Archive

Archive for October, 2006

Time Capsule 2007 Pt. 1

October 30th, 2006 3 comments

TIME CAPSULE (29 November 1997-30 Jun 2007)

29 November 1997

-Butterfly-
Yesterday I went outside
With my momma’s mason jar
Caught a lovely butterfly

When I woke up today
Looked in on my fairy pet
She had withered all away
No more sighing in her breast

I’m sorry for what I did
I did what my body told me to
I didn’t mean to do you harm
Everytime I pin down what I think I want
It slips away
The ghost slips away

Smell you on my hand for days
I can’t wash away your scent
I’m a dog then you’re a bitch
I guess you’re as real as me
Maybe I can live with that
Maybe I need fantasy
Life of chasing butterfly

I’m sorry for what I did
I did what my body told me to
I didn’t mean to do you harm
Everytime I pin down what I think I want
It slips away
The ghost slips away

I told you I would return
When the robin makes his nest
But I ain’t never coming back
I’m sorry, I’m sorry, I’m sorry

Aku MOHD SHAFAWI SARBINI, umurku 16 tahun 5 bulan. Sekarang adalah waktu cuti akhir tahun setelah aku mengharungi perit, getir, pahit dan manis berada di tingkatan empat. Aku adalah salah seorang pelajar di tingkatan empat, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Perit juga masa tingkatan empat, usah dikata memang perit. Ramai yang kata masa tingkatan empat adalah watu untuk “honeymoon”, tapi bagiku tidak sama sekali.. Tanggungjawabku amatlah besar, sebagai seorang insane yang perlu belajar hingga ke akhir hayat. Dalam keadaan ini, situasi di sekolah yang mengenakan pelbagai peraturan amatlah mengongkongku dan ini amat bertentangan dengan jiwaku yang sukakan ketenangan. Keadaan ini amat mempengaruhi pencapaian akademik dan sedikit sebanyak juga mempengaruhi mentalku. Keputusan ujian akhir tahun baru-baru ini boleh dikatakan agak memuaskan, akan tetapi mata pelajaran SAINS amat merisaukanku. Barangkali tidak salah jika aku mengatakan bahawa guru yang mengajarku KIMIA dan FIZIK tidak efektif.

Aku amat kecewa dengan keadaan, tapi bagiku segalanya masih belum berakhir untuk aku meneruskan sisa-sisa perjuangan. Waktu-waktu akhir sebelum cuti, aku cuba “strive” tapi kurang berjaya kerana factor-faktor di atas. Tambahan pulabuku-buku rujukan dan nota-nota banyak yang hilang. Dalam pada itu, ada segelintir kawan-kawanku yang menjadi musuh dalam selimut. Ini menguatkan lagi teoriku yang mengatakan jangan terlalu percayakan kawan, kerana kawan boleh menjadi pemusnah yang haram jadah.

Tarikh 14 November merupakan satu tarikh yang sentiasa tersimpan dalam laci kenang-kenangan kerana pada tarikh tersebut, itulah kali pertama aku dimasukkan ke dalam wad. Hari itu adalah hari Jumaat. Dua, tiga hari sebelumnya aku mendapati warna air kencing berubah dan warna mata putihku juga berubah ke kekuningan. Aku mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada sistem badanku dan pada hari Jumaat aku pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aku terkejut kerana dikehendaki menjalani pemeriksaan darah dan selepas itu aku ditahan di wad kerana menghidap hepatitis; hatiku tercemar.

Aku dimasukkan ke wad pada jam 10.30 pagi. Wad tersebut adalah Wad 9 Hospital Bukit Mertajam. Memang bosan duduk di hospital tapi nasib baik ada jururawat yang “cun-cun”. Fairuz mengirimkan buku Mastika, jadi dapatlah hilangkan sedikit kebosanan, tapi tak patut dalam beg tu ada sekali berus basuh sedangkan yang perlu adalah tuala mandi. Suasana di hospital sungguh tenteram walaupun wad tersebut adalah wad orang-orang tua. Sebelumnya aku sepatutnya dapat masuk wad yang lebih baik, tapi aku tak kisah sebab selesa di situ. Keadaan di situ juga bersih dan bilik airnya pun ada pancur air panas.

Setelah beberapa minit masuk wad, ada jururawat datang mengambil darah dan suhu badan. Aku benci bila darah diambil, bukan sebab sakit tapi tak tahu kenapa. Beberapa ketika selepas itu, sekumpulan jururawat pelatih yang “cun” datang menghampiri katil. Katilku bernombor 4.2.T. Tiba-tiba seorang datang padaku, katanya nak buat kaji selidik sebagai jururawat baru. Mereka baru sahaja menjalani latihan selama empat bulan dan akan menamatkannya tiga tahun lagi. Seingat aku nama kakak tu Rosnani dan seorang lagi Rosleeza. Kak Rosnani berasal dari Johor dan Kak Rosleeza berasal dari Terengganu; aku mengagak dari pelat cakapnya. Mereka tanya aku macam-macam dan ini semua tak tamat di sini.

Lebih kurang jam 4.30 petang, pada ketika itu aku membaca Mastika dengan keadaan berbaring, tiba-tiba seorang jururawat pelatih menghampiriku sambil menyapa, “Adik kenapa baring masa baca buku, mata boleh rosak tau”. Kakak tu tanya aku sakit apa dan kemudian beransur pergi. Namun beberapa ketika selepas itu dia kembali dengan kertas kaji selidik di tangan dan bersamanya beberapa orang kawannya. Seorang sahaja yang aku ingat namanya iaitu Kak Rozita. Nama kakak yang tegur aku tadi namanya Rozila. Empat orang jururawat tersebut menghampiri aku, berkumpul dihadapan katilku; terkejut aku dibuatnya. Bukan kerana apa, mereka tu muda-muda lagi dan “cun-cun” belaka. Kak Rosila berasal dari Terengganu, Kak Rozita pula dari Kedah dan dua orang lagi berasal dari Pahang dan Perak. Seperti kakak yang bertugas waktu pagi mereka semua memang banyak soal dan kepoh tapi mereka semua memang layan aku dengan baik.

Lebih-lebih lagi Kak Rozila, dia yang paling banyak tanya. Katanya dia lepasan SESMA – SMS Sultan Mahmud, tak tahulah betul ke tidak tapi dari riak wajahnya ada keyakinan. Tanpa disangka dia minta alamat rumah. Lumrah aku yang tak tahu berinteraksi dengan perempuan membuatkan aku terkejut lebih-lebih lagi nak bagi alamat pada perempuan. Katanya dia suka kumpul alamat pesakit; aku tak percaya. Lebih kurang jam 5.30 petang mereka beredat untuk menunaikan solat Asar. Aku juga turun untuk bersolat, tapi tak jumpa surau. Punyalah lama mencari akhirnya aku naik semula untuk mandi.

Di hospital ni setiap jam 12 pagi, 4 pagi, 8 pagi, 12 tengah hari, 4 petang dan 8 petang para pesakit akan diambil suhu badannya; aku sentiasa normal. Makan pula jam 8 pagi, 12 tengah hari, 4 petang dan 6 petang. Sewaktu makan malam hari itu, Kak Rozila yang menjaga aku. Sehingga jam sembilan malam dia bersembang dan selepas itu pulang ke asrama jururawat. Katanya kalau aku dibenarkan keluar esok, jumpanya di Wad 8. Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali tanpa sebarang gangguan.

30 November 1997 10.09 pagi

15 November 1997: Aku terjaga lebih kurang jam 6 pagi dan tak semena-mena ada seorang jururawat datang untuk mengambil suhu badan. Aku ingat aman lepas tu tapi seorang jururawat datang lagi untuk mengambil darah.
“Adik Shafawi, nak ambil darah sikit ye”, katanya lalu pergi pada tangan sebelah kiriku.
“Kat sini dah ambil ke”, tanya jururawat tersebut.
“Memang dah ambil pun”, jawabku
“Takpelah akak ambil sebelah kanan pulak ye”.

Sebenarnya sebelah kanan pun dah pernah ambil darah dan tanpa disangka dia ambil pada tempat yang sama. Apabila jarum menusuk, sakitnya. Bukan apa tempat itu dah diambil darah dengan jarum besar kelmarin. Kesan merah masih ada, takkan dia tak nampak
“Adik kenapa darah tak keluar”.
Shit!!! Boleh dia kata macam tu sedangkan aku sedang menahan sakit. Lepas ditariknya picagari, darah pun terpancut keluar. Jururawat tersebut tak sedar hingga aku memberitahunya.
“Sorry dik, tak sakit kan”. Huh! Tension betul. Selepas itu dia terpaksa mengambil darah di tangan sebelah kiri juga. Dia mengambilnya di antara dua cucukan sebelum itu.

Itulah tadi sedikit sebanyak perihal fobia masa ambil darah. Selepas makan pagi seorang doktor datang padaku dan menyatakan penyakit tersebut tidak serius dan aku boleh pulang. Aku pun berkemas untuk pulang, lantas teringat kata-kata Kak Rozila. Namun aku tak dapat memenuhi permintaannya kerana dia bertugas di waktu petang.

LIFE OF CHASING BUTTERFLY!!!

Categories: Time Capsule Tags:

TimeCapsule 2007 digitally transfer

October 29th, 2006 No comments

Jumaat, aku balik ke Penang bersama abang. Ingin pergi ke rumah terbuka Aida pada petangnya tetapi hujan sahaja. Tambahan pula aircond kereta Starlet Nizam tak siap lagi, so susah nak jalan-jalan waktu hujan. Warrgggh…aku tak berjalan ke mana Aidilfitri ini memandangkan hujan sahaja di kampung. Nasib baik depan rumah tu penuh rumput Wembley. Sempat juga main bola dengan anak-anak sedara memandangkan anak-anak sedara ramai; boleh buat team…wakaka

Malam Sabtu keluar beraya ke rumah Shahir lepas tu minum-minum di Nashmir. Hmm..banyak cerita-cerita tentang hal nak bermumahtangga kerana ramai dah yang nak menamatkan zaman bujang. Renjong pun nak kawin dah bulan 12 ni, so aku dah tak ada tempat lepak rumah bujang dah tak ada…hohoho…

Kelmarin ke rumah terbuka Emin dan Lisa. Aku memang tak ingat sebab letih sangat, sampai di Kulim nak tidur tapi alih-alih ada orang ketuk pintu rumah; rupa-rupanya Lil’Z dan rakan-rakan artis yang lain. Ajak aku ke rumah terbuka…hmmm…makan free…Bila pergi ke rumah terbuka ramai gegadis yang datang…hohoho…kelabu mata rakan-rakan artis……hoooiiii…CINTA ITU BUTA!!!! wakaka….

Hari ini aku transfer sikit TimeCapsule. Entah bila nak siap, tapi aku akan update sikit-sikit masuk Thought of Mine….see you all there

Categories: Uncategorized Tags:

Translation Pantun Hari Raya versi Jawa

October 19th, 2006 No comments

Simpan dodol dlm tin
Esok hendak dibawa pergi surau
Kesalahan ku zahir batin
Salah silap mintak ampun

Budak kecik makan nasi
Nasi dimakan dengan gula
Dah lama tak cakap jawa
Hari raya mintak ampun

Makan ketupat dgn serunding
Lagi sedap cicah sambal
Entah bila hendak runding
Beraya kita tahun ini?

Masak ketupat bawah tangga
Daun nipah dibuat atap
Salah silapku mintak ampun
Jumpa lagi tahun depan

Raya-raya cuti sekolah
Makan nasi lauk ikan patin
Kesalahan aku yang banyak-banyak
Mintak ampun zahir batin

Buka pose lauk gereh
Jatuh sungai dibaham buaya
Kesalahan ku yang banyak-banyak
Kita 0-0 ya

Jaworrlllldddddd!!!! Peace!!! Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin

Categories: Me and Myself Tags:

Pantun Hari Raya versi Jawa

October 17th, 2006 No comments

Nyimpen jenang nang jero tin
Mbesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njalok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Nggodok kupat nang ngisor ondo
Godong’e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneh taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh’e iwak patin
Keluputan kulo seng kanah-kanah
Njalok dingapuro lahir batin….

Buko poso lawuh’e gereh
Njegor sunge dicaplok boyo
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0 – 0 lah yo

Maaf Zahir Batin….PEACE!!!

Credit to Wadi

Categories: Me and Myself Tags:

Sheik Saud As-Shuraim

October 9th, 2006 No comments

Categories: Uncategorized Tags: