Valuable Weekend
Selalunya aku menulis ketika hujung minggu, tapi tidak untuk dua minggu lepas. Jadual padat ketika hujung minggu, dan tiada Internet connection merupakan punca aku tidak update blog-blog aku. Sama seperti minggu ini, aku bercuti panjang selama empat hari. Minggu depan pun aku nak bercuti sehari lagi untuk menyusun jadual tahun baru 2010.
Hujung minggu memang amat berharga bagi aku. Weekdays memang tak ada waktu untuk aktiviti blogging aku especially bila ada banyak projek blog, tapi yang terupdate hanya beberapa. Jadi rugi rasanya bila dah penat-penat beli domain, beli hosting dan setup blog tapi blog kita tak di update. Dari hari ke hari, kalau tak dapat update blog-blog yang ada, memang ada rasa kecewa, memang ada rasa sedih. Walaupun blog-blog aku belum ada yang profitable, tapi setelah banyak effort yang dilakukan maka, aku akan cuba sedaya upaya untuk membelai mereka.
Memang susah menyemai rasa sayang pada blog-blog yang ada. Bagi aku lama-kelamaan rasa sayang tu akan datang bila jari-jari aku ini rasa ringan untuk terus menulis dan meluahkan pendapat di blog-blog tersebut. Jadi rancangan aku bermula 2010 adalah menyediakan satu jadual yang baik untuk aku menguruskan blog-blog aku. Aku merasakan perlu ada satu jadual khusus untuk aktiviti blogging aku.
Sama halnya ketika aku bergiat aktif dengan eBay sepanjang 2009 bila jadual aku begitu padat, sampai satu tahap aku tertekan dan tak dapat fokus pada kerja dan aktiviti harian. Jelasnya aku perlu terus berdisiplin untuk memaksimakan fokus dan usaha-usaha menjadi Internet entrepreneur.
Cheers!







Recent Comments