Archive

Archive for November, 2006

A Moment to Remember

November 24th, 2006 No comments

Huah..huah..huah…Aku mungkin sudah terlambat untuk menulis dalam blog iniJetty2  sedangkan peristiwa yang berlaku adalah pada minggu lepas. Semua gara-gara Bad yang tertinggal pendrive yang mengandungi gambar-gambar menarik ketika di Pulau Jerejak. Apapun masih ada lagi gambar-gambar ihsan dari rakan-rakan artis yang lain…Peace!!!

18 haribulan lepas, department aku mengadakan annual event di Jerejak Pulau Jerejak a.k.a Resort and Spa. Selain daripada majlis makan malam, banyak acara-acara teambuilding. Namun aku tak berkesempatan untuk menyertai semua acara-acara menarik tersebut memandangkan aku menyertai acara yang dijalankan di satu tempat berasingan.

Telematch1 Apa yang ditunggu adalah slot untuk aktiviti bebas, "beach soccer". Ini adalah kali yang pertama aku bermain bolasepak pantai. Memang menarik dan mencabar kerana ketika bermain di atas pasir, pergerakan agak sukar dan kawalan bola juga berbeza. Lebih seronok lagi, ketika bermain hujan yang turun diselangi dengan angin pantai.

Malamnya pula adalah jamuan makan beserta perasmian nama baru department kami dari Customer Data Management ke Global Service Centre. Memang puas makan-makan, macam-macam ada tapi masih ada lagi orang yang komen pasal makanan tak sedap. Bagi aku inilah saat makan free paling puas dalam hidup. Ada barbeku, seafood, nasi, spagetti, kuih-muih, buah-buahan dan yang paling istimewa malam tu adalah daging kambing golek. Namun apa yang menyedihkan aku tak sempat habiskan daging golek tu memandangkan waiter-waiter Indon yang cun tu dah amik sebab aku tinggalkan makanan.

Maklumlah tak sempat untuk makan dengan tenang. Paling sadis, bila Bad tak dapat makan daging golek sebab terpaksa ke sana-sini menguruskan jamuan. Paling menarik bila Bad menyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai dengan Iris; sambutan paling hangat. Selain itu, rakan-rakan artis lain juga turun menunjukkan bakat menyanyi dan bermain gitar. Namun sadisnya semua lagu-lagu yang dibawakan secara live unplugged malam tu lagu-lagu "jiwa kacau"….wakaka

Akhir sekali, sesi penyampaian hadiah; nampaknya rezeki aku murah, selain dapatDinner3_6  cabutan bertuah berupa "cerek berbunyi" buatan China, kumpulan aku memenangi acara teambuilding, so dapatlah aku ambil hadiah untuk tempat pertama…Peace!!!!

Malam tersebut tak semua menginap di resort. Hanya tinggal beberapa orang sahaja. Fuhhh…tidur dalam bilik berpenghawa dingin memang menarik…kalaulah ada bini lagi menarik…bukan aku yang kata..Bad dan Zack yang kata…HOHOHO!!!

Volley Keesokkan paginya yang tinggal Bad, Azizi, Nuli, Pajeri, Saliza, FD, Jida dan aku sempat lagi bermain "beach volleyball"..arrghhh…sakit tangan dibuatnya. Takpelah..takpelah…team aku kalah kali ni….Sebelum jam 12 kami check out pulang ke Kulim. Eh…ada lagi..ada lagi…Saliza mabuk laut masa naik bot semasa pulang…hohoho!!! No hardfeeling… cheese!!!

Jetty

A MOMENT TO REMEMBER………

Categories: Uncategorized Tags:

Time Capsule 2007 Pt. 2

November 20th, 2006 4 comments

30 November 1997, 1.11pm

@4 Putih@

Im on the floor
Counting one minute more
Noone to break the silence
Staring into the night
All alone but thats alright
Its the feeling deep inside I dont like

There is no excuse my friend
For breaking my heart
Breaking my heart again
This is where our journey ends
Your breaking my heart again

Here in my bed
Counting the words youve said
They linger in the shadows
Coming home late at night
Drunk again but thats alright
Its the look in your eyes I dont like

There is no excuse my friend
For breaking my heart
Breaking my heart again…

Breaking My Heart: MLTR

8.53pm

4 Putih adalah kelas di mana aku minimba ilmu semasa di tingkatan empat. Guru-gurunya juga bagus, tapi ada yang leceh sikit macam cikgu Kimia dan Fizik. Kelas ini adalah kelas yang bagus, tapi antara kelas-kelas lain inilah kelas yang paling tidak disukai kebanyakan pelajar tingkatan empat. Sebenarnya aku pun tak suka dengan kelas ini sebab budak-budaknya banyak yang tak reti bahasa dan tak sama “kepala” dengan aku.

Namun dalam kelas inilah kelakian dan kesabaran aku teruji. Aku adalah ketua kelas dan aku memang tak menyukai tugas ini kerana memang sifatku yang tidak suka menyandang tugas dan sebab budak-budaknya yang “tak reti”. Selepas beberapa bulan menyandang tugas tersebut aku mula tercabar kerana budak-budaknya mula mempertikaikan tugasku; mengatakan aku sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Baru padan muka mereka, siapa suruh lantik aku kalau dah tahu sifatku macamtu. Mereka “torture” aku macam-macam tapi aku selamba aje; buat tak kisah.

Dalam kelas aku tu memang ada marka yang cun-cun. Aku admire kat dua orang budak tu dan aku selalu aku ushar-ushar diorang. Mereka sedar atau tak, “I don’t now”. Boleh dikatakan bahawa aku seorang yang pemalu dan terpaksalah simpan saja dalam hati. Mereka ialah Aida dan Zarina. Mereka adalah dua orang budak perempuan yang sporting dengan aku. Aida selalu melayan aku dengan baik, I love her smiles. Zarina pula ada tarikannya sendiri, kalau tidak manakan ramai budak-budak lelaki yang menyimpan hati dengannya. Entah kenapa Aida teramat istimewa bagiku.

-Cinta Tak Kenal Siapa-
Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain…Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu…Ooh

Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu tersenyum tanda rela

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah…denganmu

Categories: Time Capsule Tags:

Search – Kejora

November 20th, 2006 1 comment

Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati
Halusnya lengan mu sehalus
Sutra cina
Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita

Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku

Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku

Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku

p/s: Lagu ini adalah permintaan daripada Bang Kembo…happy listening..

Categories: Uncategorized Tags:

Doa Ketika Keresahan

November 8th, 2006 No comments

Resah

Categories: Faith Tags:

Butterfly by Weezer

November 2nd, 2006 3 comments

Lagu ini mengisahkan tentang seorang budak yang mengejar rama-rama tapi sebenarnya hanya sebagai analogi tentang hubungan dengan perempuan dan akhirnya terpaksa ditinggalkan. Dia sedar betapa pentingnya perempuan tersebut dalam hidupnya tetapi tak mampu menjaganya dengan baik.

Baris “i’m a dog then your a bitch” adalah sebagai analogi bahawa pasangan tersebut sama melakukan kesilapan dan maaf dinyatakan setelah menyedari kesilapannya.

Bagi aku, bila mendengar lagu ini amat terasa seperti “in love” lepas tu “lost love“. Seseorang terlalu dengan cintanya dan akhirnya tak dapat cinta yang diingini.

Memang seronok semasa mengejar “rama-rama” tapi akhirnya perncarian terpaksa dihentikan. Mungkin kerana terlalu letih dalam pencarian lalu putus asa atau berhenti kerana perlu membuat keputusan lain; ada perkara lebih penting dari mengejar “rama-rama”.

Categories: Time Capsule Tags: