Lemah terasa jari jemari ini tatkala mahu menghantar bulletin ini. Rasa kekesalan dan kekecewaan masih terpancar diwajah penulis.belum ada rezeki lagi. 3 kali tewas di final. Kesemuanya kalah kepada team international. Otot-otot pun masih terasa lesu lagi. Remy dan Achap antara yang mengalami kekejangan otot semalam. Bagi pihak pemain, kami ingin memohon maaf kepada para die hard fan kerana gagal menghadiahkan kejuaraan pada tahun ini. Kami telah mencuba sedaya upaya kudrat kami musim ini sehingga Berjaya ke final. Tahniah diucapkan juga kepada players yang nampaknya musim ini bermain dengan komited dan bersungguh dan tak kenal erti putus asa. Itulah resepi kejayaan kita menjadi naib juara. Kita ini ibarat ubi, makin tua makin berisi.
Cerita pasal game……para players menanam azam dan tekad untuk bermain mati-matian. Sebaik sepak mula staff menguasai permainan. Kita serang mereka bertubi-tubi. Striker lawan iaitu meseret langsung tak boleh nak serang sebab 45 kali dia offside.(purata 1 minit sekali). Kita ada beberapa peluang masa tu tapi kita telah gagal jaringkan gol dan keeper mereka juga tangkas. Salmi memuji tahap kerajinan players yang Berjaya mengekang asakan lawan.
Separuh masa kedua pun sama. Kita banyak peluang gol tapi memang takde nasib atau depa pakai bomoh siam. Bola langsung tak mau masuk. Sekali mereka attack mengejut sebelah kiri dan bawa masuk ke kotak penalty lalu merembat kencang menewaskan abg lan. Terpaksa le tukar taktik. Salmi main naik. Masa tu defend dah Nampak goyah. Perangkap offside tak menjadi lagi. 5 kali mereka one by one dgn abg lan tapi mereka gagal score. Kalau tak kena belasah kita kot.
Sekali lagi mereka attack dari sayap kiri dan crossing cantik pada meseret untuk gol kedua. Terus punah harapan nak kejar lagi. Satu free kick salmi terkena palang plak. Second half kita ada 5 peluang keemasan untuk score. Memang takdir nak kalah le tu. Abg lan yang merindui meseret telah memeluknya dan akibatnya kena le kad merah. Perlawanan pun tamat dan kesudahannya azzuri menewaskan facebook fc 2-0.
Stadium dipenuhi 1000 penyokong semalam. Jumlah teramai untuk tahun ni. Rata-rata yang tengok puji aksi kita Cuma mereka kata kita takde nasib sebab tak dapat nak score. Terima kasih juga kepada penaja minuman rasmi semalam iaitu LIVITA. Kontrak Achap bersama staff pun dah tamat. Tahun depan dia akan main untuk onitsuka tiger. Kontrak prof akan kekal sehingga GLU.
Latihan akan bersambung isnin depan sebagai persiapan untuk GLU pulak.
Ini pula adalah komen dari pemain paling senior dalam pasukan.
Salam 1 Malaysia
Terima kasih kepada barisan pertahanan kerana telah membantu dan memudahkan mengawal gawang. Jika barisan pertahan ini dikekalkan mungkin pasukan Malaysia tidak akan tewas Cuma seri je tanpa jaringan gol.
Pemain dan penyokong semua harus mendalami dan menerima hakikat Facebook tidak tewas pada perlawanan semalam kerana jika dikira dari factor umur kita adalah memenang. Purata umur diatas padang 32 keatas dan pasukan lawan 20, jarak umur 10 tahun adalah amat ketara sekali bagi sukan yang memerlukan kekuatan fizikal. Facebook dapat mengimbangi & menguasai pada separuh masa pertama perlawanan menjadi seimbang pada 20 minit yang terakhir.
Saya amat menyanjung tinggi kepada pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan dan kekurangan pemain tapi masih lagi mempunyai kekuatan menyerang dan hampir menjaringkan gol. Kalau la kita minum redbull rasanye dapat gol tu, ni minum livita untuk pemandu mengatuk je.
Akhir sekali ribuan terima kasih keatas kepuasan yang diberikan kepada saya dalam permainan semalam dan pohon maaf kerana reflek yang agak lambat bagi menngkang kedua dua gol berkenaan.
Maka tercatatlah sejarah setelah 29 tahun bermain bolasepak kat kampong pertama kali dapat kad merah.
Terima kasih juga kerana dipilih sebagai penjaga gol terbaik musim ini, penyampaian hadiah pun dalam toilet je tanpa tepukkan hanya jelingan dari puod macam tak puas hati je ( suruhle bos kau bagi ).
Alhamdulillah aku dan family semuanya telah sembuh dari sakit mata. Dalam sebulan juga penyakit ini melanda family aku. Ia bermula dari anak aku yang terkena jangkitan dari kawan di rumah pengasuh. Seterusnya berjangkit kepada isteri aku dan kemudian aku pula.
UTP League 2010
Pasukan kami telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang akan berlangsung hari Rabu ini. Sekali lagi aku ditimpa kecederaan lutut ketika perlawanan suku akhir. Memang kecewa bila aku tak dapat menyumbang bakti untuk perlawanan untuk perlawanan seterusnya. Aku ucapkan tahniah kepada rakan-rakan kerana berjaya membawa team ke perlawanan akhir. Walaupun team ini rata-rata dibarisi pemain-pemain yang sudah berumur tapi kami masih mampu bertanding dengan pemain-pemain lebih muda.
English Premier League
Perebutan takhta liga masih terbuka antara Chelsea dan Manchester United. Chelsea mensia-siakan peluang apabila tewas kepada Spurs. Namun mereka bangkit dengan menewaskan Stoke 7-0. Manakala Man United masih terus menerus menghimpit Chelsea dengan kemenangan ke atas Spurs baru-baru ini dengan jaringan cantik Nani. Minggu ini Chelsea berdepan halangan Liverpool di Anfield.
Sementara itu, saingan Liverpool, Arsenal dan Man City boleh dikatakan agak hambar terutamanya dalam perebutan takhta kejuaraan. Paling mengecewakan adalah Arsenal yang tiba-tiba merudum di akhir musim.
Spanish La Liga
Saingan di Sepanyol juga menyaksikan perlumbaan kejuaraan antara dua pasukan besar iaitu Barcelona dan Real Madrid. Sedikit kesilapan pasti akan membawa padah. Bagi Barcelona untuk mengekalkan kejuaraan mereka perlu menang baki semua saingan kerana Real terus menghimpit.
Real Madrid nampak mantap dengan barisan pemain bintangnya. Namun mereka tewas di kedua-dua saingan El-Clasico yang merupakan sejarah baru bagi Pep Guardiola. Real juga sekali lagi mengecewakan di saingan Eropah.
Italian Serie A
Serie A juga sengit dengan Roma dan Inter Milan bertukar-tukar kedudukan pendahulu liga. Inter Milan nyata tidak konsisten akhir-akhir ini, tetapi Jose Mourinho nyata seorang yang mempunya sentuhan magis apabila mampu menterjemahkan kekalahan kepada kemenangan. Baru-baru ini mereka ketinggalan 1-0 dengan Atalanta, namun perlawanan tiba-tiba bertukar dengan kemenangan berpihak pada Inter 3-1.
Itulah antara berita-berita bola yang sedikit sebanyak aku ikuti. Bundesliga dan French Ligue 1 aku jarang tengok. Kadang-kadang best kadang-kadang tak best. Lebih baik tak tengok kerana akan membuang masa. Aku pun dah kurang tengok bola berbanding zaman bujang dulu. Kini aku tengok game-game yang dirasakan menarik sahaja walaupun akhirnya kecewa sebab game tu tak best pun.
Memang agak mengecewakan bila aku berlatih sepanjang minggu dan tiba pada hari perlawanan aku tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama. Lebih mengecewakan apabila aku hanya dimasukkan hanya beberapa saat sebelum perlawanan terakhir.
Mungkin sebelum ini aku telah diberikan beberapa peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama, tetapi tidak mencapai tahap memuaskan hati pihak pengurusan dan penyokong. Walaupun kecederaan lutut masih menghantui aku, tetapi aku tidaklah seteruk seperti yang disangkakan. Namun pihak pengurusan dan jurulatih ada alasan tersendiri terutamanya percaturan taktikal untuk menghadapi perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Hasilnya kami menang 2-0 dan layak ke suku akhir.
Selepas ini, kami bakal bertemu lawan lebih kurang dan telah kehilangan beberapa tonggak utama akibat digantung perlawanan. Pada pendapat aku pengadil kurang menjalankan tugasnya dengan baik. Kurang cermat dan terlepas aksi-aksi kurang menyenangkan pihak lawan. Apapun tahniah kepada para pemain kerana dapat menjalankan tugas dengan baik.
Berlatih dengan gigih sepanjang minggu dan menjadi pemain kesebelasan utama adalah matlamat pemain bola sepak. Atau itu mungkin falsafah aku sahaja. Kini tercatat satu lagi sejarah hitam apabila aku hanya bermain untuk beberapa saat sahaja. Banyak sejarah hitam bola sepak aku sejak tiga tahun kebelakangan ini umpamanya kecederaan lutut dan kalah 7-0 kepada Uniten.
Malang pasukan ini masih tidak punya jurulatih dapat membimbing pasukan secara konsisten. Memang terdapat beberapa pemain hebat dalam pasukan ini, namun bolasepak adalah permainan berpasukan. Persefahaman dan kegigihan bersama sentiasa perlu untuk mewujudkan pasukan yang mantap. Jika tidak, jadilah ‘ulam’. Malu dapat, sakit pun dapat.
El Clasico
Pagi tadi sempat aku menonton El Clasico yakni pertembungan klasik antara pasukan penuh sejarah di Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona. Pertembungan ini telah dimenangi oleh Barca dengan jaringan gol 2-0. Messi dan Pedro Rodriguez yang menjaringkan gol-gol hebat tersebut. Nyata Messi sukar dibendung dengan jaringan ke-40 musim ini. Ronaldo? Hanya sekali-sekala sahaja mengancam. :p
p/s: Suka Real Madrid ketika zaman Zidane, Ronaldo dan Figo. Mavles Cengkos!!!
Layan berita bola kejap, lalu terjumpa satu article pasal budak Brazil bernama Alex Teixeira ni. Dikatakan bahawa, scout pasukan Manchester United dan Chelsea telah menjejaki beliau di Mesir kerana sedang berlangsungnya FIFA World Cup Under-20 di sana. Selain Alex Teixera, pemain yang menjadi buruan Manchester United beberapa bulan lepas, Douglas Costa juga bermain dalam pasukan ini. Kini Brazil telah layak ke peringkat separuh akhir untuk bertemu Costa Rica setelah menewaskan Germany.
Lihat video Alex Teixera di bawah. Aku tengok Douglas Costa lebih menyerlah dari segi skill berbanding beliau. Namun dari segi persistency dan shooting, Alex ini lebih baik.
Kalau nak lihat lebih banyak video. Pergi saja ke YouTube.
Watch this video and what do you think of this 18 years old starlet? Ronaldo not this good when he is 18. I would say he is more Ryan Giggs type.
Manchester United is currently desperate after departure of Ronaldo to Real Madrid. Few days ago Carlos Tevez resist to sign new deal with them. Benzema and Franck Ribery is still uncertain. Antonio Valencia transfer is on hold after Wigan won’t negotiate on the 18 million pound price tag.
So can Sir Alex secure Douglas Costa which will cost him around 20 million pound. I don’ think so.
Recent Comments