Aku, Blog dan Domain
Jam baru pukul 10pm tapi aku dah mengantuk tahap melampau ni. Tenaga badan amat teruji sejak kebelakangan ini terutamanya setelah kemunculan anak pertama aku
. Stamina kurang sedikit lalu fokus pun mula hilang sedikit demi sedikit. Jadi dalam mengharungi kehidupan ini memang kita perlukan satu motivasi untuk terus dan terus berjuang hingga ke hujung nyawa.
Dalam dua minggu kebelakangan ini aku banyak mengkaji tentang activity blogging dan juga blog advertising. Aku study dari sumber-sumber percuma terutamanya forum dan juga belajar dari blog power blogger yang lain. Untuk menjadi blogger kental, motivasi dan mindset memainkan peranan penting. Pagi tadi aku dapat satu newsletter dari Catzer menyentuh tentang perkara ini. Berapa lamakah seseorang blogger mampu bertahan atau hanya sekadar sangkut di tengah jalan dan tidak mahu bangun semula. Ia adalah sesuatu yang mencabar. Untuk menerapkan minat blogging dan menulis memang sesuatu yang bukan semua mahu lakukan. Betulkah anda ingin menjadi seorang blogger tegar? Silakan.
Sejak minggu lepas pula, aku struggle mencari nama domain untuk beberapa niche blog. Minggu lepas aku berjaya membeli dua domain. Satu hosting murah juga telah aku beli and hopefully tak ada masalah untuk aku jalankan project seterusnya. Memandangkan duit Paypal aku masih ada lagi dalam account hasil dari jualan eBay yang lepas, lalu aku pun mencari la domain-domain yang boleh dibeli. Namun, problem betul time nak cari. Memang mencabar. Sapa-sapa otak creative tu senang la nak bagi nama. Macam aku ni typical sikit. Nak senang sebelum cari boleh la check pakai instant domain search. Tapi tak la accurate sangat. Jadi suggestion aku search aje kat GoDaddy atau namecheap. Seboleh-bolehnya carila coupon discount kalau ada. Boleh try di Retail Me Not atau cari la kat mana-mana forum. Esok rasanya nak beli lagi untuk menambahkan hartanah maya aku







Recent Comments