Archive

Archive for the ‘Motivation’ Category

Pening Pening!!!

September 3rd, 2009 No comments

Dalam beberapa hari ini setelah kecewa dengan customer-customer memberi feedback negative di eBay, aku mula memikirkan langkah-langkah seterusnya untuk berniaga. Bukan aku nak tinggalkan eBay. Cuma aku nak memuhasabah diri aku dengan berhenti eBay sekejap. Aku cuti kejap untuk melihat kembali matlamat hidup aku.

So dua tiga hari ni kurang jadi kerja-kerja di ofis. Asyik teringat eBay, teringat blog-blog aku, teringat affiliate marketing dan lain-lain program. Tak habis kalau nak surf seharian di Internet. Memang hilang la fokus aku untuk meneruskan perniagaan. Jadi tercalar sedikit impian aku untuk menjadi seorang entrepreneur yang berjaya. Dalam fikiran aku sentiasa terfikir, “Macam mana nak buat?”, “How to increase my income”, “What I am gonna do?”, “How to pay my debt?” dan macam-macam lagi persoalan hingga hari demi hari rambut aku banyak yang bertukar jadi putih. Anak sedara aku cakap, “Pak Su banyak sangat berfikir”. Nak hidup kena fikir nak survive.

Dalam beberapa minggu ni juga aku singgah di forum-forum tempatan. Bertanyakan kalau ada sapa-sapa yang sudi jadi mentor aku. Kalau tak jadi mentor pun, cukuplah yang boleh ajar aku teknik-teknik research ke. Nampaknya tiada respond hambar belaka.

Kelmarin pula ada aku beli satu product antarabangsa dengan harga $9.00. Aku bayar aje terus guna Paypal. Product tersebut adalah dari affiliate marketer Singapore, Ewen Chia. Punya la desperate tu.

Aku akan terus belajar untuk menjadi seorang Internet Marketer yang berjaya. Itu matlamat aku. I will survive.

Categories: Entrepreneurship, Motivation Tags:

TIGA TAHUN RM 1 JUTA

August 21st, 2008 No comments

RENCANA UTAMA KOSMO: 11 APRIL 2008

TIGA TAHUN RM 1 JUTA

Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar
jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut
ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk ‘membuat duit’.

Bukan ‘membuat duit’ seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang rekabentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku
dan peta Malaysia.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja,” kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.

“Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.

Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?

Irfan menegaskan: “Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja.”

Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan
grafik dan sebagainya.

“Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.

“Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari.”

Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.

“Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

“Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.

“Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian,” katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.

Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.

“Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan
Internet, telefon dan elektrik.

“Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji,” kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.

Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.

“Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.

Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.

Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

“Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit,” katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan
televisyen.

“Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.

“Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,” ujarnya.

http://www.irfankhairi.com

Categories: Motivation Tags:

Kita Bertanya, Al-Quran Menjawab

August 18th, 2008 No comments

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. “
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA LAGI : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. “
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12

Semoga kita mendapat hidayat dan juga dirahmati Allah swt.

Categories: Motivation Tags: