Alhamdulillah akhirnya selesai sudah masalah yang menghantui aku lebih dari sebulan. Semua blog aku di hosting berkenaan telah pulih seperti sediakala. Comment section telah muncul dan aku amat gembira. Masalah ini memang mempengaruhi aktiviti blogging aku kerana sebelum ini aku baru sahaja berpindah ke hosting berkenaan. Selesai berpindah hosting aku ingatkan tak ada masalah, tetapi selepas beberapa hari baru aku menyedarinya.
Semalam masalah “Comments are Closed” telah berjaya diselesaikan oleh team support Jomhosting. Berikut adalah conversation trails dengan team support mereka.
Salam,
I am encounter “Comments are closed” problem in all my Wordpress blog hosting in Jomhosting started in early June. Until now I still couldn’t figure out the problem.
I have checked the setting in Setting> Discussion and it is fine. I also checked comment setting in each post which is also fine.
This morning I set up one new blog with Wordpress 2.92. The same thing happen.
Could you please check my blog?
See attachment for details.
Reply mereka tak sampai 24 jam.
wsalam Shafawi,
you can try now, let us know for updates on this error
thanks
Saya tanya apa penyebab error tersebut
Thank you.
Boleh saya tahu apa yg menyebabkan error tersebut.
Reply dari mereka
masalah ini disebabkan memory limit bagi akaun anda, kami telahpun meningkatkan limit tersebut.
terima kasih
Thank you all kepada yang sudi membantu especially bro Zul, Rohaizad, Boss dan team support Jomhosting.
Beberapa hari lepas aku mendapat job pertama dari SponsoredReviews.com. Aku telah berjaya siapkan job tersebut namun apabila aku submit ia tidak diterima sistem SponsoredReviews. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya barulah job aku diterima. Setelah menyemak kembali job tersebut rupa-rupanya ada sedikit kesilapan. Apakah kesilapan tersbut? Spacing pada advertiser link. Hanya satu spacing membuatkan job aku tidak diterima. Lama juga aku mengkaji.
Setelah berjaya submit aku hanya menunggu payment daripada SponsoredReviews.com. Akhirnya hari ini apabila aku membuka email, terdapat message menunjukkan bayaran telah diterima. Alhamdulillah USD10 telah masuk ke akaun Paypal aku.

Jadi terbukti satu lagi program buat duit dengan blog. Lama juga aku tunggu untuk dapat job dari SponsoredReviews. Mungkin blog aku tak cukup power. Kalau PR tinggi rasanya lebih menarik offer yang akan diterima.
Hopefully akan ada lagi job dari SponsoredReviews.com lepas ni. Program ini sama seperti BuyBlogReviews.com tapi offer job SponsoredReviews.com lebih tinggi harganya. Sehingga kini aku hanya berjaya mendapat satu job BuyBlogReviews.com dan mendapat USD7. Telah berkali-kali membuat bid tapi tak ada satu yang sangkut.
OK. Aku nak bercuti tiga hari. Move forward. Cheers!
Alhamdulillah last week buat pertama kalinya aku mendapat job pertama dari SponsoredReviews.com yang berharga USD20. Namun pembahagiannya adalah 50/50 maka setelah job completed aku hanya akan mendapat USD10 sahaja.
Job yang diterima adalah untuk menulis artikel dan mestilah mengandungi 2 hingga 3 links advertiser. Jadi ia bukan review. Tidak banyak masalah untuk menyiapkan artikel tersebut. Aku mengambil masa tidak sampai sejam. Ia mungkin tempoh yang agak lama untuk penghasilan satu-satu artikel. Dan mungkin ia suatu teknik yang tidak “smart”. Namun aku perlu mengasah style penulisan dan meningkatkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris. Tidak salah bukan.
Setelah siap job tersebut maka aku cuba submit ke SponsoredReviews malangnya ia tidak diterima. Terdapat error message yang mengatakan bahawa aku tidak meletakkan link-link advertiser di blog aku. Bila aku check kembali semuanya seperti dah OK. Any advise? Any comment? Please let me know in the comment section below.
Setakat ini job-job yang diterima tidaklah banyak mana. Untuk bulan Mei ini hanya dapat tiga blogpost. Persaingan amat tinggi untuk mendapatkan job sebegini kerana adversiter memberikan harga yang amat murah lebih-lebih lagi PR blog yang tidak tinggi dan backlinks yang kurang mantap.
p/s: Nantikan update seterusnya sama ada submission blogpost aku ke SponsoredReviews.com berjaya atau tidak.
Setelah dua minggu berturut-turut aku tidak berada di rumah minggu ini kami sekeluarga hanya berehat di rumah. Cuma kelmarin keluar membeli barang-barang keperluan di Tesco. Minggu ini tak dapat aku nak gunakan laptop kerana isteri aku sibuk tolong adiknya buat final year project. At last banyak pulak yang tak kena memandangkan software-software tertentu tak compatible dengan operating system computer aku yang kini menggunakan platform Windows 7.
Bulan April memang mengecewakan kerana banyak aktiviti online aku terbantut. Selain agak kecewa kerana tiada perubahan PR setelah Google PR update pada awal April, aku juga amat sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Zero adalah pendapatan online aku pada bulan April. Namun bermula May bermula dengan baik, walaupun masih kurang memberangsangkan.
Hari Jumaat dan semalan aku berjaya memindahkan blog-blog dot com aku ke hosting yang baru dengan “zero downtime”. Semua post, comments, setting, plugins berfungsi tanpa sebarang error. Alhamdulillah. Hasil carian di Google dan sedikit kesabaran memberikan aku cara yang aku rasakan paling efektif untuk memindahkan Wordpress blog ke hosting lain dengan “zero downtime”.
Kini aku tidak lagi risau tentang hosting lama yang seringkali down. Namun begitu ada beberapa blog yang aku masih maintain di hosting lama. Jadi aku dapat meneruskan projek di hosting lama dan baru tanpa risau.
Antara cabaran yang paling hebat yang aku rasakan untuk menjadi blogger kental adalah untuk menghasilkan post yang berkualiti dan kekerapan mengemaskini blog. Untuk fokus dan mendisiplinkan diri adalah sesuatu yang amat sukar. Dengan kata lain tahap konsisten atau istiqamah adalah perlu untuk menjadi seorang blogger tegar.
Buat masa ini itulah dua kelemahan yang ingin aku perbaiki walaupun banyak lagi kelemahan-kelemahan yang aku telah kenalpasti untuk menjadi seorang blogger tegar.
Aku belum menjadi smart blogger.
Pagi ini bila aku check email rasa happy bila BuyBlogReviews.com akhirnya telah membuat bayaran. Ia adalah bayaran pertama yang aku terima setelah complete satu job bulan February yang lepas. Jadi program ini tidaklah sia-sia dan menghampakan.
Lihat screenshot di bawah.

Sehingga kini aku masih belum mendapat job-job lain dari mereka. Aku juga telah bid beberapa opportunities tapi masih belum sangkut. Job-job di BuyBlogReviews.com ada yang mahal-mahal dan ada juga yang tersangat murah. Bolehlah try kalau anda ada blog. Walaupun PR0 ia tetap diterima.
Cheers!
Recent Comments