Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

10 Sebab Doa Tidak Dikabulkan

October 23rd, 2009 No comments

Dari Syakik Al-Balkhi menyatakan, pada suatu hari Ibrahim Bin Adham ( Seorang Ahli sufi ) berjalan-jalan di pasar Basrah,  datang orang ramai mengerumuni beliau, mereka bertanya tentang Firman Allah yang berbunyi :

Dan Tuhan kamu berfirman “Berdoalah ikepada -Ku, pasti Aku akan mengabulkan permintaanmu. ( Al-Ghafir 60 )

Mereka berkata kami selalu berdoa tetapi Allah tidak mengabulkan doa kami. Ibrahim Bin Adham berkata : ”Wahai Penduduk Basrah !!! sesungguhnya hati kamu telah mati dengan 10 perkara, disebabkan itu bagaimana Allah ingin mengabulkan doa kamu sekalian. 10 perkara yang menyebabkan hati mati dan doa tidak terkabulkan adalah :

  1. Kamu Mengenal Allah Tetapi Kamu Tidak Melaksanakan Hak – Hak Allah.
  2. Kamu Suka Membaca Al – Quran, Tetapi Kamu Tidak Pernah Mengamalkan Isi Kandungannya.
  3. Kamu Mengetahui Bahawa Iblis Itu Musuh Kamu, Tetapi Kamu Mengikuti Perintahnya.
  4. Kamu Menyatakan Cinta Kepada Rasulullah SAW, Tetapi Kamu Meninggalkan Sunnahnya.
  5. Kamu Menyatakan Cinta ( Ingin Masuk Syurga ), Tetapi Kamu Tidak Mengamalkan Perbuatan Ahli Syurga.
  6. Kamu Mengakui Takut Akan Siksa Neraka, Tetapi Kamu Tak Berhenti Berbuat Dosa.
  7. Kamu Menyedari Bahawa Kematian Itu Adalah Pasti / Benar, Tetapi Kamu Tidak Membuat Persiapan / Bekalan Untuk Mati.
  8. Kamu Selalu Memperhatikan Kesalahan Orang Lain, Tetapi Kamu Tidak Memperhatikan Kesalahan Diri Sendiri.
  9. Kamu Suka Makan Rezki Yang Allah Bagi, Tetapi  Kamu Tidak pernah Bersyukur Kepada – Nya.
  10. Kamu Menguburkan Orang – Orang Yang Mati Tetapi Kamu Tidak Mengambil Pengajaran Dari Padanya.

Sumber dari Kitab Nashaihul Ibaad. ( Nasihat bagi hamba-hamba Allah  MS 316 – 317 )

Courtesy of: Pusat Islam UTP

Categories: Uncategorized Tags:

Cuti Tiga Hari

September 4th, 2009 No comments

Isnin depan 7 September 2009 cuti lagi. Cuti Nuzul Quran bagi negeri Perak. Lepas balik kampung emak last week. Minggu ni baru nak balik Kedah balik. Rindu sangat pada anak. Tak sabar nak tahu bagaimana perkembangan dia. Lepas kerja jam 4.30pm, terus cabut. Dua minggu lepas hari Jumaat sebelum 1 Ramadhan aku bertolak jam 5.00pm, sampai tol Juru jam 7.00pm. Tapi lepas tol Juru sangkut dengan traffic jam sampai la Permatang Pauh. Lebih kurang jam 9.00pm baru sampai.

Ini gambar anak aku yang dah berusia 35 hari.

Categories: Diari Kehidupan, Uncategorized Tags:

Surah Ar-Rahman by Mishary Rashid Al-Afaasi

July 9th, 2009 No comments

Part 1

Part 2

Categories: Uncategorized Tags:

PPMSI – Apa Pendapat Anda?

May 12th, 2009 No comments

Tahukah anda apa itu PPMSI? Ia adalah Pengajaran serta pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Inilah beberapa respon yang saya perolehi bila bertanyakan soalan tentang wajarkah PPMSI? Lalu apakah pendapat anda sekalian.

it’s good but need improvement on implementation.

it’s not good….bahasa kita di ketepikan…
kalau nak improve english.. perlu diwujudkan sastera inggeris dalam mata pembelajaran baru gempak english language

Bahasa Jiwa Bangsa …. jepun, france, spain dan banyak lagi bangsa berjaya di samping mengekalkan bahasa mereka …bandingkan tahap pengusaan bahasa inggeris untuk anak anak di kuala lumpur dan anak anak di sik kedah misalnyer..jurang perbezaan nya bagai rumah atap nipah dengan menara KLCC… tapi iyerlah .. anak anak pak menteri kebanyakannya di sekolahkan di luar negeri ….lebih update, lebih internasional atau kata popularnya .. lebih world class gitu … harkhhh tuihhhh

nak buat berperingkat la, darjah 1-3 20%, 4-6 40%, sekolah menengah 70%. jgn la masuk darjah 1 tutuh 100% terus. awat, hina sgt ka istilah sains matematik dlm bahasa melayu ni. kalau dah masuk u tu lantak la nak ajaq bahasa melayu dlm english sekali pun. sembang bukan main, nak ada teori sains bahasa melayu la, formula matematik bahasa melayu la, blah la. takdir kata ada aintis or ahli matematik bangsa melayu invent something, tak merasa la benda tu nak nama dlm bahasa kita.

anak menakan aku ada la sorang..mmg dok pedalaman skit la.. baru2 ni aku balik dia habaq math dapat kosong..sedih jugak la aku.. baru terbuka mata

anak menakan aku dok damansara, kl, math tak penah dpt lebih 20. time dia tadika, best student tadika dia. hm…nak kata problem pedalaman saja tak leh. cuma org2 angkuh dan tak sedaq diri ja yg tak mau bukak ati perut depa dlm hal ni.

Ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang tak suka? Saya kurang suka. Lalu dasar ini perlu dikaji dan diteliti semula. Kementerian yang bertanggungjawab, dengarlah suara kami.

Categories: Politics, Uncategorized Tags:

Pisang dan Hati

March 30th, 2009 2 comments

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.