata umur diatas padang 32 keatas dan pasukan lawan 20, jarak umur 10 tahun  adalah amat ketara sekali bagi sukan yang memerlukan kekuatan fizikal. Facebook dapat mengimbangi & menguasai pada separuh masa pertama perlawanan menjadi seimbang pada 20 minit yang terakhir.

Saya amat menyanjung tinggi kepada pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan dan kekurangan pemain tapi masih lagi mempunyai kekuatan menyerang dan hampir menjaringkan gol. Kalau la kita minum redbull rasanye dapat gol tu,  ni minum livita untuk pemandu mengatuk je.

Akhir sekali ribuan terima kasih keatas kepuasan yang diberikan kepada saya dalam permainan semalam dan pohon maaf kerana reflek yang agak lambat bagi menngkang kedua dua gol berkenaan.

Maka tercatatlah sejarah setelah 29 tahun bermain bolasepak kat kampong pertama kali dapat kad merah.

Terima kasih juga kerana dipilih sebagai penjaga gol terbaik musim ini, penyampaian hadiah pun dalam toilet je tanpa tepukkan hanya jelingan dari puod macam tak puas hati je ( suruhle bos kau bagi ).

Wassallam

Categories: Football Tags: