Archive

Archive for the ‘Time Capsule’ Category

Time Capsule 2007: Compile in album

January 17th, 2007 No comments

Aku bernasib baik kerana sempat mengimbas tulisan-tulisan Time Capsule dan menterjemahkannya kepada gambar. Semua gambar-gambar versi tulen Time Capsule tersebut telah aku masukkan ke dalam album aku yang terbaru. Boleh akses di sini. [Klik Sini] . Atau boleh juga klik pada pautan di sebelah kanan Thought of Mine. [My Album]

Bagiku semuanya kenang-kenangan yang amat bermakna buat diriku. Nilai sentimental yang terabadi selama hampir sepuluh tahun kini menjadi tatapan semua.

Sekian. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam kenanganku.

Peace!!!

Categories: Time Capsule Tags:

Time Capsule 2007 Final Chapter

December 13th, 2006 2 comments

16 Disember 1997

- Hanya Segenggam Setia -

Lepaskanlah genggaman tanganmu
Pergilah dia menantimu
Jangan menangis…
Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah kumembawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi

Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba
Cuma yang ada segenggam setia
Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

Masih lagi aku terasa
Betapa hancurnya hatiku
Bila kau dipaksa bersama
Dengan si dia…

Senyuman yang engkau ukirkan
Seakan mengundang sengsara
Kalau ku tahu kau tersiksa
Tak kan kulepaskanmu

Setelah kau tiada di sisi
Bagiku tiada cinta lagi selamanya
Di bibir ku lafazkan rela
Di hati terasa pedihnya melepaskanmu
Pilu hatiku….

Click here to listen to this song.
Categories: Time Capsule Tags:

Time Capsule 2007 Pt. 6

December 13th, 2006 1 comment

30 Jun 2007
7.45 pagi

Aku Mohd Shafawi Sarbini dan aku sekarang berumur 26 tahun dan hari ini merupakan hari lahirku. Setelah mendapat flying colours dalam SPM pada tahun 1998, aku telah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Di sana aku mengambil jurusan kejuruteraan telekomunikasi. Di samping itu aku juga mengambil jurusan sukan. Aku belajar di sana selama tiga tahun dan sekarang aku mempunyai konsortium persendirian di Teluk Intan dan aku akan mewakili pasukan sepak takraw negara dalam Sukan Sea yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarangl. Sekarang aku sudah mahir dengan teknik libasan gulung setelah berlatih dengan beberapa jurulatih yang mahir sewaktu di UPM. Wlaupun sekarang pemain-pemain handalan seperti Iskandar Arshad, Paisal Maihunla, Zabidi Sharif, Kriengkrai Mutalai dan lain-lain lagi sudah tidak bermain di peringkat antarabangsa, tetapi masih ramai lagi pemain yang hebat-hebat.

Sekarang aku sudah berumahtangga dan aku hidup bahagia di sampaing si dia. Sebenarnya aku baru saja berkahwin dan masih belum mempunyai anak. Sekarang aku tinggal bersamanya di kampung. Aku bercadang untuk membina rumah idaman di tapak rumah lama. Pembinaan rumah itu sesungguhnya akan mengembalikan nostalgia lama dari zaman kanak-kanak di mana aku telah dibesarkan ibu bapaku di situ. Pembinaan rumah tersebut telah lama kuidamkan sejak aku berpindah ke rumah baru pada tahun 1996. Sekrang aku mempunyai sebuah kereta BMW 530E berharga 1.5 juta ringgit Malaysia. Aku juga bercadang untuk membeli sebuah jet pejuangatau helikopter mudah alih. Dalam pada itu aku juga akan pergi berbulan madu bersama si dia di Belanda atau Switzerland.

Malaysia sekarang agak berubah dari dulu. Namun Malaaysia tetap aman dan sentosa. Kemajuan memang tidak dapat disekat dan bandar Cyberjaya bakal menjadi kenyataan. Tampuk pemerintahan sudah bertukar dari Dr. M kepada Dr. X. Dr. X sekarang menumpukan pemerintahan lebih kepada Islam. Ini amat menggembirakan diriku. Namun satu sahaja yang sukar dibendungsejak dari dulu ialah masalah pencemaran. Islam semakin berkembang di Malaysia. Dakwah Islamiah sudah tidak dapat dibendung dan berkembang tanpa batasan. Malaysia sekarang adalah sebuah negara Islam yang digeruni di kalangan negara-negara di dunia.

Dunia semakin bergolak sekarang, permusuhan antara Islam -Yahudi memang tidak akan tamat. Namun Islam semakin unggul di mata dunia. Kuasa-kuasa besar Yahudi seperti Amerika Syarikat dan Rusia sudah tidak lagi berpengaruh seperti dahulu. Negara-negara Islam yang membangun semakin dicemburui mereka. Sekarang pelbagai ciptaan telah dicipta oleh manusia. Namun masalah alam sekitar semakin meruncing. Semoga Allah melindungi umat Islam seluruhnya dan orang-orang yang bertaqwa. Moga-moga kita sentisa mentauhidkan diri kepada Allah.

Categories: Time Capsule Tags:

Time Capsule 2007 Pt. 5

December 12th, 2006 1 comment

2 Disember 1997
11.31 pagi

- PERJUANGAN -

Perjuanganku masih jauh lagi dan untuk mencapai kejayaan cemerlang buaknlah suatu perkara yang mudah. Setahun lagi untukku menamatkan pengajian di SOKSEK di mana aku perlu menatap muka pentadbir sekolah yang toya-toya belaka. Tahun depan aku perlu strive betul-betul untuk mendapat flying colours dalam SPM. Biarkan orang nak kata apa aku tak akan peduli. Apa yang penting adalah ibadat dan tumpuan pada peperiksaan, jangan nak main-main lagi. Kalau tidak engkau tak akan mati dengan selesa. Engkau harus ingat, jadilah orang yang matang dan berpandangan jauh serta berpendirian teguh; kuatkan iman sentiasa.

Tumpukan perhatian sepenuhnya semasa menerima pelajaran terutamanya mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK. Kalau tak you will die blatantly. Lupakan segala masalah dan perasaan jiwangmu; buat selamber dek aje. Kalau engkau nak berjaya dalam semua bidang, engkau perlu seimbangkan segalanya. Kalau tidak akan hancurlah hidupmu kerana zaman yang semakin mencabar.

Aku tahu targetmu sekarang berjaya dalam bidang yang diceburi. Untuk mengecapinya bukanlah sesuatu yang mudah. Engkau juga mesti menyaingi si dia jika ingin hidup bersamanya. Atau engkau akan terus merana dalam kehidupan.

Mulakannya dari sekarang, jangan bertangguh lagi kerana tabiat sebegitu hanya akan memusnahkan hidupmu sendiri. Sedarlah hari ini juga!!! SPM beberapa bulan lagi namun lambat laun akan menjadi beberapa saat lagi. Sedarlah wahai insan!!! Mulakannya saat ini juga. Percayalah jika engkau membuat perancangan awal dan jadikannya tabiat dan rutin nescaya engkau akan unggul. Apa yang penting jangan sekali-kali berputus asa dan jangan sekali-kali mengeluh kerana sekarang bukan masanya kerana perjalanan yang bakal ditempuh adalah ranjau yang tiada bandingnya. Jika terus mengeluh tiada air dan makanan dan tidak berusaha mencarinya maka engkau akan mati katak di perjalanan.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1998

MOHD SHAFAWI SARBINI
ANGKA GILIRAN: PG045 K059

BAHASA MELAYU A1 CEMERLANG
BAHASA INGGERIS A1 CEMERLANG
MATEMATIK MODEN A1 CEMERLANG
MATEMATIK TAMBAHAN A1 CEMERLANG
FIZIK A1 CEMERLANG
KIMIA A1 CEMERLANG
SEJARAH A1 CEMERLANG
PENDIDIKAN ISLAM A1 CEMERLANG
LUKISAN KEJURUTERAAN A1 CEMERLANG
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN A1 CEMERLANG

AGREGAT: 6
KEPUTUSAN: SPM 1
NOTA: BERJAYA MEMENUHI SYARAT MINIMUM YANG DITETAPKAN

Categories: Time Capsule Tags:

Time Capsule 2007 Pt. 4

December 12th, 2006 No comments

2 Disember 1997
7.45pagi

- SEPAK TAKRAW -

Sepak takraw merupakan permainan yang paling kuminati. Dulu aku meminati badminton seterusnya bola sepak dan kini sepak takraw. Kini aku semakin fanatik kepada sepak takraw. Dalam badminton aku meminati Misbun Sidek, dalam bola sepak aku meminati Roberto Baggio manakala dalam sepak takraw aku meminati ramai personaliti dari Iskandar Arshad hinggalah ke Pakcik Samsudin dan Pakcik Piah.

Aku mula didedahkan kepada sepak takraw sejak berumur 10 tahun dan orang yang bertanggungjawab ialah Cikgu Idris. Semasa aku di tingkatan satu bakatku telah dicungkil oleh Cikgu Anis dan Abang Aji seterusnya aku diambil untuk mewakili pasukan bawah 15 tahun. Aku tak menyangka diambil mewakili pasukan sekolah kerana aku merasakan diri aku ini ttak berbakat dan tiada pengalaman untuk bermain untuk mana-mana pasukan. Aku bermain untuk pasukan sekolah hinggalah sekarang aku menyandang jawatan sebagai kapten sepak takraw sekolah.

Impianku adalah untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi tetapi hasratku masih tidak kesampaian. Aku bermain sebagai apit kanan/killer dan aku telah berusaha untuk menjadi apit kanan yang baik sejak dari tingkatan dua. Sekarang aku merasakan permainanku semakin meningkat. Libasan-libasan ku semakin sempurna di mana aku menggunakan teknik libasan “maniam”. Lama sudah aku berlatih cara libasan sebegitu dan kni hampir mencapai tahap yang terbaik. Aku juga menggandakan latihan dalam teknik libasan “gulung” tetapi masih belum berjaya. Aku pasti akan berusaha dan mencuba untuk mencapai tahap seperti itu.

Apit kanan/killer yang diminati;
> iskandar Arshad
> Paisal Maihunla
> Zabidi Sharif
> Adnan Saidin
> Panuchit Kaewnoi

Impian besar sekarang adalah untuk menjadi pemain sepak takraw yang terkenal di samping berjaya dalam bidang-bidang lain yang diceburi.

Regu-regu terbaik dunia ketika ini;

Malaysia:
> Ahmad Jais Baharum
> Iskandar Arshad
> Iskandar Arshad @ Zabidi Sharif
> Suhaimi Abd Rahman

Thailand:
> Khampol Thassit @ Subsak Phuenseb
> Paisal Maihunla
> Kriengkrai Mutalai
> Panuchit Kaewnoi

Categories: Time Capsule Tags: