100th Feedback
Bermula bulan February 2009, aku mula menjual di laman lelongan eBay dan Alhamdulillah setelah menempuh pahit getir dapat juga aku mencapai feedback ke-100. Feedback ke-100 ini bukanlah menggambarkan jumlah jualan yang telah terhasil tetapi bilangan pelanggan yang telah memberikan rating positif kepada sesuatu transaksi yang berjaya di laman eBay. Walhal beratus lagi yang tidak memberikan feedback. Aku pernah request for feedback tapi tak pernah ada pelanggan yang respond.
Dalam pada itu seperti yang telah aku nyatakan dalam post terdahulu, ada juga 2 feedback negative yang aku terima. Aku telah berusaha supaya pelanggan revert feedback negative tersebut dengan memberi full refund dan menyatakan sebab-sebab kegagalan transaksi. Namun terdapat pelanggan yang masih keras hati.
Nyata kebanyakan pelanggan tidak membaca sales letter atau item description sebelum membeli. Namun kuasa feedback negative adalah di tangan mereka. Sebagai penjual kita perlu memberi yang terbaik buat pelanggan. Memang seronok berniaga di eBay. Namun untuk menjadi penjual yang tegar di eBay kita perlu terus belajar dan belajar. Ini kerana polisi-polisi mereka seringkali berubah. Dunia Internet Marketing memang cepat mengalami perubahan.
Berasimilasilah dengan perubahan.







tahniah..dah sampai 100 fb..kira nak jdi tahp pro dah ni..nanti-nanti ada tips-tips ebay ,jgn lupa share kat blog ni..hehe..sharing is caring..:-)
saya tak pro lagi bro…dah beberapa bulan baru 100th.. sikit2.. insyaAllah kita sama2 share tips2
enkha dah start layan produk fizikal ke belum?
Tengah dalam proses mencari produk fizikal yang best utk djual..hehe..