Home > Diari Kehidupan > Hanya Kebetulan

Hanya Kebetulan

April 13th, 2005 Leave a comment Go to comments

Kerana ‘Tenggelamnya Kapal Van
der Wicjk’ kita bertemu..setelah
semusim berdiksi dalam
samudera maya yang tak memberi
wajah rupa…

‘Bila Sena Kembali Berbunga’,
mewarnai untaian persahabatan
dalam taman MIS…harum
semerbak mewangi ceria warga
kampus utara.

Si sebalik rangkap lagu ‘If U Are Not
The One’..mengusik
perasaan..barangkali sekadar lirik
menghibur kesunyian..namun
dalam diam ada makna tersimpan.

Nyata, ‘Hatimu Untuk Siapa’
menjawab segala
tandatanya..sesungguhnya sebuah
persahabatan tidak selalu berakhir
dengan cinta..hatiku tetap milikku
jua..tidak mahu dipunya jejaka.

Jangan..jadikan ‘Relaku Pujuk’
sama seperti cerita kita…usah
menguji dengan lenggok
bahasa…kerana CINTA bukan hadir
dalam paksa…


Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business – Try our new resources site!

Related Posts with Thumbnails
Categories: Diari Kehidupan Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
CommentLuv Enabled