Archive

Archive for September, 2007

Abdul Rahman Sudais | 1st Ramadhan

September 18th, 2007 No comments

Categories: Uncategorized Tags:

Merdekakah kita?

September 3rd, 2007 No comments

Wahai rakyat Malaysia, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-50. Semoga1sept07_copy
kemakmuran dan keamanan yang ada sekarang berkekalan hendaknya. Kemerdekaan ini adalah suatu rahmat yang besar dari Yang Esa. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepadaNya.

Kemerdekaan ini amat signifikan dalam kehidupan seseorang. Namun1sept07_2_copy
bagi aku, aku masih belum merdeka. Pernah dulu seorang sahabat pernah mengatakan padaku bahawa, fikiran aku ini telah terjajah. Penuh bermakna kata-katanya. Memang benar, fikiran dan jasadku masih terbelenggu. Penjajahan pemikiran inilah yang sebenarnya membuatkan kita jumud, terikut-ikut dan tidak mampu melihat hikmah.

Aku ingin merdeka; bebas daripada bos, tenang fikiran, buat perkara-perkara yang aku suka tanpa paksaan dan punya perasaan cukup dengan apa yang ada. Aku pernah mengatakan pada seorang kawan, untuk menilai diri, kita perlu kembali ke asal; back to basic, and down to earth. Aku pun kurang pasti apa yang aku katakan. Renung-renungkanlah bersama.

Cuti merdeka, aku pulang ke kampung. Kerja aku meracun rumput dan menampal1sept07_5_copy bumbung rumah yang bocor. Juga aku mengambil gambar-gambar di sekitar halaman rumah. Paling menarik perhatian pokok-pokok kelapa yang ditiup angin, pokok bunga kertas yang subur dan entah pokok bunga apa yang tepi tangga tu. Juga ada tempayan lama yang masih digunakan sekali-sekali dan juga aerial tv lama. Rumah aku belum ada Astro.

Hari Sabtu petang, aku pulang ke rumah sewa, dua kali meredah hujan, jam 8 malam baru sampai. Dahsyat betul hujan, jalan pun tak nampak sampai terpaksa ikut geng-geng mat rempit ikut jalan alternatif. Namun Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dapat juga tengok game-game menarik.

Cheers!!!
Check football updates here => http://layanbola.blogspot.com

Categories: Me and Myself Tags: