Home > Me and Myself > Kebosanan!!!

Kebosanan!!!

August 19th, 2007 Leave a comment Go to comments

Kaktus yang Fahrul bagi masih dapat akuCactus_2_copy

selamatkan
nampaknya.

Walaupun bentuk kaktus ni kurang menarik, dan kalau bagi pada orang
lain pun belum tentu diterima tapi aku rasa ikhlas menjaga kaktus ni. Kalau
dulu dah nak mati, tapi kini makin membesar dan aku pun dah pindahkannya ke
dalam pasu yang lebih besar.
Bagi aku senang nak jaga kaktus ni, bagi air
seminggu sekali saja. Tak seperti jaga kucing yang aku tinggalkan dulu,
tiap-tiap hari kena beri makan. Ye la, perasaan untuk setiap sesuatu yang kita
lakukan itu berbeza-beza. Setiap sesuatu, memberi kepuasan yang berbeza asal
kita ikhlas melakukannya.

Bagi aku keikhlasan amat penting. Contohnya dalam beribadah
kepada Yang Esa, kalau kerana terpaksa adakah akan diterima. Dalam pekerjaan,
kalau berkerja kerana terpaksa maka setiap kerja yang dilakukan itu bukan untuk
kepuasan diri dan ia bukanlah sesuatu yang akan kita suka. Maka bagi aku ia tak
melengkapkan diri kita. Dalam cinta, pernah tengok cerita “Kiamat Sudah Dekat”.
Pemuda di dalam filem tersebut dicabar membuktikan cinta dengan keikhlasan.
Lalu bagaimana keikhlasan itu hadir dalam diri, bukan keterpaksaan tapi
kerelaan.

Futsal_konvo_2Setelah sekian lama tak bermain futsal, semalam dapat
melepaskan
gian sedikit. Semalam aku men yertai pertandingan futsal, tapi kalah
awal, balik dan terus berehat. Perlawanan-perlawanan EPL malam tadi pun
semuanya kurang menarik. Jadi ubatnya adalah tidur. Bulan puasa semakin dekat,
kalau dulu, lepas terawih sempat lagi main futsal. Badan pulak makin berat,
pergerakan pun lambat sebab berat, buat kerja pun jadi lembab sebab otak makin
tumpul. Mungkin neuron-neuron aku banyak
yang dah mati. Contohnya, di hujung minggu sebegini, aku keBOSANannnnnnnnnn!!!!

Cheers!!!
http://futebolitis.blogspot.com
http://shafawi.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
Categories: Me and Myself Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
CommentLuv Enabled