Alhamdulillah hari ini telah masuk 16 Ramadhan. Umat Islam yang menjalankan ibadah puasa kini berada di pertengahan bulan Ramadhan dan menghampiri bahagian terakhir Ramadhan. Ramadhan datang setahun sekali adalah bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Inilah waktunya kita mengambil peluang untuk berusaha lebih kuat memantapkan ibadah dan meningkatkan keimanan.
Pada malam pertama Ramadhan, di masjid tempat aku tinggal umat Islam berpusu-pusu memenuhkan masjid sampai koridor masjid pun penuh, aku yang datang sedikit lewat tak dapat jemaah bersama. Bayangkan tok imam pun tak dapat masuk, malam tu aku tengok tok imam patah balik rumah, imam lain yang mengimamkan solat nampaknya.
Kini setelah 15 Ramadhan berlalu, hanya tinggal beberapa saf sahaja. Namun masih memberangsangkan. Kehadiran jemaah Subuh juga berkurang kini tinggal dua saf sahaja. Ketika bukan bulan Ramadhan, Subuh hanya satu setengah saf sahaja.
Ramadhan keseluruhannya adalah madrasah untuk kita meningkatkan keimanan kita pada Allah. Di bulan Ramadhan ini kita banyak diuji ketahanan hawa nafsu kita dengan perkara halal. Di situ kita boleh tahu di mana kekuatan kita. Di bulan biasa aku kurang mengantuk di waktu malam, tapi di bulan Ramadhan mengantuk jadi musuh aku. Belum pun jam 10, mata dah tak sabar-sabar nak pejam. Akibatnya tarawih yang dilakukan tidak khusyuk. Nyata aku adalah insan-insan yang rugi.
Ramadhan bukan sekadar berpuasa. Ramadhan adalah hadiah Allah kepada hamba-hambanya. Aku mohon pada Allah agar aku dapat mengharungi baki Ramadhan dengan jayanya. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Syahmi kini satu tahun pada 30 July lepas. Kalau mengikut perkiraan bulan Hijrah,pada 8 Syaaban lepas Syahmi telah satu tahu. Sempat juga aku buat gathering bersama jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat pada malam Sabtu. Gathering kecil-kecilan sahaja. Maaflah tak sempat jemput semua rakan-rakan. Inilah pertama kali aku dan isteri membuat gathering seperti ini di rumah sewa kami.
Aku memang sengaja mengambil cuti untuk menyiapkan beberapa keperluan. Isteri pula hanya berkerja half day. Syahmi aku tinggalkan di rumah pengasuh, jam 5.30pm baru aku ambil. Kalau tak memang tak jadi kerja. Menu simple sahaja; bihun goreng, spagetti dan ayam rempah. Semua isteri yang masak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Syahmi mula berjalan ketika dia mencecah 11 bulan dan kini dia dah semakin menguasai skill berjalan . Sepanjang hari dia main dan main hingga lewat malam. Jadi kini memang susah nak tidurkan dia. Kadang-kadang aku dah isteri dah terlelap Syahmi masih lagi bermain-main sampai dia berasa puas dan tidur sendiri.
Genap satu tahun, semalam aku membawa dia untuk suntikan imunisasi. Masa cucuk memang menangis, tak sampai seminit happy kembali.
Pada rakan-rakan yang datang. Terima kasih. Pada rakan-rakan bujang tu, kahwin la cepat-cepat. :p
Setelah post terakhir aku pada hujung minggu, aku gagal untuk update blog ini. Begitu juga dengan niche-niche blog yang lain. Beberapa projek juga belum berjalan seperti yang dirancang. Dalam sebulan ini Syahmi dan family jadi priority. Perkembangan anak perlu diteliti dan ini adalah masa-masa keemasan untuk melihat dia membesar.
Kalau mengikut perkiraan bulan Hijrah, Syahmi telah setahun pada hari Selasa lepas, 8 Syaaban. Kalau mengikut perkiraan tahun Masihi lima hari lagi adalah 30 July. Dan kalau mengikut perkiraan hari, 3 hari lagi Syahmi akan cukup 365 hari. Kurang lebih kini Syahmi telah setahun.
Dalam masa dua bulan mencapai setahun memang banyak perkembangan Syahmi. Kadang-kadang aku pun tak menyedari sehingga isteri menegur. Dalam 11 bulan Syahmi sudah punya 4 batang gigi dan sudah boleh berjalan. Kalau letih dia akan kembali merangkak. Kini sudah sampai masa untuk membentuk sikap anak. Kerana anak sudah boleh melihat dan meniru perlakuan ibu-bapanya. Tunjukkan sesuatu perlakuan atau perkataan, dia mampu meniru. Jadi perlu menapis apa yang negatif.
Meja kerja bukanlah tempat selamat bagi aku kini kerana Syahmi akan mengejar aku ke mana saja. Selagi masih belum tidur, selagi itu aku tak boleh membuat kerja. Jadi perlu fokus pada anak dulu. Anak sentiasa ingin perhatian. Dia sentiasa mencari cara menarik perhatian kita. Dia juga tahu, kalau-kalau kita berlakon memberi perhatian. Belajar menjadi ibu dan bapa adalah suatu perkara yang penting. Isteri dan anak adalah ujian dia dunia ini. Maka perlulah kita menghadapinya.
Minggu ini ada beberapa aktiviti yang aku lakukan. Antaranya ialah membasuh karpet. Hari ini saja 3 karpet aku basuh. Dua hari tak exercise kiranya membasuh karpet dijadikan aktiviti kesihatan.
Selain daripada pulang ke kampung, setiap minggu aku memang ada aktiviti tertentu. Kadang-kadang memang aku plan dan kadang-kadang adhoc.
Ini adalah dedicated post untuk hari lahir aku. Ramai juga yang tak tahu berapa umurku sekarang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir terutamanya di Facebook. Lupakan bab umur. Tahun ini merupakan tahun istimewa kerana first time ada orang sediakan macam-macam untuk sambutan hari lahir aku. Seumur hidup aku memang tak pernah buat sambutan macam tu pun. Keluarga aku tak pernah mempraktikkan acara-acara seperti itu. Jadi aku tak dididik untuk jadi macam tu.
Kali ini isteri dan anak menjadi teman untuk meraikan hari lahir ku. Isteri aku yang bersungguh sangat. Aku memang selalu buat tak kisah. Aku dapat merasakan perubahan diri aku dari kecil hingga sekarang. Dulu perangai aku tak lah macam ni, at least kalau birthday tu aku sambut sendiri-sendiri. Pegi tengok wayang sendiri-sendiri. Pernah aku tengok wayang sendiri-sendiri ketika birthday aku, time tu cerita Spiderman. Dah tu duduk depan sekali pulak tu. First time tengok wayang katakan. Hahahah!
Anyway, dengan sederhana isteri aku beli kek dan cheese tart. Tapi Syahmi pulak yang over. Macam celebrate birthday dia. 30 haribulan July birthday Syahmi pula. Isteri aku dah siap dengan plannya. Hohoho!
Setelah beberapa minggu sibuk berkerja akhirnya minggu ini aku berada di rumah dengan aman dan dapatlah aku update blog-blog aku dengan aman. Walaupun masih ada si kecil yang seringkali mengganggu aku, masih lagi aman kerana dapat bersama dengannya berserta isteri.
Plan untuk pulang ke Parit Selikur melawat emak akhirnya terganggu kerana tiba-tiba mak ingin pergi ke Melaka bersama makcik. Kini emak dah pandai telefon handphone aku, terkejut bila pagi Jumaat lepas emak tiba-tiba call.
Syahmi bersama Mommy
Plan hari Sabtu diteruskan iaitu pergi ke Lumut kerana wife ingin menghadiri Breasfeeding Support Group Meeting. Ini adalah kali pertama isteri ingin menghadiri perjumpaan seumpama ini setelah hampir setahun aktif di Forum SusuIbu. Syahmi kini kini menjangkau 11 bulan dan sepanjang tempoh tersebut memang dia mengambil susu ibu. Perjumpaan di Lumut aku simpulkan tidak meriah kerana hanya tiga orang termasuk Lactation Counselor yang hadir. Namun sesi tersebut aku rasakan amat bermakna kerana boleh personalize dengan Lactation Counselor lalu segala permasalahan dapat dikongsi dengan baik.
Setelah habis session SGM tersebut, aku makan tengahari di satu restoran nasi beriyani. Nasi beriyani tersebut taklah marvelous sangat tapi boleh makan berbanding nasi-nasi beriyani lain yang ada di Perak ni. Lepas tu barulah kami ronda-ronda di pekan Lumut sekejap. Akhirnya dapatlah kasut futsal baru setelah pujuk isteri belanja. :p Kasut futsal yang aku beli tiga tahun lepas tak dapat diselamatkan lagi.
Jam 1.30pm aku pulang sebentar ke kampung juga kerana emak minta aku ambil tapai pulut yang dibuat khas untuk menanti kepulangan kami. Jam 4.00pm kami pulang semula ke Seri Iskandar.
Hari ini pula kami sekeluarga hanya berehat di rumah. Isteri pula masak ikan bakar. Rasa lega yang amat sangat. Penat pun rasanya dah hilang. Kini World Cup pula jadi tumpuan. Pasukan favorite aku Italy telah terkeluar dari saingan. Persembahan terburuk Azzuri sejak aku mengenali mereka bermula World Cup 1994. Kini tinggal Brazil harapan aku untuk menjulang kejuaraan setelah mereka gagal pada tahun 2006. Wakil Asia pula hanya tinggal Jepun setelah Korea Selatan gagal menemui rentak kemenangan malam tadi.
Recent Comments