Johor Telah Kujejaki
Setelah beberapa hari tak online, hari ini sempat lah aku online sekejap. Kat rumah adik ipar aku ini kebetulah ada Celcom Broadband, so aku pinjam kejap.
16 Oktober menjadi satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup aku kerana buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke bumi Johor Darul Takzim. Perjalanan aku bermula dari UiTM Shah Alam kemudian menyelusuri lebuhraya Utara-Selatan untuk ke Johor. Bersama isteri, anak dan emak mertua, kami berhenti minum-minum sebentar di RnR Dengkil. Jam 11.30am kami meneruskan perjalanan ke selatan.
Hampir jam 3.00pm kami menghampiri persimpangan Ayer Hitam dan singgah sebentar di Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) untuk mengambil adik ipar aku yang belajar di sana. Seterusnya kami menuju ke Pasir Gudang untuk ke rumah adik ipar aku yang sorang lagi. Kali ini adik ipar aku yang belajar di UHTM tu drive. Aku dah tak larat memandangkan dah beberapa hari ini aku asyik drive ke sana-sini sahaja.
Dalam perjalanan ke Pasir Gudang tu, aku nampak signboard ke UTM dan Skudai. Di samping membawa family jalan-jalan ke Johor aku juga akan menghadiri seminar Smart Blogging anjuran Rohaizad.com dan juga WanMus Technology di UTM.
Esok adalah hari yang dinanti-nanti. Hari ini tak tau lagi apa plan, aku layan jek. Lagipun aku masih lagi umpama kena jetlag setelah asyik drive aje. Huhuhu!







apa lagi bos, reviewlah sikit apa dah belajar semalam..hehe
mmg aku nak review tapi tak sempat lagi. sampai jam 3 pagi tadi. kul 9 pagi ada meeting pula. bengkak mata bro..heheh
First time di Johor eakk.. Amacam ok tak Johor?
a’a. first time sampai johor. hehehe..ok je johor. apa yang saya tuju first sampai ialah nasi ayam penyet tu..heheh. saya layan dekat LC catering kat taman sentosa, area2 kampung melayu majidee tu..kalau tak salah la..
tapi yang tak tahan, rasa jauh sangat nak sampai..heheh!
p/s: thansk to nuaeman dan wanmus kerana sudi singgah di sini
Belum pun sempat jejak kaki di UTP dah ada banyak blog post pasal Smartblogging. Begitu cepat blog diupdate. Hehehe, salam kenal bro. Kita orang dekat nih
Ini post lama bro. sebelum pegi seminar. post baru tak sempat tulis. semalam full dgn meeting hari ni wife demam pula.