Berkuburnya Rumah 21…
Rumah 21 kini hanya tinggal kenangan.
Setelah pemergian Wadi yang merupakan
pengasas rumah tersebut, kini Afzal,
Nuli, Abang Besaq, Bad dan aku telah membawa haluan masing-masing. Sadis
rasanya kerana terlalu banyak kenangan ketika di rumah 21.
World Cup fever di rumah 21 tahun lepas
memang menarik. Aku hilang satu gambar ketika Argentina kalah. Mungkin ada
dalam komputer Abang Besaq. Cuma gambar ini aje yang tinggal. Juga gambar
ketika barbeku.
Kegilaan pada XBOX juga tak kurang hebatnya. Selain ahli-ahli rumah 21 yang gila pada Winning Eleven; Azahm, Redza, Mualatif dan Udeng
sanggup bertarung sampai ke pagi kalau tak puas hati. Nuli, Mualatif dan Udeng dari hari ke hari makin hebat selepas dibelasah beberapa kali oleh otai-otai. Tapi kalau main game Marvel, Abang Besaq yang paling hebat, dan kalau RPG game, Nuli takkan tidur selagi tak mencapai misi.

Setelah Wadi dan Nuli telah menamatkan
zaman bujang, Ogos ini tibalah giliran Abang Besaq kemudian Afzal. Mungkin
giliran Bad selepas ini, tapi aku pastinya yang terakhir, hahahah!!! Baru semalam Abang Besaq bagi kad pada aku.
Kaktus yang Fahrul bagi aku ingat dah mati,
rupanya sihat lagi. Aku dah pesan pada Abang Besaq suruh bagi air seminggu
sekali, tapi mungkin dia lupa sebab sibuk dengan persiapan perkahwinan. Buat
Fahrul, minta maaf, mungkin aku terpaksa tinggalkan kaktus tu, kecualilah ada
orang lain yang sudi nak jaga.
Kucing yang merempat di rumah 21 juga dah
membesar. Sihat, sebab selalu bagi makan Frieskies. Aku suruh Abang Besaq bawa
balik, supaya boleh kawan dengan Beckham tapi dia tak mau. Jadi,
pandai-pandailah kucing tu bawa diri. Setakat ini saja kami boleh tolong jaga
dan bagi makan. Bila aku tengok kucing tu, nampak dia pun macam tahu kami semua nak tinggalkan dia. Bila aku ambil gambar tu, asyik buat muka toya saja.

Lepas ni, dah susah nak lepak kat Kulim,
sudah tak ada rumah ‘rakan-rakan artis’. Rumah 24 pun aku rasa akan berkubur
selepas ini.
Rumah 21 yang akan berkubur 10 Ogos ini,
pastinya akan bersemadi dalam kenang-kenangan ‘rakan-rakan artis’.
Cheers!!!



Recent Comments