Dalam bulan lepas, aku telah memindahkan tiga blog aku ke sebuah hosting baru. Aku fikir semuanya perfect sehingga aku mengenalpasti ada dua masalah yang melanda setelah aku memindahkan blog-blog tersebut.
Hampir sebulan aku terperangkap dalam problem ini. Berikut adalah problemnya:
Tidak boleh upload media (image, video etc) ke server
Mula-mula aku fikir ini adalah masalah dari segi permission kerana error yang diterima adalah berkenaan permission. Namun yang peliknya Wordpress error tersebut menyatakan media uploads path masih berada di server lama.
Akhirnya saudara Smartzul telah memberikan idea untuk aku check bahagian media setting. Jika anda menggunakan Wordpress 3.0,
Pergi ke Setting>Media
Pada bahagian Uploading Files masukkan path upload folder di Store uploads in this folder
Save Changes
Alhamdulillah selesai masalah.
‘Comments closed’
Di ketiga-tiga blog aku yang telah dipindahkan, semua comments section untuk post-post terbaru tiada. Hanya tertulis di bawah post tersebut “Comments closed”. Bermakna tiada comments section. Implikasinya pelawat blog tidak dapat memberi comments kepada post-post aku.
Namun, pada post-post lama (post sebelum aku pindah hosting), masih ada lagi comments section tersebut. Comments pelawat juga masih ada. Setting pada Discussion section juga telah aku check berkali-kali. Begitu juga setting pada individual post. Tak tahu la kalau terlepas pandang.
Kecik kepala juga memikirkan perkara ini. Telah aku godek Pakcik Google tetapi masih belum berhasil.
Jadi sesiapa yang punya idea bolehlah kongsikan ye. Bermula dengan idea, mungkin ada hasilnya nanti.
Ini adalah dedicated post untuk hari lahir aku. Ramai juga yang tak tahu berapa umurku sekarang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir terutamanya di Facebook. Lupakan bab umur. Tahun ini merupakan tahun istimewa kerana first time ada orang sediakan macam-macam untuk sambutan hari lahir aku. Seumur hidup aku memang tak pernah buat sambutan macam tu pun. Keluarga aku tak pernah mempraktikkan acara-acara seperti itu. Jadi aku tak dididik untuk jadi macam tu.
Kali ini isteri dan anak menjadi teman untuk meraikan hari lahir ku. Isteri aku yang bersungguh sangat. Aku memang selalu buat tak kisah. Aku dapat merasakan perubahan diri aku dari kecil hingga sekarang. Dulu perangai aku tak lah macam ni, at least kalau birthday tu aku sambut sendiri-sendiri. Pegi tengok wayang sendiri-sendiri. Pernah aku tengok wayang sendiri-sendiri ketika birthday aku, time tu cerita Spiderman. Dah tu duduk depan sekali pulak tu. First time tengok wayang katakan. Hahahah!
Anyway, dengan sederhana isteri aku beli kek dan cheese tart. Tapi Syahmi pulak yang over. Macam celebrate birthday dia. 30 haribulan July birthday Syahmi pula. Isteri aku dah siap dengan plannya. Hohoho!
Setelah beberapa minggu sibuk berkerja akhirnya minggu ini aku berada di rumah dengan aman dan dapatlah aku update blog-blog aku dengan aman. Walaupun masih ada si kecil yang seringkali mengganggu aku, masih lagi aman kerana dapat bersama dengannya berserta isteri.
Plan untuk pulang ke Parit Selikur melawat emak akhirnya terganggu kerana tiba-tiba mak ingin pergi ke Melaka bersama makcik. Kini emak dah pandai telefon handphone aku, terkejut bila pagi Jumaat lepas emak tiba-tiba call.
Syahmi bersama Mommy
Plan hari Sabtu diteruskan iaitu pergi ke Lumut kerana wife ingin menghadiri Breasfeeding Support Group Meeting. Ini adalah kali pertama isteri ingin menghadiri perjumpaan seumpama ini setelah hampir setahun aktif di Forum SusuIbu. Syahmi kini kini menjangkau 11 bulan dan sepanjang tempoh tersebut memang dia mengambil susu ibu. Perjumpaan di Lumut aku simpulkan tidak meriah kerana hanya tiga orang termasuk Lactation Counselor yang hadir. Namun sesi tersebut aku rasakan amat bermakna kerana boleh personalize dengan Lactation Counselor lalu segala permasalahan dapat dikongsi dengan baik.
Setelah habis session SGM tersebut, aku makan tengahari di satu restoran nasi beriyani. Nasi beriyani tersebut taklah marvelous sangat tapi boleh makan berbanding nasi-nasi beriyani lain yang ada di Perak ni. Lepas tu barulah kami ronda-ronda di pekan Lumut sekejap. Akhirnya dapatlah kasut futsal baru setelah pujuk isteri belanja. :p Kasut futsal yang aku beli tiga tahun lepas tak dapat diselamatkan lagi.
Jam 1.30pm aku pulang sebentar ke kampung juga kerana emak minta aku ambil tapai pulut yang dibuat khas untuk menanti kepulangan kami. Jam 4.00pm kami pulang semula ke Seri Iskandar.
Hari ini pula kami sekeluarga hanya berehat di rumah. Isteri pula masak ikan bakar. Rasa lega yang amat sangat. Penat pun rasanya dah hilang. Kini World Cup pula jadi tumpuan. Pasukan favorite aku Italy telah terkeluar dari saingan. Persembahan terburuk Azzuri sejak aku mengenali mereka bermula World Cup 1994. Kini tinggal Brazil harapan aku untuk menjulang kejuaraan setelah mereka gagal pada tahun 2006. Wakil Asia pula hanya tinggal Jepun setelah Korea Selatan gagal menemui rentak kemenangan malam tadi.
Minggu ini boleh dikatakan minggu paling sibuk dalam kalendar kerja aku tahun ini. Memang nak update blog pun payah. Minggu lepas sahaja, aku bertandang ke MMU untuk Government Link University Games. Memang puas setelah pasukan aku seri 2-2 dengan UNITEN dan menang 3-1 dengan MMU. Aku pula dapat bermain sepenuh masa dalam kedua-dua perlawanan.
Pulang dari GLU aku sibuk pula dengan persiapan conference dan meeting pada minggu ini. Sejak semalam aku berada di ibu kota cinta Kuala Lumpur dan hari ini bermulalah segala kesibukan.
Hari ini aku berada di KLCC untuk meeting sepanjang hari. Ini pertama kali aku naik ke KLCC tower 1 dan tower 2, dan pertama kali juga aku melalui KLCC SkyBridge sebanyak 2 kali. Memang syok tapi sayang tak dapat bawa anak dan isteri sekali. Dapat peluang sebegini pun kerana ada delegasi luar negara yang meeting di sini.
Esok hingga Khamis pula aku akan berstesen di KL Convention Centre kerana menguruskan hal-hal berkaitan conference yang akan berlangsung selama tiga hari. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Kalau tiada aral melintang InsyaAllah aku akan pulang ke Perak pada hari Khamis.
Namun hari Jumaat dan Sabtu masih ada lagi meeting sepanjang hari. Bila nak tengok FIFA World Cup ni? Bila sibuk macam ni memang penat. Susah nak exercise, susah nak jaga makan dan jaga badan. Walaupun kita penat ketika waktu kerja, namun apabila kita mengambil masa sedikit untuk exercise kita sebenarnya membangkitkan satu chemical dalam badan untuk kita lebih cergas dan bertenaga. Bila penat, ubatnya bagi aku hanyalah tidur yang cukup dan berkualiti. Curilah masa sekejap untuk exercise, 5 minit pun cukup untuk kita gerakkan badan dan otot yang letih.
Selepas minggu ini aku akan menstrukturkan semula jadual harian aku yang semakin caca merba. Cheers!
Beberapa hari lepas aku mendapat job pertama dari SponsoredReviews.com. Aku telah berjaya siapkan job tersebut namun apabila aku submit ia tidak diterima sistem SponsoredReviews. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya barulah job aku diterima. Setelah menyemak kembali job tersebut rupa-rupanya ada sedikit kesilapan. Apakah kesilapan tersbut? Spacing pada advertiser link. Hanya satu spacing membuatkan job aku tidak diterima. Lama juga aku mengkaji.
Setelah berjaya submit aku hanya menunggu payment daripada SponsoredReviews.com. Akhirnya hari ini apabila aku membuka email, terdapat message menunjukkan bayaran telah diterima. Alhamdulillah USD10 telah masuk ke akaun Paypal aku.
Jadi terbukti satu lagi program buat duit dengan blog. Lama juga aku tunggu untuk dapat job dari SponsoredReviews. Mungkin blog aku tak cukup power. Kalau PR tinggi rasanya lebih menarik offer yang akan diterima.
Hopefully akan ada lagi job dari SponsoredReviews.com lepas ni. Program ini sama seperti BuyBlogReviews.com tapi offer job SponsoredReviews.com lebih tinggi harganya. Sehingga kini aku hanya berjaya mendapat satu job BuyBlogReviews.com dan mendapat USD7. Telah berkali-kali membuat bid tapi tak ada satu yang sangkut.
OK. Aku nak bercuti tiga hari. Move forward. Cheers!
Recent Comments