About Me
Salam sejahtera,
Saya Shafawi, merupakan penulis blog ini. Saya telah berblog sejak tahun 2004 lagi dan shafawi dot com adalah blog pertama yang menggunakan domain sendiri. Penulisan merupakan minat saya sejak kecil. Dengan adanya blog, hasil-hasil penulisan dapat dikongsi secara langsung dan ini dapat meluaskan minat saya. Jadi di sinilah buah fikiran saya akan dicoretkan, tapi kebanyakannya adalah cerita-cerita tentang diri saya sahaja.Blog pertama saya ialah Thought of Mine dan masih saya update sekali sekala.
Saya mengenali Internet Business atau Internet Marketing sejak tahun 2006. Bermula dari tahun tersebut saya telah berazam untuk belajar dan beralih kepada bidang ini secara sepenuh masa. Kerja-kerja pejabat saya menjurus kepada administration dan clerical, tetapi saya cuba untuk mendisiplinkan diri saya untuk terus belajar dan mendapat pendapatan dari Internet. Setakat ini saya pernah menjana pendapatan melalui eBay, sedikit melalui blog dan tidak pernah dapat pendapatan dari affiliate marketing. Namun saya masih belum berputus asa walaupun berkali-kali frust.
Sedikit latar belakang diri saya. Saya dilahirkan di Teluk Intan, Perak. Kampung saya di Parit 21 a.k.a Parit Selikur di Hutan Melintang.
Sekolah pertama saya ialah SK Tanjong Bayan. Darjah lima saya berpindah ke sekolah separa asrama SRK Sultan Abd Aziz, Teluk Intan. Kemudian saya merantau pula ke Bukit Mertajam, tinggal di sekolah berasrama penuh (SBP), SMS Tun Syed Sheh Shahabudin. Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke USM dan pada tahun 2004 saya bergraduasi dalam bidang Computer Science majoring in Information System dan minor studies in Management.
Sebelum saya berkerja dalam bidang administration, saya pernah berkerja sebagai database developer, membuat kerja-kerja freelance, technical support dan juga customer data engineer. Saya juga punya sijil Microsoft Certified Professional (MCP) dan Microsoft Certified System Administrator (MCSE). Pasaran kerja kini amatlah kompetitif, tanpa technical competency yang baik susah untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan. Jadi bidang kerja saya banyak melencong, tapi saya masih lagi bersemangat untuk menempatkan diri dalam dunia online.
Saya masih lagi cetek dalam bidang keusahawanan Internet ini kerana lambat datangnya minat. Minat perlu dipupuk. Saya percaya Internet merupakan lubuk mencari pendapatan lumayan dan amat luas dan tanpa sempadan. Hajat saya tidak lain hanya untuk bersama komuniti Internet Marketer dan berjaya sebagai technopreneur. Saya juga berhajat untuk menyambung pengajian di USM dalam bidang IT Technopreneurship (Course ini sekarang dah tak ada).
Peluang demi peluang perlu dicari, ilmu juga perlu ditambah agar sentiasa kompetitif. Bagi saya perjalanan mencari ilmu tiada batasnya. It’s never ending journey.








Recent Comments