Archive

Archive for March, 2007

Jangan Ada Dusta Di Antara Kita

March 28th, 2007 No comments

Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih…
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti…

Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta diantara kita kasih…

Semua terserah padamu aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu apapun yang akan kau katakan
Sebelum terlanjur kita jauh melangkah…kau katakan saja

Kasih apapun adanya dirimu
Aku akan selalu sayang padamu

Categories: Uncategorized Tags:

Menghitung Hari…

March 28th, 2007 No comments

Minggu-minggu terakhir di GSC, semakin ramai rakan-rakan artis keluar meninggalkan syarikat rakaman. Baru-baru ini ramai yang menamatkan zaman bujang, dan lebih ramai lagi akan menyusul selepas ini. Wadi bakal menjadi suami gitu, InsyaAllah Sabtu ini adalah tarikh keramat buat dirinya. Jadi ramai yang sudah tak boleh jadi artis kalau tak ada kebenaran dari pasangan masing-masing.

Pasukan futsal GSC pula bakal bubar nampaknya. Tak ada lagi Wadinho, Badinho atau Pawinho.  Hanya Gonzalo Castro saja yang tinggal, itupun tak tau masih boleh berkecimpung atau tidak Nuli_broken1_1 memandangkan saiz pinggang yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Maklumlah, dia juga ingin menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Manakala Ludovic Nuli, aku fikir telah tamat karier bolasepaknya kerana kejadian malam Isnin yang lalu. Aku ingatkan hanya kecederaan biasa sahaja. Rupa-rupanya sampai kena masuk hospital dan kena buat pembedahan kecil.

Tanda-tanda awal aku dah nampak, si Ludovic Nuli ni aku tengok semangat lain macam saja. Lari ke sana-sini, tak menunjukkan tanda-tanda penat. Aku teringat kata-kata dia dulu, kalau main tak beringat memang kadang-kadang perkara kurang menarik akan berlaku. Sama kes masa si Adib pijak aku dulu, memang aku main tahap terbaik punya, ‘ole’ 18 kali pun boleh, gol tak payah kira la. Semangat nak menang katakan, Nuli_broken2_2 tapi bila tak beringat, natijahnya aku yang menanggung sengsara sampai sekarang.

Minggu ni aku cuba buat perlawanan persahabatan yang terakhir, tapi semua pasukan tak dapat bagi komitmen memandangkan ada cuti umum. Ramai yang balik kampung dan sebagainya.

Penghabisan dengan satu lagu yang cukup jiwang.
Boleh tengok video dan lirik di Thought of Mine atau klik di [sini].
Klik [sini] untuk dengar di IREANS.

Habis cerita. Peace!!!

Categories: Uncategorized Tags:

Andai Dapat Ku Undur Masa

March 23rd, 2007 No comments

Setelah beberapa hari post aku dalam Thought of Mine tersiar, begitu banyak komen yang diterima. Memang menarik, tak sangka jadi topik hangat dan merupakan post aku yang paling banyak menerima komen. Dan tak sangka juga post tersebut memberi impak pada aku dan orang di sekeliling aku. Juga dalam beberapa hari ini, aku terus befikir bagaimana aku harus mengawal situasi-situasi sebegini daripada terjadi di kemudian hari.

Aku terus berfikir, dan berfikir sambil mengenang masa lalu. Adakah masa lalu aku tak dapat mengawal situasi sebegini dan kini masih tak dapat mengawalnya. Aku merasakan diri aku dah ‘maju’ tapi sebenarnya jawapan-jawapan untuk setiap persoalan yang tercetus masih jauh, masih belum mampu aku fahami.

Sebenarnya aku lari daripada niat asal untuk post kali ini. Sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan adalah berkenaan lagu "Andai Dapat Ku Undur Masa". Klik [sini] untuk dengar.

Banyak kenangan lagu ni. Diperkenalkan oleh Udeng satu ketika dulu ketika Bad dan Azahm masih ada bersama. Sejak hari itu, lagu ini menjadi lagu tema Bilik Aqua. Hampir setiap hari pasti berkumandang, hinggalah sekarang. Wani dan Siti sampai lali mendengar lagu ni, dan selepas aku tiada nanti, pasti lagu ini tak akan berkumandang lagi.

Aku tak dapat mengundur masa…

Categories: Uncategorized Tags:

Andai Dapat Ku Undur Masa

March 22nd, 2007 No comments

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

Categories: Uncategorized Tags:

Suratan atau Kebetulan

March 19th, 2007 No comments

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Listen to nostalgic version here

Categories: Uncategorized Tags: