Archive

Archive for the ‘eBay’ Category

Apa Dah Jadi?

September 2nd, 2009 No comments

Setelah mendapat dua negative feedback dalam tempoh 24 jam minggu lepas. Rating DSR aku menurun. Percentage feedback aku tidak lagi 100%. Dan customer satisfaction aku bertukar kepada “Poor”. Dan dalam masa seminggu ini, sales yang masuk amatlah sedikit dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya. Cuma ada dua sales, kelmarin dan hari ini. Erm..tak dapat kumpul duit raya la nampaknya. Bonus pulak tak tahu dapat ke tak? What a weird organization. Ahh..lupakan.

seller-dashboard-summary1

Mengikut pembacaan aku, selain algorithm Best Match, DSR (Detailed Seller Rate) kini memainkan peranan penting untuk memastikan jualan kita mendapat exposure yang baik di eBay. Adakah sales aku slow minggu ini disebabkan DSR aku yang menurun dan negative feedback yang diterima? Kemungkinan adalah “YA”.

dsrwatch

Lihat DSR di atas, kebanyakan customer memang tak puas hati dengan shipping time. Memandangkan aku menggunakan perkhidmatan dropshipper, maka aku tiada kawalan terhadap shipping time. Aku telah memujuk pemberi feedback-feedback negative untuk revise feedback tersebut. Namun sehingga hari ini masih belum berjaya walaupun sebelum itu mereka telah setuju untuk revise jika aku memberi refund.

Kini aku mencari alternatif untuk tidak bergantung pada dropshipper sahaja. Tengah buat research apa la boleh dijual kat eBay ni. HIGH DEMAND, LOW SUPPLY, HIGH SELL-THROUGH! Ada ker? Sapa boleh bagi idea macam mana nak research benda-benda tu.

Customer is KING! Cheers!!!

Categories: eBay Tags: , ,

Lagi Negative Feedback

August 30th, 2009 9 comments

Last week transaction eBay aku terkena dua negative feedback dalam tempoh 24 jam. Memang angin satu badan sampai nak buat listing dan kerja-kerja lain pun tak bersemangat. Fuh! Memang rasa down beb! Bila kena negative feedback ni memang kena fikir balik apa yang tak kena.

Mostly barang lambat sampai. Part tu memang tak leh nak buat apa la aku rasa sebab penghantaran aku bergantung pada supplier. Walaupun dalam salespage aku dah janjikan masa penghantaran yang reasonable, and harap customer consider, tapi memang ramai yang tak boleh consider. Kalau aku sebagai customer pun risau kalau dah 2 minggu lebih barang tak sampai-sampai.

Part yang kedua, supplier silap hantar barang. Masalah juga. Yang ni kena tanya customer sama ada nak reshipment or nak refund. Nak kurangkan rugi reshipment la. Tapi kalau nak senang dan pantas, tapi rugi sikit aku buat full refund aje. Asyik nak bising-bising aku aku pun kadan-kadang tak larat nak layan.

Part yang ketiga, ada flaw pada item. Part ini pun buat aku tense juga. Barang-barang aku semuanya adalah custom made. Jika ada order, aku hantar design, supplier buat dan hantar barang pada customer. Ada beberapa kali juga jadi kes macam ni. Design cantik-cantik yang aku hantar, tapi yang sampai pada customer banyak yang tak kena. Sadis!!!

Aku tau ramai di luar sana yang berjaya hanya dengan supplier ini sahaja. Walaupun baru beberapa bulan buat, mereka dah jadi PowerSeller dan mendapat rentak meniaga dengan baik. Untuk aku, mungkin belum lagi.

Dan genap 7 bulan aku meniaga di eBay ni. Aiyak baru tujuh bulan! Lumrah meniaga ada naik ada turun.  Aku pun dok fikir-fikir. Perlukah aku teruskan dengan supplier ni? Memang syok tak payah pun simpan barang. Tak syok bila barang kualiti rendah, lambat sampai, design ada flaw, barang silap hantar dan lain-lain. Ada juga rasa bersalah dengan customer. Pening fikir.

Siapa-siapa yang terbaca post ni. Harap tinggalkan komen anda. Cheers!!!

Categories: eBay Tags: , ,

Workshop Rahsia Raja Lelong

August 10th, 2009 3 comments

Workshop Rahsia Raja Lelong

Alhamdulillah, pada 8 August lepas buat pertama kalinya aku telah menyertai satu workshop berkenaan online auction atau lelongan online. Memang hajat aku lama dah untuk menyertai workshop seperti ini. Dari dulu memang nak pergi workshop atau seminar online auction especially eBay tapi masa dan budget agak kurang mengizinkan.

Ini adalah kali pertama aku dengar ada workshop Lelong.com.my ni, so aku terus register dengan hajat untuk mendapat pengalaman menghadiri workshop online auction. Fasilitator untuk workshop ini pula bukan calang-calang, mereka ialah Gerry Eruwan dan Yuzafi. Gerry adalah penulis best seller lelongan online, certified eBay Education Specialist dan dia masih lagi part timer dalam bidang ini.  Manakala Yuzafi adalah underground full time seller yang telah berkecimpung lama dalam bidang Lelong.com.my. Dalam workshop ini juga aku ada berjumpa beberapa orang eBay seller. Jadi dapatlah berkongsi tips dan pengalaman.

Thumbs up! Worth for money. Workshop ini bagi aku memang informative sebab aku tak tau pun pasal Lelong.com.my ni.  Memang aku tak pernah ada akaun Lelong.com.my. Sebelum ini aku asyik dengan eBay saja. Dan adalah tidak mustahil untuk menjadi penjual yang berjaya di Lelong.com.my.

Persoalannya sekarang macam mana aku nak terus menggerakkan diri aku untuk berkembang sebagai seller di eBay dan memulakan langkah untuk Lelong.com.my. Bak kata Gerry dan Yuzafi, jangan berhenti belajar.

Cheers!!!

Personal Coaching dengan Adwani

July 28th, 2009 No comments

Alhamdulillah malam tadi aku sempat menghadiri sesi personal coaching menggunakan Skype bersama bro Adwani. Maka tercapailah hajat aku untuk bertemu seseorang yang otai dalam bidang eBay ini walaupun tak bersua muka.

Aku bertekad untuk menghadiri salah satu personal coaching setelah ramai otai-otai di luar sana dari hari ke hari menutup sesi personal coaching mereka. Lantas aku grab this opportunity. Sesi personal coaching ni aku bayar gunakan duit yang aku withdraw dari Paypal hasil dari jualan-jualan eBay aku.

Sesi berlangsung dengan santai sambil bro Adwani berkongsi pengalaman-pengalaman dan tips-tips beliau dalam menjalankan perniagaan eBay ini. Katanya tak banyak beza pun dengan perniagaan offline. Fikir dan kembangkan strategi pemasaran dan buat dengan happy.

Bro Adwani juga berkongsi beberapa teknik-teknik yang membawa dia hingga ke tahap hari ni. Memang teknik-teknik itu simple dan tak sangka dia just buat macam tu untuk survive in eBay.

Anyway thank you very much bro. I hope to see you next time to learn more and more about eBay and entrepreneurship as a whole.

Promote eBay Store in Google Base

July 26th, 2009 2 comments

Aku tengah buat eksperimen dengan satu tricks untuk promote eBay store kita. Aku jumpa video ini di You Tube. Nampak menarik dan terus layan. Tak tau la berkesan ke tak, janji free untuk buat promotion. Banyak juga website yang aku jumpa menawarkan service untuk promote eBay store tapi banyak yang berbayar. Bagi yang takde budget cam aku ni just rely on free service aje.

Categories: eBay Tags: ,